Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday 20 February 2010

Nasi Kuning

Salam.... rasa tak senang ati plak dah bbrp hari tak update blog.. Rasa apa yang terpendam dalam hati terbuku macam tu aje (cewah!!...) Ekceli dari semalam nak post entry dalam blog aku ni, tapi bizi aje, tak berkesempatan sampai ke malam.

Ari ni rasa nak share satu resepi yang asal usulnya (rasa-rasanya la..) dari Tawau Sabah, my hometown. Dah 12 tahun aku bermastautin di Semenanjung Malaysia ni, tak pernah langsung aku jumpa sapa2 masak ke jual ke nasi kuning ni. Kalau teringin kenalah rajin kan tangan masak sendiri. So, semalam (Jumaat, Feb,19 2010) aku masak nasi kuning ni , kira banyak la jugak, pastu bebagi kat member2 opis ngan jiran sebelah umah. Moga-moga dapatlah dorang mengenali dan merasa juadah yang mungkin unik bagi mereka. Nasi kuning ni kalau diteliti balik, cara masak nasi tu sama je dengan cara masak nasi lemak. Bezanya cuma dari segi warna dan lauknye.

Gambar nasi kuning yang disnap dalam tapau.


Resepi Nasi Kuning

Bahan-bahan Nasi:
3 pot beras
1 sdth serbuk kunyit
1 sdth garam
Santan pekat secukupnya untuk menanak nasi
Daun pandan

Cara menyediakan nasi:
Basuh beras dan toskan.
Masukkan ke dalam periuk bersama serbuk kunyit, garam dan santan. Kuantiti santan yang diperlukan sama dengan kuantiti air yang diperlukan untuk memasak nasi biasa.
Masukkan daun pandan dan masak hingga santan agak-agak kering. 
Keluarkan dan masukkan dalam pengukus. Ketika ini, anda mungkin dapati ada nasi yang masih mentah. Kukus selama lebih kurang 20-25 minit.

 Bahan untuk Sambal Ikan:
10 ekor ikan yang saiz sederhana (jenis ikan terpulang)
2 mangkuk kecil cili kering kisar
5 biji cili merah kisar
10 biji bawang merah kisar
5 biji bawang putih kisar
5 batang serai kisar
1 inci lengkuas kisar
2 cm halia kisar
1 mangkuk air asam jawa
Kicap manis & kicap masin (kalau suka)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng ikan

Cara menyediakan sambal ikan:
Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam lalu goreng hingga garing.
Tumis bawang, serai, lengkuas dan halia sehingga terbit minyak dan wangi.
Kemudian masukkan kedua-dua jenis cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, air asam jawa, garam dan gula.
Sekiranya agak kering tambahkan air.
Masukkan ikan dan gaul rata.

Bahan untuk sambal goreng tempe:

2 keping tempe (potong kecil dan goreng garing)
1 mangkuk cili kisar
7 biji bawang merah kisar
3 biji bawang putih kisar
1 biji bawang besar hiris
2 biji cili merah hiris halus
1 cm halia kisar
Kicap manis & kicap masin
Air (kalau perlu)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan sambal goreng tempe:
Tumis bawang kisar, bawang hiris, cili hiris dan halia sampai wangi dan agak garing.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masukkan kicap, garam dan gula secukupnya.
Perasakan dulu baru masukkan tempe goreng.
Gaul rata. Sambal tempe seharusnya agak kering dan tidak berkuah.

Bolehlah dihidangkan bersama telur rebus (favouriteku..). Kalau nak lagi marvelous, bungkus dalam daun pisang dan makan beralaskan daun pisang tu...Fantastic!!

7 comments:

aNNe DyaNa said...

heee...akhirnya jumpe jugak resipi nasik kuning. utk pengetahuan empunya blog, bf saya org sabah. bile sy tye dia, dia suke makan ape dia kate nasi kuning, kalo org semenanjung nasi kuning tu sama ngan pulut kuning. so sy google jumpe blog awak. eiiiiiiiiiii bestnye..leh la try, nk kasik suprise sama dia.

Azurina Indah said...

Nasi kuning ni memang sedap..Rasanya orang asal dr Sabah je yang tau mcm mana nikmatnya makan nasi kuning..Jujur sy katakan lebih 10 tahun saya bermastautin di Semenanjung ni, belum pernah jumpa lagi kat mana2... Moga selamat aNNe & boyfriend..bertemu jodoh dan bahagia..Amin..

Donggeng Si Zuwa said...

Tima kasih share resipi ni. Suami saya orang Lahad Datu. Feberet dia nasi ni. Siann.. sejak 1 thn kawin, janji tinggal janji saya nak masak nasi kuning untuk dia. Kalau ke umah akak ipar kat Klang, misti suami saya makan 2.. 3 pinggan nasi kuning. Kalau tak pon, dia beli. Kalau Azurina nak beli nasi kuning, ada jual kat Bandar Bukit Tinggi. Shop lot yang kat Giant). Biasa belah pagi. Lain-lain masakan Sabah pun ada.. cam putu.

Azurina Indah said...

Same-same Zuhra.. ni dah ada resepi, boleh la try masak untuk suami..senang je, serupa mcm masak nasi lemak.. bezanya lauk je..

fredolina francis said...

Thanks ya resepi SAMBALNYA...memang terangkat harumnya seluruh rumah ni...

fredolina francis said...

Thanks ya resepi SAMBALNYA...memang terangkat harumnya seluruh rumah ni...

Azurina Indah said...

Sama-sama Fredolina. Awak orang Sabah jugak ke? Nak sedap lagi, lepas dah siap tumis sambal tu, tabur dengan bawang goreng (yg digoreng sendiri ya, bukan beli siap tu). Sure lagi harum sampai rumah jiran sebelah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...