Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 23 December 2013

Baa..cak!

Mana pergi semua entri baju-baju dan kain-kain? Asyik muka budak nii je.. Mama dah takde mood nak menjahit bila muka budak ni ada depan mata. Lagi pun budak ni ada sixth sense kut. Bila mamanya masuk je bilik menjahit, automatik dia meragam. Terpaksa la mamanya bersabar mengenakan baju yang dah lusuh-lusuh. Nak beli readymade tapi mamanya ni cerewet. Nak tempah..urmmm fikir banyak-banyak kali, kang bayar upah mahal, tapi tak sedap pakai.



Azurina Indah

Saturday 14 December 2013

Alif Haikal dah dua bulan


Alif is 2 months old today, 5kg (dah sama berat sekampit beras). No wonder lengan mama sengal-sengal whenever he ngempeng with me. Next Monday, we will start our new book of life. Mama will start working, and Alif will start goin to school.. Urmm..School? Yah mama interpret his babysitter's house as school, and his babysitter as 'cikgu'. Awesome kan, being a student as early as 2 months old.

Done his '3 serangkai' injection yesterday, rilek je tak nangis. Alhamdulillah, no fever at all. So strong la this guy! 

Siang tido malam berjaga..bagusnyee anak mama


Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya


Am I cute?


Am I ?

Yes dear... cute sangat macam mama
Hohoho!


Azurina Indah

Thursday 14 November 2013

Alif Haikal dah sebulan

14 November 2013, genap sebulan umur Alif Haikal. Dari 3.06kg dah naik ke 4.2kg. Sungguh semangat. Akal pun makin panjang. Dari tak nak baring kat tilam, Alif mintak diriba, lepas tu mintak didukung sambil berjalan-jalan pulak, panjang betul akalnye. 

Hari ni AI dan en Asben bawak Alif untuk vaksinasi. Kami pilih SALAM. Sebab dah jatuh hati dengan paed kat SALAM hehehhe.. Takde la.. Alang-alang company cover vaccination, baik kami pilih yang pakar di private hospital terus. Dah tentu jimat masa, tak perlu bersesak-sesak dan menunggu giliran yang lama. Layanan dan servis pun tip-top. Appointment pun boleh dibuat Sabtu dan Ahad. Masa paed inject Alif, sikit pun mamat ni tak nangis. Heheh..takde rasa sakit la tu.  

AI siap mintak sirap PCM, kut-kut la Alif demam ke lepas injection ni. Alhamdulillah, tak demam pun. Malah lagi nyenyak tidurnya. 

Ini la keje nya. Sampai rumah je terus tidur dengan nyenyak. 
Dah boolat anak mama!


Appointment card. Senang nak monitor sebab dah siap ada schedule.



Sepanjang sebulan berpantang ni, AI on and off aje buat stok susu untuk Alif. Ni pun dah macam nak conquer satu freezer. Tak lama lagi selamat tinggal ayam, daging, ikan, nugget, sosej, ice-cream etc. Bukan tak makan, tapi sebab tak cukup space. Stok susu akan me'rajai' seluruh space freezer yang ada. Alternatif harus difikirkan dari sekarang. Risau takde space nak simpan susu, Alif kena lah kerja lebih masa jadi pump natural untuk mama. Yang pasti supplement Shaklee sangat-sangat membantu. Setakat 5 oz pejam mata aje dah dapat hohoho. Mudah-mudahan misi mama nak susukan Alif sampai 2 tahun berjaya. Amin...
Azurina Indah

Monday 11 November 2013

Graduasi Prasekolah SK Seksyen 24 Shah Alam 11 Nov 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan kelas Pra Sekolah Adam di SK Seksyen 24 Shah Alam.

Sayang sekali mama tak dapat turut serta semasa majlis graduasi anak mama ni, dalam pantang lagi sayang.

Bangga sungguh melihat anak segak menggayakan jubah 'konvo'nya walaupun baru prasekolah. Hensem gak anak aku ni huhuhu!

Hensem kan Adam Haris..


Yang ni laagi hensem, takde gigi dua batang kat depan 


Sementara menunggu majlis penyampaian sijil dan beg sekolah


Dapat beg angry bird. Bole la guna untuk kelas darjah satu taun depan

Selamat bercuti kepada anak-anak sekolah semua. Kepada guru-guru, terima kasih kerana mendidik khalifah-khalifah kami. Semoga anak-anak ini menjadi insan berguna untuk negara satu masa nanti. Amin.

Azurina Indah

Saturday 26 October 2013

Baby Alif Haikal bin Zubir

My cute lil Alif Haikal Zubir
Was born on 14 October 2013 
Bersamaan 9 Zulhijjah 1434 Hijrah
@ Hospital Sungai Buloh Selangor
(Awal 11 hari dari due date sebenar ie 25 Oct 2013)


Labor pain kali ni serupa cam anak sulung je
Maklum la gap 6 tahun jauhnye ngan Adam
Alhamdulillah normal SVD
Sepanjang pregnantkan Alif, no complication at all, no PIH, no GDM
Weight mama pun maintain, gain around 10 kg aje

Apsal mama type all in center ni?
Saja gatal, boleh??

Thanks to Zubir/babah/my daling
You are the one who gave me strength along this journey
You are the one who always on my side
 (even masa kat labor room labor dia tak ada sebab kena jaga Adam hoho)
You're also the one who take care myself during my early confinement days

Thank you! Thank you! Thank you!
May Allah bless our love till Jannah.. Amin...

Baa..Cak! from My little baby Alif
Day 7

Azurina Indah

Wednesday 23 October 2013

My breastfeeding journey begin.....

Letih, penat, ngantuk dan lain-lain lagi. Norma kehidupan ibu dalam pantang, siang lena sungguh si baby tido, malam sungguh segar bugar dan buntang matanya. Mama pun segera transform jadi panda, keliling mata lebam tak cukup tido. Namun kepenatan segera dilupakan tatkala menatap wajah si kecil. 

AI sisipkan di sini gambar hasil pumping dengan niat untuk memori diari sendiri ye. Ye lah ada sesetengah pihak memang tak berapa selesa menengok hasil nenen orang lain. Namun pada AI, yang dipaparkan adalah hasil nenennya, bukan nenennya. kan..kan..kan..

Bila disusun sebegini, rasa satu macam kepuasan. Dapat rekod sampai Day 6 pun cukup lah. Kalau letak gambar Day 7 ke atas dah jadi macam katalog susu ibu pulak entry ni huhuhu. 



Terus skip ke day 2 sebab day 1 kat hospital lagi. Masa ni antara kecewa, gelisah, sedih dan macam-macam perasaan lagi. Baby kurang nak menyusu dan asyik tidur je. AI try pump, tak sampai 1 oz pun. AI terima kenyataan, lagi pun baby baru masuk hari ke-2, besar perut lebih kurang sebiji kacang aje, Insyaallah hasil pumping itu cukup untuk dia.


Skip lagi ke day 4. Gambar day 3 tak lepas nak di 'gigibiru'kan. Untuk rekod day 3, sekali pump paling banyak AI dapat dalam 40ml aje. Alhamdulillah, day 4 dah menampakkan hasil, sekali pump dapat 2 feeding session.


Alhamdulillah, berkat kesabaran rezeki baby datang juga. Masa ni AI dah pening cemana nak habiskan stok. Baby kurang menyusu tapi susu makin meriah. 


Susu berlebih tu sayang pulak kalau sampai rosak. Nak buat stok, rasanya awal sangat lagi. Timbul idea nak buat cemana dengan susu-susu ni. Adam kan ada... tapi nak ke dia minum? Senang aje, buat la 'Milo Mama'. Cicah dengan biskut..hm...awesome!! Lagipun Adam dah mula berenti minum susu botol, apa salahnya minum susu mama, laagi berkhasiat...

Susu mama dah transform jadi 'Milo Mama'


Azurina Indah

Tuesday 15 October 2013

The bun fresh from my oven !!! Its a boy!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semua dah selamat.. Now, my babymoon month... Baby sempena Aidiladha, orang len mkn pulut ngan rendang, mama tengok aje huhu...



Azurina Indah

Sunday 13 October 2013

To-Do List before my D-day

Untuk baby nonet

1. Nursing pillow done!
2. Bantal tidur, bantal busyuk dan bantal golek done!
3. Tilam kekabu (beli online jek) done!
4. Sarung untuk bantal-bantal dan tilam di atas done!
5. Cuci mana-mana baju along yang boleh recycle done!
6. Beli 2 pasang baju baru untuk baby nonet (2 psg je cukup, baju along dah banyak) done!
7. Beg untuk isi barang keperluan baby nonet done!
8. Tungku baby (tak plan pun nak beli, dah depan mata sambar aje..) done!
9. Towel baby (4 helai) done!
10. Barut baby (4 helai - along punye dulu dah koyak rabak) done!
11. Kain bedung (secara tak sengaja terbeli 4 helai flannel cotton comel) done!


Untuk mama baby nonet

1. 2 lai baju maternity utk pakai keje (dah kepam baru nak update) done...!
2. Cari mak bidan jaga mama dalam pantang nanti done!
3. Set berpantang done! (AI pilih Shaklee, anda bila lagi?? huhu)
4. Rendam ngan cuci bengkung done!
5. Beli extra nursing bra (online ok kut, murah pun ye) done!
6. Lain-lain kendian baru fikir.. baby first, mama next!

Azurina Indah

Thursday 26 September 2013

Mama masuk wad????

Mama dah masuk wad? Dah nak bersalin dah... Hohoho... Silap tekaan itu.. Bukan mama tapi Adam yang masuk. 

Masa AI dok mengemas barang-barang untuk dibawak ke hospital aritu, Adam yang sedih sangat, macam le mama dia nak pindah kuar umah terus.. Rupa-rupanya dia yang nak masuk wad.

Adam dah demam sejak Sabtu lepas, yakni dah 5 hari as at hari semalam. Dalam masa 5 hari tu kejap ok kejap tak ok. Klinik pun dah pegi, antibiotik pun dah makan. Doktor kat klinik kata Adam demam sebab tonsil bengkak. Kami laki bini iyekan aje la, masing-masing bukan doktor kan... Dalam 5 hari ni masing-masing meyakinkan sesama sendiri, ni dah ok ni..ni dah tak demam ni..ni dah sembuh ni... Sudahnya sampai Adam lembik demam pi mai pi mai tang tu jugak. Makan minum tak nak, kulit pun dah kering.

Semalam 25 September kami decide bawak Adam ke hospital. Bahaya agak mengagak ni, lebih baik bertindak sebelum terlambat. AI dah prepare GL outpatient dan inpatient sejak semalam lagi, plan nak pegi KPJ Selangor kat Sek 20 Shah Alam tu, jadi GL pun addressed ke hospital tu lah. 

Berkobar-kobar semangat pegi sambil dah siap pack baju Adam sekali, sampai je kat kaunter, rupanya takde bilik kosong. Hampa.. bukan kami excited anak nak masuk wad tau! tapi pilihan untuk admitted adalah yang terbaik, doktor dan misi sentiasa ada dan depa tau what they should do and what they shouldnt.

Lepas tu kami decide try pegi Shah Alam Specialist Hospital, kami panggil SALAM je. Alhamdulillah ada bilik kosong, special untuk pediatrik pulak tu. Tapi masalah lain pula timbul, GL takde tempat nak generate dan print. AI suruh budak kaunter tu call GSC HR kami, tapi cam hampeh, mentang-mentang semua dah online dan self-service dah jadi macam tak tau apa itu emergency. Nak suruh email tak boleh, suruh fax pun tak boleh. Kalau la patient dah nazak nak mati agak-agaknye sempat mati nak cari internet pc dan printer. SALAM ni pulak jenis nak GL dulu baru boleh admit. Mereka takkan boleh consider, 'masuk dulu, GL on the way'. 

Jadi dengan keboyotan ni, AI dengan En Asben jalan keliling building cari kalau-kalau ada cyber cafe. AI rasa nak nangis je, tengok Adam dah lembik, cari cyber cafe pulak tak jumpa-jumpa. At last dengan kuasa Allah, hampir genap sebulatan kami pusing bangunan, jumpa satu cc kecik. Alhamdulillah..dapat generate dan print GL dan Adam pun dah selamat masuk wad.


Bilik Anggerik no 211 memang wad pediatrik. Langsir pun corak katun-katun. AI dapat 2-bedded room. Tak kisah la, janji masuk wad. Paeditrician Dr Mohammed Nazir yang segak dan ensem hohoho! Sehari 2 kali visit patient (tak macam paed dekat SJMC, hari pertama dan terakhir je nampak muka, dah le caj mahal nak mampus..) Pediatrik wad ni sekali dengan labor room, masuk-masuk aje, nampak pintu labor room dulu. Rasa macam nak pi beranak je. Disebabkan 2 bedded room, sudah semestinya ada neighbour. Takde nak berkenalan pun, mood tadak. Nak plak neighbour jenis pasang tv macam pasang tv kat rumah sendiri, volume ikut sukati je. Bila en Asben suruh nurse sound baru la tersedar diri tu kat sepital rupanya bukan kat rumah.


Disebabkan Adam tengah lembek dan tak bermaya, Adam wat derk aje masa doktor dan nurse cucuk tangan untuk drip dan ambil sampel darah. Dia seolah menyerah diri sepenuh jiwa raga. Result test 'Positif Denggi'. Pagi tadi second time ambil sampel darah, baru lah dia melalak, SAKIT!! kata Adam. Kesian anak mama, takpe anakku..  'Boys be brave!' bak kata ShinChan


Peace yo..


Lebih kurang gini suasana dalam wad. Kalau single bedded semua tirai-tirai tu takde kot. Heaven la Adam, sambil baring sambil tengok tv. Siap cakap tv kat hospital ni best la mama. Ye la anakku mentang-mentang la tv kat rumah kita tu macam akuarium besarnnya. Seronok eh duk wad??


Katil single ni yang mama dan Adam share untuk tidur waktu malam. Babahnye plak kena bawak toto dari rumah, tido kat lantai..siannn!! Anyway bersyukur dapat duduk sini, nak harapkan fulus sendiri takde laa.. Terima kasih employer ku! Huhuhu.. Nak berulang balik mandi kat rumah pun takde hal, dekat jek. Tempat makan banyak, kedai banyak, ample parking.


Peace yo Adam yang kedua sebelum melalak dicucuk untuk ambil darah tadi. Get Well Soon my dear!!

Updated : 
1) Adam dah discharge pada Isnin 30 Sept 2013. Platlet count suddenly naik dari 48 ke 120. Alhamdulillah... berkat doa dan berkat usaha dan mungkin juga nutriferon berkesan kat Adam. AI baru bagi Adam minum bancuhan sepeket nutriferon + 2 scoop ESP pada hari Ahad. Kiranya 1 dos dah memberi kesan. Syukur.. Sekarang Ai continue bagi Adam nutriferon ni, 3 kali seminggu biar body lagi immune.



2) Ada yang bertanya caj bilik di SALAM ni. Untuk pengetahuan, Adam duduk di 2-bedded room, cajnya RM85 satu malam, maknanya 2 katil satu bilik berkongsi satu bilik air. 2-bedded ni yang paling murah. Kalau single room cajnya RM125 satu malam, bilik air pakai sengsorang. Tapi caj ni bukan nett, kalau tak silap ada 6% gov tax lagi.


Azurina Indah

Friday 20 September 2013

Preparation untuk 'babymoon' months

Sebagai album kenangan maya AI dan juga sebagai panduan untuk fren-fren yang perlu panduan harga

Barut jahit sendiri je sebab kain balance bantal busuk Adam banyak lagi.
AI guna flannel cotton. 2 helai saiz S, 2 lagi saiz M


Nursing pillow pun AI jaet sendiri. Dari body ke sarung semua guna bahan recycle huhu..
Isi pillow, AI recycle kusyen sofa kat luar tu, sarung plak AI recycle sarung tilam Adam dulu.
Pattern bole goggle kat tenet, sonang je!


Ni bantal guling ngan tilam yang bugil lagi. Bantal ngan guling AI buat sendiri, isinye recycle gak. Sarungnya pun recycle. Hohoho.. Tilam tu beli online RM70 satu, tak kose nak jaet weh. Tebal dalam 2 inci kut. Kalo perasan satu bantal tu ada cam lesung-lesung pipit kan, bantal tu kengkonon dimple pillow lah, AI malas nak menggentel jadi bantal karipap, leceh! AI jaet cubit-cubit macam tu je, janji kat tengah bantal tu ada 'lopak', sama je fungsinya nanti pegang kepala baby supaya tak senget sana sini.


Ni bantal guling ngan tilam yang dah bersarung. Kain tu cotton Bandung tau! Bos blanje huhu...
Dari awal AI berkenan sangat kain ni, tapi bukan untuk dibuat baju, tapi sarung bantal.. Sekarang dah siap taman bunga matahari..


Ni barang-barang hasil serbuan kat One Baby World Shah Alam. AI ambik pakej breast pump dengan free gift dan PWP sekali. Dapatlah save budget. Azam AI kali ni nak breastfeed baby sampai 2 tahun atau lebih lagi.  Pakej berharga RM288, dalam pakej tu 1 Medela Harmony manual pump, 4pcs Washable Breast Pad, 3pc Ice Pack, 1 kotak Ziplock Storage Bag, 4 biji breastmilk bottle, 1 cooler bag dan 1 kutang hohoho (takde dalam gambar). Detail boleh tengok sini. Dah beli set ni dapat beli barang lain dengan murah PWP. AI amik PWP combo warmer dan steam steriliser. Kira OK la, beli barang kat OBW ni dapat diskaun lagi 20% untuk NUK teat dan 'cocot baby'.


Ni plak hasil serbuan kat AEON Big Bukit Rimau dan Mydin Sek 18 Shah Alam. Ada pampers mama la huhuhu! Nappy liners tu saja nyebok sekali, balance Adam dulu tu.


Ni baju-baju Adam masa baby dulu. Dah siap basuh dan wangiiii...
Siap lipat dan simpan dalam gerobok plastik ajaib


Ini hasil serbuan kat Mydin Sek 18 Shah Alam dan kedai jamu kat hujung building tu. Kali ni berpantang AI tak nak ambil set. Sepengalaman AI dulu, quite membazir, banyak yang tak habis. Beli pick n choose macam ni lagi berbaloi rasanya. Binari Feminine Wash RM17.90, Putri Binari Ginger Slim Lotion RM19.90, Putri Binari Lulur Scrub Combo RM18.90, Air Lemuju RM7.90, Mustika Ratu Rempah Harum Sari RM7.90, Air Gamat RM5.50.

Bengkung RM49.90 selai, AI beli supaya senang nak ganti-ganti pakai, currently yang ada cuma 2 helai. Leesa Formula Ginger Cream tu RM50, mandian herba TYT plak RM5 sekotak, dua-dua ni dapat harga murah sebab AI jadi member kedai jamu tu. Benda bulat comel cam bunjut tu adalah tungku baby RM 10 sebijik, beli di kedai jamu Ole-Ole Shopping Mall.


Kain bedung untuk baby. Kain flannel cotton beli kat Nagoya Aeon Big Subang Jaya. RM5.50 per meter.


Besen mandi Adam dah pecah, so untuk baby kena la beli baru. Beli besen ni kat baby fair Citta Mall, complete sekali dengan bath supportnya. Harga bath tub RM25, bath support tu plak RM12. Actually bath tub kalau beli kat kedai plastik boleh dapat lagi murah, tapi mende dah ada depan mata, beli aje laa


Ni kaftan yang dah diubahsuai menjadi nursing kaftan. Belah pastu pasang aje zip sorok. Sepengalaman AI dulu terpaksa selak kaftan dari hujung kaki bila nak nenenkan Adam hohoho... 'Indah' pemandangan...


Kali ni berpantang AI tak nak ambil sebarang jamu, tapi makan vitamin aje. So Shaklee lah pilihan AI. Sekarang ni even belum bersalin, AI dah boleh makan vitamin-vitamin dalam gambar tu except Alfalfa. Sebenarnya belum complete set lagi ni, zinc complex dan lecithin belum ada stok.


Ni saja menggatal beli. Kiut je, tak tertahan rasa hati, dapat selai cukup la..

Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...