Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 27 June 2013

Risaunya mama!


Wahai babyku..
Ketahuilah bahawa betapa risaunya mama ni..
Dari malam tadi mama tak rasa baby gerak..
Macam-macam cara mama buat, mengiring, menelentang, minum air sejuk..
Sikit pun baby tak respon..
Satu malam mama tak lena tidur tau!

Biasanya baby la yang kacau mama tidur dan kejutkan mama dari tidur..
Biasanya baby la yang paling excited lepas mama makan atau minum..
Biasanya baby la yang paling teruja tika mama basuh pinggan..
Tapi malam tadi baby senyap je.. Mama risau!!

Mama ingatkan menjelang subuh, baby akan kejutkan mama macam biasa..
Tapi hampa..mama laagi risau..
Sampai aje di ofis, mama cuba minum milo yang sengaja mama lebihkan manisnya..
Alhamdulillah tak sampai sejam lepas tu barulah baby sapa mama semula..
Baru lah baby mula karate mama..

Ooo.. baru mama tau..
Rupa-rupanya semalam seharian baby tak dapat yang manis-manis kan..
Mama minum plain water aje, tak sedap..mestilah baby tak suka..
Ok..ok.. lepas ni mama akan minum yang sedap-sedap untuk baby..
Janji tau baby takkan buat mama risau lagi!



## Dari sumber bacaan AI, baby biasanya akan aktif lepas ibunya mangambil makanan/minuman manis. Maybe sebab gula tu manis, berkarbohidrat, so baby pun dapat extra tenaga. Manis itu happy = baby suka!!

Serius AI cuak malam tadi, risau apa-apa yang tak elok terjadi kat baby. Lepas minum pagi ni, baru AI terfikir..memang semalam AI cuma minum air kosong je sepanjang hari dari pagi ke petang, maklumlah jerebu, tekak pun kering. No wonder, lepas habis semug milo, budak kecik dalam perut ni happy sangat hehe..
Azurina Indah

Friday 14 June 2013

Costochondritis

Baca aje tajuk pasti ada yang tak familiar apa bendanya, bahkan mungkin ada yang pernah dengar. Kalu google pun yang keluar website mat salleh aje. AI sendiri pun baru first time dengar istilah ni, jenuh nak menyebut.

Rabu lepas AI dapat MC sebab costochondritis ni lah. Camana rasanya? Pedih, cramp dan sakit pada lower chest. Kalau batuk teruk pun sama, mungkin ada yang sampai sakit kat bawah rusuk. Bagi kes AI, chest sebelah kiri bawah, betul-betul bawah breast kiri. Tengok gambar bawah, costosternal joints, kat situlah tempatnya. Mula-mula dulu AI ingatkan sakit ni berpunca dari angin, pi lah sapu minyak panas, minyak tak panas, balm dan sebagainya tapi sakit berulang. Sentuh pun sakit tau!! Yes, sedari tahun 2006 dah merasainya, tapi tak pernah terfikir nak cek doktor. 


Disebabkan sekarang preggy dah masuk 5 bulan, lagilah terasa efeknya sebab baby bump dah membesar dengan jayanya dan menolak ke atas. Paling tension bila sakit menyerang masa tengah drive. Mujur gynae AI berpengalaman orangnya, sekali describe aje dia dah tau sakit apa. Menurutnya, mostly yang kena adalah wanita, lelaki amat kureng. Mengapa? Mungkin juga sebab jumlah tulang rusuk kiri yang berbeza antara lelaki dan wanita kan. Wallahualam..

Apa itu Costochondritis?
Costochondritis adalah keradangan benigna rawan costal, yang panjang rawan yang menghubungkan tulang rusuk setiap, kecuali kesebelas dan kedua belas, untuk sternum. Ia menyebabkan kesakitan di bahagian dada yang boleh diterbitkan semula dengan menekan kawasan yang terjejas di antara rusuk. Bahasa mudahnye sakit sendi kat rusuk la ek.

Bagaimana nak merawatnya?
Menurut gynae AI, takde cara nak memulihkannya. Menurut google pulak, boleh dirawat menggunakan akupuntur. Gynae cuma bagi AI paracetamol aje untuk menghilangkan sakit. Selebihnya boleh letak pad panas pada tempat yang sakit. Pada AI, bila dah sakit memang kena baring so dapat merelaxkan tulang rawan yang sakit tu.

Bila tengah sakit, terlintas dalam fikiran, sakit jantung ke aku? Owh..rupa-rupanya costochondritis not related to heart attack la. Alhamdulillah.


Peringatan kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan diluar sana. Kalau kena sakit macam ni, banyakkan rest dan jangan angkat barang yang berat-berat. Kalau duk rumah, ada la alasan nak terlentang sehari suntuk depan tv ye. "Ayang tak boleh buat kerja bang, costochondritis Doktor kata, kena rest.." Hahahahah

Azurina Indah

Thursday 13 June 2013

Bahana mak bapak tak reti ajar anak

Sakit hati Tuhan je tau. Bila mak bapak tak reti ajar anak, macam ni lah jadinya. Kete aku pulak jadi mangsa. Mentang-mentang lah, kete AI ni MyVi lama je, suka ati je dicontengnya, dengan permanent marker pen merah pulak tu.

Mende ni dapat tau petang semalam masa En Asben nak keluar ambik Adam kat taska. Sama ada sengaja atau tak disengajakan, tiada maaf untuk budak/bapak budak/mak budak yang buat kerja kotor ni. Mustahil benda begini dilakukan oleh manusia yang belum berakal. Kalau buta huruf, takkan la reti tulis nama 'Azroy' kat cermin tingkap kete aku. Kalau dah sangap sangat nak jadi orang terkenal, pegilah buat jenayah besar-besaran, nescaya satu Malaysia kenal, tak payah susah-susah nak sign autograf kat kete aku!!

Ni snap cermin tingkap dari belah dalam

Pelik kan, banyak kete lain kat situ, apasal la kereta aku gak jadi mangsa. Ker ada komplot ek?


En. Asben yang tengah bengang sambil mensnap autograf orang tak ada otak
(Asben aku nampak muncet la, dah gumuk) 



Ni plak kat pintu. Kelihatan Adam Haris pun turut sama memerhati contengan di kete mamanya.
Cun jek en Asben mencangkung ek, sib baik la suar tengah tu tak tetas hahahah

## Memang perasaan geram membuak-buak ni. Kalau la AI dapat manusia yang melakukan perkara terkutuk ni, the end la hidup kau!!


Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...