Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 26 November 2010

One Week in Tawau

Cepat benar masa berlalu.. Tak terasa minggu yang dinanti2kan sekian lama, dah pun berakhir.. Saturday night sampai KL, letihnya terasa lagi sampai hari ni... Today on MC, aku demam selesema, bergilir-gilir ngan Adam. Sekarang Adam dah ok, aku plak yang sok sek sok sek.

13 Nov...
Wui..seronok nye..Dalam hati tumbuh bunga, mekar macam dalam taman.. Tak sabar nak pijak kampung halaman. Adam ngan suami aku pun sama. Kat KLIA, sementara tunggu flight, jenjalan kat Eraman, ter'sebat' 3 botol perfume, Flora by Gucci & Green Tea - Elizabeth Arden buy 1 free 1.. harga kira memang murah sebab duty free, tapi realitinya memang mahal..ala..pejam mata aje la...

Flora by Gucci RM228 per bottle
Green Tea EDP by EA RM178 (Buy1Free1) @ Eraman KLIA


Adam yang sedang bosan


Di awan biru


14 Nov - 19 Nov
Seronok..seronok sangat.. especially Adam..umpama burung yang terlepas dari sangkar... Turun kut tangga belakang, naik kut tangga depan.. Bebas berlari sana sini, tendang bola sana sini.. Laman umah nenek luas, tak macam umah adam kat Shah Alam, langsung takde laman ek... Siap bleh 'berkenalan' & tangkap gambar ngan ayam yang atok bela...

"Hi Ayam... Nama saya Adam Aies" Adam memperkenalkan diri
"Kok...kok..kok... Ada aku kesah??..." jawab si ayam



"Jangan la sombong yam... Panjang rambut awak ye yam...
Jeles saya tak penah ada rambut mcm awak...!!"
"Atok antar saya g salon tiap-tiap pagi wat treatment.. kok..kok.." jelas ayam


"Sekarang kita kawan ye.. Bagi la no hp awak yam..
Nanti boleh kita ber3G.." pujuk Adam

"Stop Mama... Jangan jadi paparazzi la"

Mak wat kenduri doa selamat ari Ahad 14 Nov tu.. sebab aku eksiden bulan lepas.. mudah-mudahan lepas ni takde kecelakaan lagi yang menimpa Amin....

Among-among


Bubur Merah


Seafood jangan cakap la.. Sendiri mo ingat, belasah ikan besar, udang besar, sayur fresh giler... Nikmatnya balik kampung..

Ikan Merah RM13 aje sekilo, lepas tawar dapat RM10 sekilo..
Fresh dari laut...

Pasar Tanjung Tawau

Pasar Tanjung Tawau

20 Nov
Hari last kat Tawau, petang dah nak berangkat balik KL... Sedih jangan cakap la.. Tapi takmo nangis2.. dah besar panjang..malu....

Friday 12 November 2010

..Tawau...here I come....!

Lambat sungguh rasanya menunggu hari esok.. selama seminggu takkan ada kot entry kerana jarumasindah.blogspot.com akan bercuti... Hooray!! Nak sambut Raya Haji kat oversea (tak ker Sabah tu oversea gak??..). Semalam pi kumpul jajan-jajan untuk dibawa masa balik kampung esok. Boleh tahan jugak banyaknye.. Tak kisah la setahun sekali, antara yang wajib ada setiap tahun adalah keropok ikan dari Terengganu. Kebetulan best friend saya tu bersuamikan orang Terengganu, so every year tempah kat dia aje la..

This year pulak, aku perkenalkan produk terbaru untuk family kat sana i.e. ikan pekasam. Beli kat pasar malam Seksyen 24 Shah Alam. Rasanya kat Tawau tak pernah lagi aku jumpa pekasam, nanti bila dorang dah rasa sekali pasti nak lagi. Goreng garing makan ngan nasi panas..pergh!!!..kikis periuk ko!!

Pekasam

Keropok ikan keping

.................................................................................
Malam tadi tak de idea dah nak masak lauk ape...
Lauk ayam bosan la.. lauk ikan bosak gak..lauk telur laagi bosan..
Teringat masa pasar malam semalam ada beli tempe bungkus daun pisang..
Jaadi la, goreng ngan tepung, wat sambal kicap.. sedap..

Tempe Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Tempe (of course la..)
2-3 ulas bawang putih
Agak2 3 sudu makan biji ketumbar
Garam
sedikit serbuk kunyit
Tepung Gandum secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Tempe potong ikut suka
Tumbuk bawang putih, biji ketumbar sampai lumat
Campurkan tepung, garam, serbuk kunyit dan bawang yang dah ditumbuk tadi
Masukkan air dan bancuh sampai jadi macam bancuhan goreng pisang
Celupkan tempe ke dlm bancuhan pastu goreng sampai garing
Siap dan boleh makan

Thursday 11 November 2010

Percubaan pertama - Sulaman Benang

Malam tadi sambil membelek-belek baju kebaya riau yang nak pakai raya nanti, terfikir plak, baju tu plain sangat. Berseri sket agaknya kalau ada embroidery, beads ke, benang ke, tapi masa dah suntuk, karang sebelah aje berseri, sebelah lagi serinya entah ke mana..
Dalam pada tu, aku bukak le buku-buku tentang embroidery ni, masa beli bukan main semangat lagi, tapi buatnye tak, at last terperap aje la buku-buku ittew.

Susah jugak ye nak buat sulam benang ni, sekuntum bunga pun, rasanya dekat setengah jam jugak baru siap satu, itu pun senget sana sini.. Tak hairan la, tudung-tudung bawal yang ada sulam tangan ni, harganye meletops giler.. Nampak macam senang aje kan..

Dengan ketabahan ku (auw..) maka dapat jugak aku menyiapkan beberapa kuntum, ntah bunga hape, macam ros ade, macam bunga taik ayam pun ade.. Kot2 ade pakar sulam benang tersesat jalan dan tervisit jarumasindah blog ni, sila-sila lah komen ye..


Bunga ros a.k.a taik ayam dua sejoli
ditemani adik kecik kat tengah-tengah

Ni lagi wat aku pening, ntah bunga hape
Bunga-bungaan yang termutasi gen kot


Wednesday 10 November 2010

Kurung Moden Aisehmen..

" Lawanya si anu tu pakai baju kurung moden kan"
" Memang la lawa, si anu tu kurus. Kita ni gemuk, bumper sana sini"
" Kalau aku pakai baju macam tu ok tak?"
" Ntah ler, ko dan aku sama je, mcm jalanraya kat kws perumahan...banyak bumper"

Mcm ni lah lebih kurang dialog perbualan sesama kita, bila tengok satu minah body lawa berbaju kurung moden yang ikut body. Sedih le jugak, bila tak dapat menggayakan pakaian yang orang lain boleh pakai. Tapi sekurang-kurangnya kesedaran diri tu ada, sebelum menyakitkan mata orang lain yang memandang. Tengahari tadi, dalam perjalanan nak makan tengahari, nampak satu pemandangan yang agak menyakitkan mata. Body boleh tahan gendut, bumper sendiri mau ingat la, tapi pakaian ketat seolah-olah ukuran tu 32-24-36, walhal ukuran sebenar...(tak nak mention la). At the same time aku teringat akan buah nangka kat pokok, yang mak aku balut ngan t-shirt buruk..sejibik!!! Bezanya buah nangka tu takde bumper, lonjong cantik je. Ala..malas la nak teruskan cerita.. Uoll pikir la sendiri ye!!!

Citer a.k.a. umpatan sebentar tadi, sedikit sebanyak ada la jugak kaitan ngan entry hari ni. Tapi bukan pasal buah nangka atau bumper jalan ye... Tapi yang ni pasal kurung moden yang baru je siap.. Kain murah aje, beli kat Nagoya, jadi kalau rosak tak nangess...sob..sob..

Kat hujung tangan aku jahit ngan benang getah, tapi kurang kemas.. perlu berlatih lagi..
Leher plak aku potong ikut template yang beli dari kak Zura.. Ok la..senang gak bila ada template tu.. Macam-macam bentuk ada.. bulat, lonjong, segi, lu pilih la sendiri. Next time, aku plan nak try buat kurung moden guna template lain pulak..
Baju kurung kaler kuning..
Aisehmen..silau mata i la...


Hujung tangan jahit ngan benang getah,
baru trial, tak berapa kemas lagi

Leher bentuk mcm diamond kut..
Template beli dari kak Zura

Friday 5 November 2010

Kebaya Riau/Pahang ku siap jua akhirnya..

Hari ni 5hb, sok 6hb, lusa 7hb... Menghitung Hari macam lagu Kris Dayanti. Lagi 7 hari...ku terbang di udara.. Balik kampung...ooooo...balik kampung...hati riang....

Baju raya tak siap lagi ni. Sesetengah orang baju raya posa tu la baju raya haji. Tapi tahun ni aku rajin sikit.. sikiiiit je.. Ada baju raya posa ada gak baju raya haji.. Mintak-mintak sempat la siap sebelum sabtu depan.. Sabtu depan dah nak terbang woooo....
As at tengahari ni, baju je yang dah siap, kain belum lagi..menjadi gak baju kebaya Pahang/Riau pesak kembang aku. Nasib baik terjumpa buku Salikin Sidek, dapat idea serba sedikit camana nak cara nak buat pola kebaya ni. Cuma kali ni aku berjaya buat kebaya Riau yang pesak tak sambung dengan badan hadapan. InsyaAllah lain kali nak try jugak buat kebaya Riau style tu.

Baju kebaya Riau ni aku pasang dengan butang balut kain. Memula ingat nak guna butang biasa, tapi alang-alang dah beli butang dengan zila, baik try wat sendiri ye tak.

Ini lah peket DIY butang balut yang aku beli dari Zila
Untuk baju kebaya Riau kali ni, aku guna butang saiz 15mm

Mula-mula kain kena letak interfacing, kalau tak terburai la benang-benang kain tu.
Tapi terpulang pada jenis kain, rasanya kalau kain jenis cotton takyah interfacing pun takpe.
Lepas tu lukis ikut bulatan yang ada kat belakang pek, banyak mana?
Terpulang..ikut banyak mana butang nak lekat kat baju.

Lepas dah gunting bulat-bulat, jelujur halus kat keliling kain tu.
Jangan potong benang, biar panjang pun takpe.
Tujuannya supaya senang nak jerut kat butang nanti.


Inilah yang saya maksudkan tadi. Tujuan jelujur tu supaya senang nak balut butang.
Letak butang betul-betul kat tengah dan jerut.
Bila dah jerut, masukkan dalanm rumah butang (warna putih, ada disertakan sekali dalam pek)
 
Yang warna putih tu rumah butang.
Bila dah siap jerut/bungkus butang tadi, masukkan ke dalam rumah dia.
Letakkan penutup butang atas rumah butang tu.

Tekan menggunakan penekan (warna biru, juga ada dalam pek)

Taraa....butang bungkus dah siap
(Isy!! Besar lak nampak jari aku)



Dah siap pasang kat baju
(Phone camera punya pasal, kaler baju aku jadi kelabu taik dog)



Camni lah lebih kurang kebaya riau ku yang dah siap..
Gambar not so clear, lum mampu lagi beli DSLR

Wednesday 3 November 2010

Adui..mak..letihnye saya..

sumber : Intenet

Lenguh benar terasa tengkuk hari ni.. Keje boleh tahan melambak. Bos keluar kejap.. eeee... ape lagi, bukak blog la, bebel sorang-sorang.. Tengok kucing tu, rasa jeles plak.. Bole tido atas laptop. Kalau aku wat macam kucing tu agak-agak taun depan dapat promotion tak? Hmmm... jadi Mat Jenin la jawabnya..

Tak soba tunggu Sabtu depan nih, Raya Aji kat Tawau :) :) :)... Nampak tak betapa happy nya saya. Baju tak siap lagi ni, dah beberapa hari tergendala. Mood menjahit hilang seketika ditelan Tragedi Oktober ku.

Sebut pasal Tragedi Oktober, semalam budak bengkel tu kata, adjuster dari insurance company dah datang menilai jumlah kerosakan kancil kesayanganku. Harap-harap urusan claim-mengclaim ni takde masalah. Rasa patah kaki bila tak drive sendiri. Pegi balik keje harap abg sayang hantar. Abaaang.. Ayang patah kaki bang...

Tuesday 2 November 2010

Try cuba test..apa-apa je la..

Time sakit di hati belum hilang, terjumpa sesuatu yang sesuai untuk kita share sama-sama...

The Amazing Hair Dryer (by Z. D. Zhou)



Not long ago a friend took her ten-year-old boy to my house looking for my wife, saying that her child had hiccups all day long. The child was very uncomfortable and unable to eat at all. After she checked, my wife said there was a muscle spasm in his diaphragm. Without hesitation, she took out a blow dryer, turned on the power and started blowing at the boy's stomach. About 10 minutes later, the boy burped and felt relieved. We were surprised that this thing can do the trick. But my wife just smiled.


A few days later, I had a stiff neck when I woke up in the morning. I could hardly turn my head. I recalled my stiff neck problem was treated a few times by acupuncture and cupping when I was younger. I asked my wife for the similar treatment. She said there weren't any needles at home nor any suitable small jars for cupping. She just took out a hair dryer. I couldn't help laughing. Again? This thing can cure stiff neck too? Amazing!


She blew on my shoulders and my neck for about 15 minutes. My neck was really loosened up. I could turn my head now. Later in the evening, she repeated that on me once more. The pain in my neck was significantly reduced. I crowned her the "queen of blow drying".


She explained that this was inspired by the method people used in the old days. In hospitals, with all the modern equipments we have, doctors do not need blow dryers. Back in the old days, in rural villages especially, doctors were poorly equipped with medical supplies. So they came up with other means to treat patients with common pains.


Suddenly I realized this is the thermal effect on pains with the heat generated by a blow dryer. Modern physiotherapy equipment such as electric, laser, thermal, ultrasound and others can easily generate heat for effective treatment. They are, of course, more powerful then a blow dryer. However, when they are not available, using a blow dryer to generate heat will also work, temporarily at least, on common pains such as back pain, muscle spasm, stiff neck, leg cramps, etc. It is easily accessible and easy to operate as long as there is electricity. The blow dryer is really amazing. Try it. Hope it works for you too.
(Sumber : Carian Internet)
 
Jom try cuba test..sapa tau mujarab.. No more pain killer...
 
Question : Agak-agak berkesan tak untuk hilangkan sakit hati?
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...