Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 31 May 2012

Tempahan pakaian raya 2012



Assalamualaikum semua....

Bismillahirrahmanirrahim



Jarumasindah mohon maaf kerana terpaksa menutup tempahan untuk raya pose 2012 lebih awal dari yang dipostkan sebelum ini. Secara rasminya tempahan ditutup pada 22 March2012 (Khamis). Volume tempahan yang saya terima sejak posting tempahan raya beberapa minggu lepas agak tinggi bagi part timer macam saya. Jadi bagi menjaga kualiti baju-baju customer yang tersayang, saya harus menutup tempahan lebih awal. Harap maklum.

Sekian terima kasih....

Saturday 12 May 2012

Entri Hari Ibu 2012 ~~Nak mama selalu~~

Mama : Adam, makan la nasi tu
Adam : Nak mama suap.. mama suap sedap


Mama : Adam, bukak baju, jap lagi nak mandi
Adam : Nak mama bukakan, mama kan sayang adam


Mama : Adam, tidur la.. Esok nak sekolah
Adam : Nak mama pelok Adam, mama peluk best


Mama : Adam, bangun sayang.. Mandi..nak sekolah
Adam : Nak mama kiss dulu, kalau tak hari ni tak nak pegi sekolah
~Antara dialog-dialog harian saya dengan Adam. 


Tahun ni tahun ke-5 saya celebrate hari ibu. Tapi tahun ni paling seronok, Adam dah pandai melukis & mewarna. Walaupun nampak comot, tapi mama suka, sukaaa sangat. Di FB mama post, di blog ni pun mama post.


Hari Rabu lepas, on the way balik rumah, dalam kereta, Adam keluarkan sesuatu dari beg sekolahnya. Adam kata, Adam buat leaf untuk mama, leaf tu kaler pink.. Cikgu suruh lukis untuk mama. Menitis airmataku.. sebak dan terharu.. Rasa bangga dalam diri hanya Tuhan saja tau.. Bangga sebab aku seorang ibu, dan bukan mudah nak jadi ibu yang sebenar-benar ibu..


Ya Allah Ya Rabbi, berkatilah hidup anakku, 
jadikan dia hambamu yang berjaya dunia akhirat. 
Berikan jua ku kekuatan & ketabahan dalam membesarkan & mendidik Khalifahmu. Amin....



Friday 4 May 2012

Sayur Di Huang Miao

Tergerak hati nak share.. As usual, lunch time hari Jumaat saya selalu shopping barang masak untuk weekend dan lokasi utama soping itu biasanya adalah Jaya Grocer di Empire.. ala SOHO yang meletup tahun lepas tuu.. Kat sini memang best, sayur-sayuran, ikan, daging, ayam semua fresh. Bab harga pada saya ok lagi kot, kalau pilih mende yang biasa-biasa la, kalau pilih yang mahal dah tentulah mahal.


Mungkin tak ramai yang pernah makan sayur ni. Di tag harga tu tertera nama sayur ni Di Huang Miao.. Miao..miao..cam kucen plak..Mak saya panggil sayur ni kangkung cina.. Nama malay sebenar tak tau plak apa dia. Sayur ada 2 versi, satu warna hijau macam yang saya beli ni dan satu lagi warna merah. Masa saya dalam pantang lepas bersalin Adam dulu, sayur ni lebih kurang macam makanan harian saya. 


Menurut mak saya, kalau makan sayur ni, Insyaallah tak ada masalah sembelit. Mak saya sediakan sup sayur ni everyday, dan Alhamdulillah sepanjang dalam pantang, saya memang tak ada masalah sembelit pun. Kalau beli sayur yang warna merah, nanti kuah pun warna merah. Ada orang kata sayur ni keluarga bayam, Wallahualam. Pada saya sayur ni memang tak ada rasa bayam pun, lepas masak sayur ni rasa licin sikit, tekstur ni agaknye yang membantu mengurangkan sembelit.


Sayur ni jenis yang menjalar, dan kalau sapa duk rumah flat tu, boleh aje kalau nak tanam dalam pasu. Nak masak petik je pucuk, nanti akan tumbuh yang lain. Kalau berminat nak tanam, cucukkan aje batang sayur ni kat tanah, Insyaallah kalau tangan tu tak panas, pokok ni mesti tumbuh. Kalau nak yang dah siap ada pasu, kat Carrefour Seksyen 23 Shah Alam ada jual, harga kalau tak silap RM15 sepasu.




Sayur Di Huang Miao 

Menu sampingan yang sengaja interprem
Daging lada hitam




Cuci-cuci mata - Baju Cik Bad dan anak daranya



Kurung Pahang

Kurung moden full lining zip tepi
Sizing follow baju contoh
Kain bawah godet belakang

2 layer smocking cuff

Kurung moden zip tepi

Leher bulat

Tangan cekak getah

Kurung moden lining zip tepi


Thursday 3 May 2012

Cuci-cuci mata - Baju Cik Ayu



All kurung asli..
Azurina ni jahit baju kuruuung aje, dah customer tempah baju kurung, kena la jaet baju kurung aje ye dak? 



Cuci-cuci mata - Baju Cik Ros

Layann... snap tang tengkuk je.. huk huk huk sebab baju pesen standard je..kurung pahang dan kurung buluh.. Material semua cotton.


Kurung Pahang

Kurung Asli (pesak Buluh)

Kurung Asli (Pesak Buluh)

Kurung Pahang

Tuesday 1 May 2012

Ngidam plak..Masak Lemak Ikan Masin dan Nenas

Selamat Hari Pekerja pada yang bekerja, pada yang menganggur tu cepat-cepat la cari kerja ye jadi tahun depan wish ini boleh ditujukan untuk anda.

Hari cuti ini merupakan hari demam untuk saya. Tak seronok lah. Tekak pedih, hidung pedih, badan dah mula menaikkan temperaturenya. Dalam pada itu, teringin pulak makan yang pelik-pelik..Eh..apakah ada dua, two, loro?? Mana ade pregnant lah!! Ni kan musim cuaca panas, metabolisme kurang, jadi penyakit senang nak lekat. 

Sayang cik abang ku, belikan lauk tapi yang mentah aje, aku kena la masak. Tak pernah seumur hidupku pi beli sebijik nenas siap dengan tulang ikan kering semata-mata nak untuk dimasak sebagai gulai lemak, memang tak minat langsung. Tapi kali ni teringiiiiiiin sangat, nampak tak? Teringiiiiiiiin..punye la panjang tu. Dah le saya ni bukan jenis yang terer masak, so pagi-pagi dah google resepi kat intenet. 

Amacam? Nampak menyelerakan ke?

Nyam2

Nak resepi, tanya le pakcik google ek.
Malas keh nak menaip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...