Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday, 4 May 2012

Sayur Di Huang Miao

Tergerak hati nak share.. As usual, lunch time hari Jumaat saya selalu shopping barang masak untuk weekend dan lokasi utama soping itu biasanya adalah Jaya Grocer di Empire.. ala SOHO yang meletup tahun lepas tuu.. Kat sini memang best, sayur-sayuran, ikan, daging, ayam semua fresh. Bab harga pada saya ok lagi kot, kalau pilih mende yang biasa-biasa la, kalau pilih yang mahal dah tentulah mahal.


Mungkin tak ramai yang pernah makan sayur ni. Di tag harga tu tertera nama sayur ni Di Huang Miao.. Miao..miao..cam kucen plak..Mak saya panggil sayur ni kangkung cina.. Nama malay sebenar tak tau plak apa dia. Sayur ada 2 versi, satu warna hijau macam yang saya beli ni dan satu lagi warna merah. Masa saya dalam pantang lepas bersalin Adam dulu, sayur ni lebih kurang macam makanan harian saya. 


Menurut mak saya, kalau makan sayur ni, Insyaallah tak ada masalah sembelit. Mak saya sediakan sup sayur ni everyday, dan Alhamdulillah sepanjang dalam pantang, saya memang tak ada masalah sembelit pun. Kalau beli sayur yang warna merah, nanti kuah pun warna merah. Ada orang kata sayur ni keluarga bayam, Wallahualam. Pada saya sayur ni memang tak ada rasa bayam pun, lepas masak sayur ni rasa licin sikit, tekstur ni agaknye yang membantu mengurangkan sembelit.


Sayur ni jenis yang menjalar, dan kalau sapa duk rumah flat tu, boleh aje kalau nak tanam dalam pasu. Nak masak petik je pucuk, nanti akan tumbuh yang lain. Kalau berminat nak tanam, cucukkan aje batang sayur ni kat tanah, Insyaallah kalau tangan tu tak panas, pokok ni mesti tumbuh. Kalau nak yang dah siap ada pasu, kat Carrefour Seksyen 23 Shah Alam ada jual, harga kalau tak silap RM15 sepasu.




Sayur Di Huang Miao 

Menu sampingan yang sengaja interprem
Daging lada hitam




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...