Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 26 September 2013

Mama masuk wad????

Mama dah masuk wad? Dah nak bersalin dah... Hohoho... Silap tekaan itu.. Bukan mama tapi Adam yang masuk. 

Masa AI dok mengemas barang-barang untuk dibawak ke hospital aritu, Adam yang sedih sangat, macam le mama dia nak pindah kuar umah terus.. Rupa-rupanya dia yang nak masuk wad.

Adam dah demam sejak Sabtu lepas, yakni dah 5 hari as at hari semalam. Dalam masa 5 hari tu kejap ok kejap tak ok. Klinik pun dah pegi, antibiotik pun dah makan. Doktor kat klinik kata Adam demam sebab tonsil bengkak. Kami laki bini iyekan aje la, masing-masing bukan doktor kan... Dalam 5 hari ni masing-masing meyakinkan sesama sendiri, ni dah ok ni..ni dah tak demam ni..ni dah sembuh ni... Sudahnya sampai Adam lembik demam pi mai pi mai tang tu jugak. Makan minum tak nak, kulit pun dah kering.

Semalam 25 September kami decide bawak Adam ke hospital. Bahaya agak mengagak ni, lebih baik bertindak sebelum terlambat. AI dah prepare GL outpatient dan inpatient sejak semalam lagi, plan nak pegi KPJ Selangor kat Sek 20 Shah Alam tu, jadi GL pun addressed ke hospital tu lah. 

Berkobar-kobar semangat pegi sambil dah siap pack baju Adam sekali, sampai je kat kaunter, rupanya takde bilik kosong. Hampa.. bukan kami excited anak nak masuk wad tau! tapi pilihan untuk admitted adalah yang terbaik, doktor dan misi sentiasa ada dan depa tau what they should do and what they shouldnt.

Lepas tu kami decide try pegi Shah Alam Specialist Hospital, kami panggil SALAM je. Alhamdulillah ada bilik kosong, special untuk pediatrik pulak tu. Tapi masalah lain pula timbul, GL takde tempat nak generate dan print. AI suruh budak kaunter tu call GSC HR kami, tapi cam hampeh, mentang-mentang semua dah online dan self-service dah jadi macam tak tau apa itu emergency. Nak suruh email tak boleh, suruh fax pun tak boleh. Kalau la patient dah nazak nak mati agak-agaknye sempat mati nak cari internet pc dan printer. SALAM ni pulak jenis nak GL dulu baru boleh admit. Mereka takkan boleh consider, 'masuk dulu, GL on the way'. 

Jadi dengan keboyotan ni, AI dengan En Asben jalan keliling building cari kalau-kalau ada cyber cafe. AI rasa nak nangis je, tengok Adam dah lembik, cari cyber cafe pulak tak jumpa-jumpa. At last dengan kuasa Allah, hampir genap sebulatan kami pusing bangunan, jumpa satu cc kecik. Alhamdulillah..dapat generate dan print GL dan Adam pun dah selamat masuk wad.


Bilik Anggerik no 211 memang wad pediatrik. Langsir pun corak katun-katun. AI dapat 2-bedded room. Tak kisah la, janji masuk wad. Paeditrician Dr Mohammed Nazir yang segak dan ensem hohoho! Sehari 2 kali visit patient (tak macam paed dekat SJMC, hari pertama dan terakhir je nampak muka, dah le caj mahal nak mampus..) Pediatrik wad ni sekali dengan labor room, masuk-masuk aje, nampak pintu labor room dulu. Rasa macam nak pi beranak je. Disebabkan 2 bedded room, sudah semestinya ada neighbour. Takde nak berkenalan pun, mood tadak. Nak plak neighbour jenis pasang tv macam pasang tv kat rumah sendiri, volume ikut sukati je. Bila en Asben suruh nurse sound baru la tersedar diri tu kat sepital rupanya bukan kat rumah.


Disebabkan Adam tengah lembek dan tak bermaya, Adam wat derk aje masa doktor dan nurse cucuk tangan untuk drip dan ambil sampel darah. Dia seolah menyerah diri sepenuh jiwa raga. Result test 'Positif Denggi'. Pagi tadi second time ambil sampel darah, baru lah dia melalak, SAKIT!! kata Adam. Kesian anak mama, takpe anakku..  'Boys be brave!' bak kata ShinChan


Peace yo..


Lebih kurang gini suasana dalam wad. Kalau single bedded semua tirai-tirai tu takde kot. Heaven la Adam, sambil baring sambil tengok tv. Siap cakap tv kat hospital ni best la mama. Ye la anakku mentang-mentang la tv kat rumah kita tu macam akuarium besarnnya. Seronok eh duk wad??


Katil single ni yang mama dan Adam share untuk tidur waktu malam. Babahnye plak kena bawak toto dari rumah, tido kat lantai..siannn!! Anyway bersyukur dapat duduk sini, nak harapkan fulus sendiri takde laa.. Terima kasih employer ku! Huhuhu.. Nak berulang balik mandi kat rumah pun takde hal, dekat jek. Tempat makan banyak, kedai banyak, ample parking.


Peace yo Adam yang kedua sebelum melalak dicucuk untuk ambil darah tadi. Get Well Soon my dear!!

Updated : 
1) Adam dah discharge pada Isnin 30 Sept 2013. Platlet count suddenly naik dari 48 ke 120. Alhamdulillah... berkat doa dan berkat usaha dan mungkin juga nutriferon berkesan kat Adam. AI baru bagi Adam minum bancuhan sepeket nutriferon + 2 scoop ESP pada hari Ahad. Kiranya 1 dos dah memberi kesan. Syukur.. Sekarang Ai continue bagi Adam nutriferon ni, 3 kali seminggu biar body lagi immune.



2) Ada yang bertanya caj bilik di SALAM ni. Untuk pengetahuan, Adam duduk di 2-bedded room, cajnya RM85 satu malam, maknanya 2 katil satu bilik berkongsi satu bilik air. 2-bedded ni yang paling murah. Kalau single room cajnya RM125 satu malam, bilik air pakai sengsorang. Tapi caj ni bukan nett, kalau tak silap ada 6% gov tax lagi.


Azurina Indah

Friday 20 September 2013

Preparation untuk 'babymoon' months

Sebagai album kenangan maya AI dan juga sebagai panduan untuk fren-fren yang perlu panduan harga

Barut jahit sendiri je sebab kain balance bantal busuk Adam banyak lagi.
AI guna flannel cotton. 2 helai saiz S, 2 lagi saiz M


Nursing pillow pun AI jaet sendiri. Dari body ke sarung semua guna bahan recycle huhu..
Isi pillow, AI recycle kusyen sofa kat luar tu, sarung plak AI recycle sarung tilam Adam dulu.
Pattern bole goggle kat tenet, sonang je!


Ni bantal guling ngan tilam yang bugil lagi. Bantal ngan guling AI buat sendiri, isinye recycle gak. Sarungnya pun recycle. Hohoho.. Tilam tu beli online RM70 satu, tak kose nak jaet weh. Tebal dalam 2 inci kut. Kalo perasan satu bantal tu ada cam lesung-lesung pipit kan, bantal tu kengkonon dimple pillow lah, AI malas nak menggentel jadi bantal karipap, leceh! AI jaet cubit-cubit macam tu je, janji kat tengah bantal tu ada 'lopak', sama je fungsinya nanti pegang kepala baby supaya tak senget sana sini.


Ni bantal guling ngan tilam yang dah bersarung. Kain tu cotton Bandung tau! Bos blanje huhu...
Dari awal AI berkenan sangat kain ni, tapi bukan untuk dibuat baju, tapi sarung bantal.. Sekarang dah siap taman bunga matahari..


Ni barang-barang hasil serbuan kat One Baby World Shah Alam. AI ambik pakej breast pump dengan free gift dan PWP sekali. Dapatlah save budget. Azam AI kali ni nak breastfeed baby sampai 2 tahun atau lebih lagi.  Pakej berharga RM288, dalam pakej tu 1 Medela Harmony manual pump, 4pcs Washable Breast Pad, 3pc Ice Pack, 1 kotak Ziplock Storage Bag, 4 biji breastmilk bottle, 1 cooler bag dan 1 kutang hohoho (takde dalam gambar). Detail boleh tengok sini. Dah beli set ni dapat beli barang lain dengan murah PWP. AI amik PWP combo warmer dan steam steriliser. Kira OK la, beli barang kat OBW ni dapat diskaun lagi 20% untuk NUK teat dan 'cocot baby'.


Ni plak hasil serbuan kat AEON Big Bukit Rimau dan Mydin Sek 18 Shah Alam. Ada pampers mama la huhuhu! Nappy liners tu saja nyebok sekali, balance Adam dulu tu.


Ni baju-baju Adam masa baby dulu. Dah siap basuh dan wangiiii...
Siap lipat dan simpan dalam gerobok plastik ajaib


Ini hasil serbuan kat Mydin Sek 18 Shah Alam dan kedai jamu kat hujung building tu. Kali ni berpantang AI tak nak ambil set. Sepengalaman AI dulu, quite membazir, banyak yang tak habis. Beli pick n choose macam ni lagi berbaloi rasanya. Binari Feminine Wash RM17.90, Putri Binari Ginger Slim Lotion RM19.90, Putri Binari Lulur Scrub Combo RM18.90, Air Lemuju RM7.90, Mustika Ratu Rempah Harum Sari RM7.90, Air Gamat RM5.50.

Bengkung RM49.90 selai, AI beli supaya senang nak ganti-ganti pakai, currently yang ada cuma 2 helai. Leesa Formula Ginger Cream tu RM50, mandian herba TYT plak RM5 sekotak, dua-dua ni dapat harga murah sebab AI jadi member kedai jamu tu. Benda bulat comel cam bunjut tu adalah tungku baby RM 10 sebijik, beli di kedai jamu Ole-Ole Shopping Mall.


Kain bedung untuk baby. Kain flannel cotton beli kat Nagoya Aeon Big Subang Jaya. RM5.50 per meter.


Besen mandi Adam dah pecah, so untuk baby kena la beli baru. Beli besen ni kat baby fair Citta Mall, complete sekali dengan bath supportnya. Harga bath tub RM25, bath support tu plak RM12. Actually bath tub kalau beli kat kedai plastik boleh dapat lagi murah, tapi mende dah ada depan mata, beli aje laa


Ni kaftan yang dah diubahsuai menjadi nursing kaftan. Belah pastu pasang aje zip sorok. Sepengalaman AI dulu terpaksa selak kaftan dari hujung kaki bila nak nenenkan Adam hohoho... 'Indah' pemandangan...


Kali ni berpantang AI tak nak ambil sebarang jamu, tapi makan vitamin aje. So Shaklee lah pilihan AI. Sekarang ni even belum bersalin, AI dah boleh makan vitamin-vitamin dalam gambar tu except Alfalfa. Sebenarnya belum complete set lagi ni, zinc complex dan lecithin belum ada stok.


Ni saja menggatal beli. Kiut je, tak tertahan rasa hati, dapat selai cukup la..

Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...