Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Tuesday 26 April 2011

Baju Kurung Moden Badariah


Kurung moden Badariah
Kain Duyung
Material baju : sifon
Material lining : sifon


Setelah sekian lama berperang, akhirnya saya menang.. ya..saya menang, berapa lama bertarung, akhirnya dia tewas juga akhirnya.. Bukan bertarung dengan pedang, bukan bertarung tenaga, tapi bertarung dengan kesabaran bekerja dengan kain selicin sifon, plus lining pulak tu.. Tapi at last.. puas hati gue.. kain duyung pun menjadi, sukanya hatiku..

Lining kurung moden ni saya jahit berasingan, sebelum ni dah biasa jahit sekali, so kali ni nak tengok efek berlainan pulak. Sesetengah orang kata, baju kurung moden kalau lining dijahit sekali dengan baju, nanti si pemakainya nampak lebih berisi. Iye ke.. Setelah buat test drive baju ni, saya rasa sama je, tak ada beza. Kita tunggu komen pemilik baju nanti.

Kainnya pulak saya jahit stail duyung. Disebabkan nak efek duyung tu, kain saya potong secara bias. Secara jujurnya, this is my first kain duyung yang menjadi. Sebelum ni, efek tak menjadi sangat. kain 'kejung' je.
Tapi kena ingat, kain kena cukup lebar at least 60", meter kain pulak kena lebih, 2m memang tak cukup..confirm.. Sebelum memotong kain ni, saya dah berkira-kira, risau kain tak cukup. Kalkulator, pita ukur, pembaris, semua di sekeliling saya. Kalau sebelum ni saya tak pernah lukis pola kain atas kertas, kali ni saya terpaksa jugak pola, ukuran lebar ngam2, sebab bila kain dipotong bias, kain tu sendiri akan memeri.  Kain dicantum dengan serger 2 jarum, so efek kain nampak lebih ringan & beralun (Gambar kain takde, tak sempat snap).

Dalam entri sebelum ni, ada juga saya tepek gambar kurung moden Kak Bada ni, bersama kurung moden anaknya sekali.

Saya ni asyik jahit baju orang je, baju sendiri tak berjahit-jahit lagi.. Ada sapa-sapa nak tolong jahit baju saya tak? :P

Wednesday 20 April 2011

Maternity Dress Mama Yang

Saya tepek kat sini, first maternity dress untuk babysitter Adam Haris. Perancangannye kata nak pakai masa kenduri anak buahnye May ni. Seronok pulak dapat jahit maternity dress, first time jahit baju mengandung.. rasa macam nak pakaii je.. bukan pakai sesaje..tapi pakai dengan keboyotan sekali la..


Empire line cut


Monday 11 April 2011

Kurung Moden Ate

Sayang sekali, banyak baju siap yang saya tak sempat snap & masukkan dlm entry.. Kesuntukan masalah penyebabnya.. anyway..lagi tempahan baju kurung moden yang dah siap, pemunya baju request tanak zip.. kain selisih belah depan.. ate..kita bakoo....

Loop turner & Kebaya hitam

Assalamualaikum..
Ini entry kesinambungan dari entry saya yang lepas pasal tools butang bungkus..
Dalam entry lepas saya dah tunjukkan butang yang dah berjaya saya bungkus. Kali ni saya nak tunjukkan pula satu lagi tool yang cukup membantu dalam kemasan baju kebaya. Kebanyakan kebaya biasa hanya menggunakan butang katup, tapi bagi jenis kebaya yang menggunakan butang balut, perlu ada loops/gelung untuk menyangkutkan butang balut tu.Nama tool ni Loop Turner.. digunakan untuk menterbalikkan jalur kain yang dipotong secara bias bagi menghasilkan gelung/ loop untuk butang di baju kebaya. Bentuk lurus dan ada cangkuk kat depan, cangkuk ni lah memudahkan kerja menarik jalur kain yang paling hujung.
Loop turner

Cangkuk di hujung loop turner

.....................................................................
Ni pulak cerita tentang kebaya hitam.. Saya teruja sungguh sepanjang menyiapkan baju ni.. Mana taknya.. kerja-kerja menyiapkan baju ni amat mencabar & perlu kesabaran pada tahap tinggi, ditambah pulak taraf amatur saya, tapi cabaran itu keseronokan.. Kepuasan yang tak terhingga bila melihat hasilnya.. Mungkin pada tailor-tailor yang pro, apalah sangat jahit kebaya, tapi pada saya ini satu platform untuk jahit yang lebih cantik lagi..

Tuan punya baju sendiri (Zurin) yang draft design kebaya ni pada kertas, pada mulanya, risau jugak, bole ke..? Kebaya moden pendek leher tinggi V, beserta butang balut di sepanjang belahan dan hujung tangan. Kain pulak gojet belakang (ala-ala ada ekor meleret di belakang), disebabkan sayang dengan corak kaki kain yang cantik tu, saya potong secara bias tanpa memotong gojet berasingan. Tara... inilah hasilnya.....

Kebaya moden berbutang bungkus

Kain godjet belakang
(Gambar tak brp clear, so gojet tak nampak sangat)

Kurung Pesak Pahang/Riau Farina

Kurung pesak Pahang tempahan Farina.. hujung tangan dikemaskan dengan mata lalat bermanik.. Material cotton.


Kurung berpesak Pahang/Riau
mengilusikan langsing pada si pemakai


Blouse - Ruslina

Tempahan kak Ruslina

Blaus leher V, tangan kembang

Blaus leher mandarin
Tangan cuff getah

Blaus leher Mandarin
Tangan cuff getah

Kurung Pesak Gantung, Kurung Kedah, Kurung Moden Ruslina

Lagi yang dah siap untuk tatapan semua..
3 jenis kurung, kurung pesak gantung, kurung kedah & kurung moden
Ekceli, owner request untuk jahit kain A line untuk baju pesak gantung ni.. tapi disebabkan kain berkaki, risau tak dapat jahit A line yang selesa (kena jalan spt minah jepun pakai kimono), saya gantikan dengan kain selisih depan.. Tempahan baju kebelakangan ni, banyak yang nakkan cuff getah, rasa seronok pulak tengok baju-baju yang bercuff getah ni, comel je..

Kurung pesak gantung, kain selisih depan
Tangan cuff getah
comey kan cuff ni.. geram


   

Baju kurung kedah, hujung tangan dijahit mata lalat bermanik
Kain kipas belakang

  

Kurung moden Ibu dan Anak

Lagi kurung moden yang dah siap..
Tempahan Puan Badariah, 2 helai untuk dirinya, sehelai lagi untuk anak daranya..
Kurung moden body biasa bercuff getah..
Sehelai baju lagi on the way, dah siap esok, insyaallah, saya akan snap & tepek kat sini..Lambat sikit sebab kerja menyudahkan agak rumit, kain organza berlining pulak tu..
Yang dah siap ni, dua-duanya material cotton berkaki..


Kurung moden si ibu

Kurung moden si anak


Kain kembang payung


Wednesday 6 April 2011

tools buat butang bungkus.. my new toy

Tercapai dah hajatku memiliki tools ni.. Merata mencari, bertanya, tapi hampeh.. Gi kedai barang jahit, apek ngan nyonya kata, sini jual mutang woo..itu mesen tatak juat..sana China mari..

Lalu ku google la, tools butang bungkus ni kat internet, konon nak beli direct dari China supplier, English pulak tunggang langgang, risau gak sama ada aku atau dorang ker tersalah paham, karang ode mesin butang dihantarnya kat aku mesin basuh, susah ler..tak dapek den nak koba dah..

Sib baik ada Kak Nor Azlina atau Naiz, salah satu forumer kat Cari.com. Terima kasih daun keladi, lain kali ode lagi..Ehehhehe..kalau tak kenal ahkak, sampai la ni saya terkial-kial berbahasa Omputeh ngan supplier China tu.. saya tak paham dorang, dorang pun tak paham saya.

Inilah dia mesin butang bungkus yang saya dah dapat Jumaat lepas, my new toys.. Happy sesangat, rasa nak bawak tidur je.. (Over tu..!). As a start, saya beli size 18 & 24 dulu, yang lain-lain tu tungguu...

Dah try buat sendiri, butang bungkus untuk kebaya customer ku..
Tatap wajah butang dulu, baju siap kemudian ye...

Tak larat dah..

Assalamualaikum wbt..
Lama tak post entry..Tak senang duduk rasanya.. Blog ni macam diary, sampai satu masa, seronok baca entry2 lama, especially entry2 masa memule berblogging.. kalau boleh sehari nak 3-4 kali entry, jenuh berfikir entry apa selepas ni. Sekarang ni dah tak berapa nak sempat nak post-post entry, jangankan sekali sehari, seminggu sekali pun susah, bukan tak ada idea, tapi masa tak mengizinkan.

Tak lawa entry tanpa gambar. Meh sy kongsi baju kurung schoolmate saya yang sy dah pos kat dia dlm seminggu yang lepas. Material cotton vietnam yang ada gold line tu, kurung biasa jek..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...