Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 30 December 2010

Yeay...besok cuti!!!

Sukanya dalam hati, esok cuti umum untuk satu Malaysia...
Congrats to Malaysia Team, our first winning in Suzuki Cup ever!!!
Because of you I will relax at home for 4 days berturut-turut...
Alangkah seronoknya..
Isnin depan memang planned leave untuk saya, sebab bukak sekolah kan.. Bukan sebab Adam masuk sekolah, tapi sebab babysitter sibuk anak dia nak masuk sekolah...
Aku aim nak wat baju aku sendiri sampai siap... 2 PASANG!!!


* hari ni dah burn 340kcal

Wednesday 29 December 2010

..Besar dah anakku..

Lagi 2 hari dah berganti tahun.. cepat benar masa berlalu.. tanpa ku sedar,
    
  •        umur dah nak bertambah lagi setahun
  •        dah masuk 5 tahun aku jadi isteri orang
  •        dah masuk 4 tahun aku jadi mak orang
  •        adam dah nak 4 tahun, sesuai sangat kalau ada adik hihihi
  •        lagi setahun Adam dah boleh sekolah

semua dah tambah..gaji aje tak bertambah-tambah...

azam tahun baru...

  •        nak jahit baju laagi banyak
  •        nak kuruskan badan
  •        nak tambah ilmu dan amal
  •        tambahkan kesolehan sebagai ibu dan isteri ..insyaallah
To all....

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Thursday 23 December 2010

Hari ni hari demam

Sok sek sok sek entri hari ni, sama cam hidung aku yang sok sek sok sek dari semalam. Rasa badan sekarang ni cam tak sekuat dulu, sebab faktor usia agaknya, atau mungkin faktor kurang rehat atau kurang senaman atau kurang vitamin.. mungkin..mungkin..

Mcm pokok ni je, kureng vitamin, nampak takde semangat langsung



Bulan lepas aku 'terbeli' satu basikal senaman, memang dah plan nak beli, tapi takde la secepat ini, sebab plan asal aku ialah nak beli mesin jahit high-speed/industri.. tapi bila mengenangkan keletihan yang melampau semasa balik dari keje, macam ada yang tak kena je.. aku pun beli lah jugak basikal tu. Mungkin toksid berlebihan dalam badan, itu yang aku tau, puncanya makan minum yang tak tentu dan KURANG SENAMAN. Aku ni pulak, kalau kat rumah memang tak reti duk diam, ada je kain yang aku nak gunting, nak jahit hihihi.... bila masa nak rehat??  Cuba bayangkan seawal 8.30 malam aku dah mula menguap, tu petanda awal nak tido la tu. Tapi semenjak aku amalkan bersenam lepas bangun pagi, agak ok la.. Lagi satu, kalau ponteng bersenam sehari, sure rasa lembap je sepanjang hari.

Semalam aku dah call workshop yang repair kancil aku. Menurut mamat yang jawap tepon tu, keta aku tengah duk dalam bengkel, lambat siap sebab barang datang sedikit demi sedikit. Ala.. aku dah tak sabar hidup patah kaki ni. Tapi bila dikenangkan balik bas RapidKL yang langgar kancil aku hari tu, sampai hari ni perasaan nak BOM semua bas RapidKL yang lalu-lalang ni memang meluap-luap dalam jiwa aku.

.................................................................................................
First time trial wat topping atas kek. Kek tu cake mix Nona, cuma tambah minyak & telur je. Minyak tu ganti ngan melted butter. Topping lak wat ngan double cream + cooking chocolate. Sedap..puas hati sangat...Thumbs up to myself!!!









Sunday 19 December 2010

Roda kehidupan

Assalamualaikum...
Benarlah peribahasa mengatakan hidup umpama roda, sekejap kat atas, sekejap lagi kat bawah... Saya kat mana ye? Atas tak, bawah pun tak.. Kat tengah le tue..

Rabu lepas pegi ke pasar malam Seksyen 24 ni.. singgah satu gerai tu, jual tudung jersey.. Murah pulak tu, selai baru RM10..boleh kurang plak kalau ambik lebih... saya rembat gak 2 helai wat basahan g keje tiap-tiap hari.. Senang men sarung je, siap.. takyah nak adjust2 jambui kat depan tu, kena angin sket, senget sana sini..

Alkisahnye..nak diceritakan tentang bisnes tudung ni.. Memula dulu start dr tudung ekin, pastu dapat adik plak mcm2 nama, hajaba la, arian la, jakarta la.. sekarang ntah nama apa lak... A friend of mine siap bukak butik khas untuk jual tudung... Masa tu bisnes memang meletops... Siap outstesen ke luar negara semata-mata nak mendapatkan the best material untuk tudung-tudung jualannya.. Broked la, shantung la, thai silk la.. Harga tudung sure la ketuk lebih sket, nak cover duit tambang lagi, tax lagi, kargo lagi... Tapi la ni, member tu ada la meluah perasaan pasal bisnes yang dah tak berapa meletops macam dulu.. Iye la, material yang sama jual kat butik harga sampai ratus2 pun ada.. tup..tup.. kat pasar malam baru RM20 sepasang... camana member nak cari makan.. Sekarang ni member tengah dok cari idea, nak buat produk lain yang boleh cover jualan tudung-tudungnya yang dah nak down tu.. Saya ada dirisik gak, suh jaet baju untuk butik dia, ehehheheh... kalu pakai label Azurina ok je.. Hmmm...camana up and down pun, yang saya nampak menjahit jugak yang stabil.. Apa kata anda...??

Thursday 16 December 2010

Lagi Azurina Collection


Assalamualaikum...
Payah gak jadi Kak Long ni ye.. Kene plak adik-adik suma blaja lagi, jadi bila si Kak Long ni balik kampung, memasing pakat kirim beli tu kirim beli ni.. jadi sebagai Kak Long yang baekkk hati, cuba gak sedaya upaya memenuhi kiriman2 yang pebagai ittew... Contohnya baju kurung nak pakai bila school term bukak nanti.. Adik aku yang bongsu tu blaja kat MRSM Tawau, mmg ade baju rasmi tapi pakai untuk sekali je seminggu kalau tak silap aku.. Jadi hari-hari lain kena la pakai baju kurung sendiri.. Alkisahnye.. si adik bongsu ni kebetulan ada Kak Long yang reti jaet baju kurung...jadi..dengan berbesar hati si Kak Long ni jaetkan la sepasang baju kurung asli dan sepasang lagi baju kurung pahang untuk adik bongsunya ittew... Setakat ni dapat 2 pasang je dulu ye, tak larat akak eh...



Baju adikku.. Dah siap lawa plak


Pun sama..baju adikku... sib baik ukuran dia kecik, kalau tak sure tarik balik



Baju kurung asli
Material : Japanese cotton
Kemasan leher : kun aje, malas nak tikam2
upah tempah RM35 sepasang
 




Kurung Pahang - Memberi ilusi kurus pada si pemakai
Beza dgn pesak gantung adalah di bhg pesak, putus atau bersambung
Material : Japanese cotton
Kemasan leher : Kun
Upah tempah RM40 sepasang
 


Tempahan rakan seopis
Kurung asli
Material : Chiffon (takde lining)
Upah tempah : RM35 sepasang
*Kadar upah tempah sy letak skali..kalau-kalau ada yang berminat..boleh le post kat comment..
Ramai yang tanya..tapi sebab belum ada company registration.. jadik kena hold dulu..tapi masih boleh dirunding ye..especially sapa2 yang duduk dekat2 area umah saya di Seksyen 24 Shah Alam

Thursday 9 December 2010

Cheese cake and Azurina


Cheesecake ni aku try wat last week ekceli, tapi baru ni sempat upload gambar. OK la, not bad, untuk first trial, kira aku dah berjaya. Resepi aku salin dari buku lama masa balik Tawau ari tu, resepi Agnes Chang, ntah tahun bila punya version. Buku pun ala-ala nak reput dah. Mula-mula rasa tak yakin nak try, iye la, kos bahan nak wat cheesecake ni bukannya murah. Kalau tak jadi, weeeee....nangessh...

Kadang-kadang bila jumpa satu resepi especially kat internet, tengok bahan mudah dan murah, memang teruja nak menyalin.. tup-tup bila buat tak menjadi seperti yang ada dalam gambar. Dah hilang semangat untuk try yang lain pulak (cam saya la ni...). Lain orang lain peel nya kan, memang ramai yang nak share resepi, tapi tak ramai yang nak share teknik membuat yang betul. Macam nak tak nak je kan... Sudahnya, dapatla kek yang bantat dan tak sedap..

OTW to bake



Kek tengah bake dlm oven


Baked Cheese Cake

Ingredients:
(Crust)
120gm crushed choc biscuit
120g melted butter

(Cake A)
500 gm cream cheese
100gm castor sugar
150gm double cream
4 egg yolks
1 tbsp grated lemon rind
90gm plain flour, add in
30gm corn flour, sifted

(Cake B)
4 egg whites
80gm castor sugar
1tbsp lemon juice

Method:
1. Combine biscuit & butter
2. Cake A - Beat cream cheese till smooth, add in sugar & beat in till fluffy.
Add double cream and beat till smooth. Add in egg yolks and mix well.
Add in grated lemon rind and fold in sifted flour. Keep aside.
3. Cake B - Whisk egg white till fluffy, add castor sugar and lemon juice.
Continue whisking till stiff.
4. Mix A & B, pour into spring form pan.
5. Bain marie bake at 150 deg celcius for 1 1/2 to 2 hrs.



Nikmatilah pemandangan indah ini


Yummy... sungguh sedap sekali cheesecake ku

----------------------------------------------------------------------------------
Salah satu baju yang sempat di snap sebelum dihantar pada tuannya.. Nampak macam baju yang beli siap kat Alam Sentral jek..hehehehehe... Thanks for Ribbon Boutique.. Nice job for making me the most adorable label..

Kain yang tunggu masa untuk dikerjakan

Tara... Azurina brand terbaru di pasaran...






Thursday 2 December 2010

Azurina Label & Le Sac Dress

Fuh... Dah siap akhirnya label yang ditunggu-tunggu lebih kurang sebulan yang lalu..
Baby pink color... For me..soooo cute... Agak-agak bole ke abih sampai aku bercucu ek??




..................................................................
Ni Le Sac Dress yang dah lama siap... Tapinye... tak sanggup nak jadi model depan kamera.. model depan abang takpe.. (risau.. kot2 sesapa kompius.. baju ke pembalut nangka..ehehheeh...). Kali ni, saya guna bantal kusyen kat umah jadi model.. janji nampak clear yang cutting le sac dress saya menjadi.. Bawah baju tu, saya jahit dgn jahit tepi yang paling halus, sambil jaet sambil tarik, nampak mcm berombak sket..

Kusyenku sedang menggayakan le sac dress yang sexy



Jahit tepi berombak kat bahagian bawah baju

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...