Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 30 September 2012

Cupcake Coklat Kukus Lembap


Salam...

Minggu ni kiranya dah cukup sebulan AI kat ofis baru Oasis Ara Damansara. Tak de lah jauh mana, kesesakan lalu lintas tu yang jadi masalah. Waktu pagi tak ada masalah, AI keluar awal, setengah jam awal compare masa AI based kat Consplant Subang Jaya. Waktu balik konfem tak boleh lari ke mana, terpaksa harung jem jugak. Kesian kat Adam Haris, sampai satu tahap dia sendiri bertanya kat AI, kenapa mamanya dah tak hantar dia ke sekolah macam biasa. Mujurlah encik Asben ada boleh tolong hantar Adam masa pergi, time balik AI yang jemput. 

Hari ni entri masak-masak lagi. Buatnye dah lama, baru ni nak tepek..Ngee...

Cupcake ni sedap sangat, manis pun just nice, sesuai sangat untuk AI yang tak berapa gemar manis. Tekstur kek sangat gebu dan lembap walaupun hanya diadun dengan tangan. Resepinya AI dapat kat MyR.


Cupcake Coklat Kukus Lembap/
Steamed Choc Moist Cupcake

Bahan-bahan A:
1 gelas gula
1 gelas serbuk koko
1 tin susu cair

Bahan-bahan B:
2 biji telur
1/2 gelas gula
1 penutup esen vanila
1/4 gelas susu pekat
1/2 gelas minyak jagung

Bahan-bahan C (ayak bersama) :
2 gelas tepung gandum
2 sdth baking powder
1 sdth soda bikarbonat
1 sdth nescafe & garam

Cara nak buat:
Didihkan air dalam pengukus
Panaskan bahan A kecuali gula. Gaul sebati tak perlu sampai mendidih.
Angkat & campurkan gula, gaul hingga gula larut. Tapis.
Pukul bahan B hingga kembang kecuali minyak. Kemudian masukkan bahan A.
Bila dah sebati masukkan minyak.
Masukkan bahan C ke dalam adunan di atas sedikit-sedikit sambil dikacau.

Adunan likat ni AI kacau dgn tangan aje,
langsung tak guna mixer pun


Sudukan adunan cukup 3/4 sahaja dan kukus lebih kurang 20 minit.
AI kukus guna acuan lompang
AI kukus guna mufin pan

Jemput makan!


Tuesday 18 September 2012

Sabar aje laa....

Migraine menyerang lagi hari ni...
Sehari suntuk melepek aje, lepas makan painkiller..
Memang painkiller tak elok diambil selalu..
Tapi bila dah tak tahan..telan aje laa...

Source of image : Google

Saturday 15 September 2012

Apam Pisang

Dua hari lepas, ada sambutan raya di ofis baru Ara Damansara. Selepas menjamu selera tu, sempat gak AI merembat  beberapa sisir pisang cenonet yakni pisang emas. Dan hasil rembatan itu tercipta la Apam Pisang. Resepi ni seingat AI, cedok dari internet, tapi tak sure address yang mana. Yang AI pasti, tiap kali buat apam pisang sure AI akan follow resepi ni.

Hasilnya memang cukup gebu, caranya amat mudah, bahan-bahan pun ringkas saja. Sesuai untuk AI yang 'rajin' ni. Biasanya AI kukus apam ni menggunakan acuan lompang, tapi kali ni guna loyang biasa aje. Lepas dikukus dah rupa kek pisang plak..Aisyyy...layan je la..janji sodapp!

Apam pisang


Apam Pisang

Bahan-bahannya
1 gelas tepung gandum (diayak dgn 1 camt baking powder)
1 gelas pisang (dilenyek dgn stgh camt soda)
4 biji telur (AI guna 3 biji aje, sbb stok habis)
Setengah gelas/80ml minyak jagung (AI guna minyak masak)
1/4 gelas gula perang (AI guna gula pasir aje, gula perang yillek)

Cara nak buat
Pukul gula dan telur sampai kembang.
Masukkan minyak, pukul lagi
Masukkan pisang lenyek, gaul rata
Masukkan la tepung dan kacau sebati
Bekas kukus ikut suka nak loyang/ acuan lompang
Loyang : kukus lebih kurang 40 mins
Acuan lompang : lebih kurang 15 minit


Friday 14 September 2012

Buah Melaka aka kelepon

Salam..

Seronok pula mengepost entri masak-masak ni. Walaupun tak terer masak, tapi hati rasa puas. Bila teringin je masak, bila masak je teringin. 

Tetiba teringin makan buah melaka. Wong Jowo panggil kuih ni kelepon. Pertama kali mencuba buat sendiri buah melaka ni 2 tahun lepas, kat entri ni Wat malu jek, kuih senang pun ambil masa lebih 30 tahun baru berani mencuba. Masa kali pertama mencuba tu, rasa ok tapi rupa sooo out. 

Kelapa kali ni guna kelapa tua yang saya kikis kulit ari-arinya. Semua original, dari air daun pandan ke kelapa parut, semua buat sendiri, no readymade2 yang beli kat kedai.

Buah Melaka teman rapat kopi O kaw


Buah Melaka/ Kelepon

Bahan-bahan (agak-agak)
Tepung pulut
Air daun pandan
Gula merah/Gula melaka
Kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara buat
Didihkan air dalam periuk
Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan sampai doh boleh dibulat-bulatkan
Bulatkan doh, besar sikit aje dari guli
Masukkan gula, dan bulatkan semula
Masukkan dalam periuk air mendidih
Bila dah timbul, angkat dan golekkan pada kelapa yang dah ditambah sedikit garam.



Monday 10 September 2012

Bubur Keledek Sagu

Salam

Tengah belek handphone, ternampak gambar ni dan tak semena-mena terasa rindu dengan Jaya Grocer kat Empire Subang Jaya. Ni masuk minggu kedua kat ofis baru di Plantation Tower Ara Damansara. Sekarang dah susah nak beli barang-barang dapur. Dengan erti kata lain kawasan jin bertendang, segalanya jauh dan jauh.... Nak makan pun kena drive keluar, nak shopping apatah lagi..huhu.. Tapi bagus jugak, jimat belanja sebab tiap-tiap hari bawa bekal dari rumah, kurang lah juga pembaziran, lauk semalam dipanaskan untuk bekal hari esok..ngeee...

Keledek ni la kenangan terakhir dari Jaya Grocer. Keledek kuning. Digoreng sedap, dibuat bubur pun sedap. Saya pilih untuk dibuat bubur bagi menghabiskan stok kelapa yang berlambak kat dapur tu. Boleh tahan la rasanya walaupun saya bukan penggemar bubur atau pengat atau seangkatan dengannya.

Bubur Keledek Kuning bersagu



Bubur Keledek Sagu

Bahan-bahan
Keledek (kupas dan potong kecik2)
Sagu (rendam dan tos)
Gula pasir
Santan 
Garam

Cara buatnye
Kalau agak-agak keledek lambat empuk, boleh direbus dulu
Masukkan santan, keledek, garam dan gula.
Masak sampai keledek empuk
Masukkan sagu.
Ngap!




Sunday 9 September 2012

Aku masih mencari

Salam...

Jiwang sakan title entry itu... Macam si single mencari pasangan heheh... sungguh meruntun kalbu

Seyes!! Semenjak raya sampai la sekarang, saya tak start lagi enjin jahit menjahit ni... Mood tu takde.. Dah cuba mencari dan masih mencari... tapi tak jumpa-jumpa.. Rasa seronok pula hidup tak menjahit.. hahah..

Waduh Azurina, sebulan bercuti, sakan ko ek! Kain-kain dah mula masuk seawal dua minggu lepas raya.. Aiyoo...

Attached herewith the latest Azurina's handmade for your eyes only!! Baju ni pun tuannya dah beberapa kali basuh dan pakai, baru ni di entrikan.. Sabar je lah!




Kurung Pahang

Kurung Biasa






Thursday 6 September 2012

Ayam masak lemak cili padi

Entri masak-masak lagi....

Kenapa masak lemak? sebab stok kelapa sangat banyak, jadi selagi stok itu tak habis, selagi itu lah kolesterol kami tinggi.. Ngeeee

Ini adalah lauk untuk bekal saya esok ye..Harap maklum..


Salah satu punca kolesterol yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah santan



Ayam Lemak Cili Api

Bahan-bahan (semua anggaran aje)

Ayam sekor
Kentang potong 8
Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk lumat
Santan pekat
Serai dititik
Daun kunyit
Garam secukupnya

Cara buat

Masukkan semua bahan dalam periuk.
Renihkan. sambil itu dikacau supaya santan tak pecah.
Bila kentang dah empuk, rasa masinnya.
Masukkan daun kunyit.
Siap

Wednesday 5 September 2012

Mi rebus paling simple di Shah Alam

Mentang-mentang la mood menjahit tak sampai-sampai lagi, asyik entri masak-masak je yang keluar.

Eheh..dah namanya isteri dan ibu, mestilah kena memasak kan. Kebetulan hari ni selera untuk nasi tu tiada. Adam pula memang penggemar mi yang tegar. Dalam peti ais ada extra mi kuning yang dah dicelur dan sebutir telur :P (lauk lain takde plak..kes malas nak ke kedai..ngeee). Maka terjadilah mi rebus yang sangat simple-mimple-pimple. Mi rebus letak telur aje tapi sedap..!!



Mi rebus simple

Bahan-bahannye:

Mi kuning secukupnye (saya celur dulu)
Bawang merah dan bawang putih dihiris halus
Telur
Lada hitam ditumbuk kasar
serbuk lada putih
air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng dan daun sup (jika suka)

Cara nak buat:
Tumis bawang sampai agak wangi dan kuning
Curahkan air dan biar mendidih
Masukkan mi kuning
Masukkan lada
Masukkan telur dan jangan dikacau.
Perasakan garam
Tabur bawang goreng dan daun sup sebelum dihidang



RM3 semangkuk :P

Nikmati ketika panas, tak kira ketika hari panas atau redup :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...