Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Mesti Baca


## MAKLUMAN : TEMPAHAN KINI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU ##

Pada anda yang rasa-rasa berminat nak suruh AI jahit baju anda, contact AI seperti di bawah ni:

SMS aje ye: 0133801833
(Talian dibuka pukul 6pm-10pm pada weekdays; 8.30am-10pm weekend/holiday)

Email : rinacomel79@yahoo.com

FB : Azurina Indah (tapi tak digalakkan, sbb AI jarang login)

Nota kaki : Kenapa AI mintak di SMS aje? Taknak la nanti melopong, sebab kena terjah, upah ni berapa, upah tu berapa, boleh jahit gini ke tak, boleh jahit gitu ke tak. Sebab semua depend pada current volume tempahan yang ada dan knowledge AI. Kadar upah, honest cakap, AI cuma ingat upah baju kurung aje, lain-lain kene refer buku magic AI heheh

******************************************************************


Tapi sebelum meneruskan hajat nak meminang AI untuk jahit baju anda, baca lah dulu syarat-syarat simple di bawah ni dengan penuh penghayatan. Ianya penting untuk kebaikan kita bersama.

  • Pada anda yang rasa badan bersaiz agak besar, silalah jangan beli kain siap potong 4m tu atau 2m-2m ye. Nak selamat belilah kain gulung kat Nagoya ke, Kamdar ke, Jakel ke, dan plissss beli lebih dari 4m. (Tips : kain corak bebas 4.5 m, kain berkaki atau corak berira 5m). Ingat!! Kain bidang besar tak semestinya 60", selalunya yang AI dapat kain bidang 'besar' tu cuma 50" aje, so kalau customer besar bagi 4m kain, migrain le AI nak potong huhu.. Make sure kain anda cukup.


  • Kain dah siap potong 2m-2m, untuk badan bersaiz biasa dan ke atas, memang tak sesuai ye untuk dibuat Kurung Pahang sebab tak cukup melainkan body anda bersaiz comel seperti Sheila Majid.


  • Tempahan jahitan diutamakan dari kawasan Shah Alam sahaja, sebab AI malas nak pos-mengepos ni. So kalau dekat, dah tentu anda boleh datang sendiri ukur badan dan collect bila dah siap.


  • Hari penghantaran kain dan peng'collect'an baju hanya pada Sabtu, Ahad dan hari cuti aje, itupun by appointment terlebih dahulu ye sebab AI sangat busy. Weekdays AI  bekerja dan menjahit ni cuma part-time aje.


  • AI tak terima tempahan 'terkejut', urgent atau last minute ye. Nak compare-compare "Tailor sinun cakap boleh siap seminggu, why u tak boleh?" uhuhuhuh dengan itu silalah hantar kat tailor sinun tu ek.. (P.S. : Term AI : Urgent/last minute = nak pakai lagi 2-3 hari/hujung minggu ni/minggu depan)


  • Ada yang hantar kain tu kata siap bila-bila pun takpe, tapi lepas 2 hari SMS, "Mintak tolong siapkan baju bla..bla..bla.., minggu depan nak pakai" Potensi this is the last and final order I'd sew for you itu ada ye, sebab lumrah manusia bila di bagi sekali pasti nak dua kali dan seterusnya heheh... Ini juga dikira sebagai tempahan terkejut/last minute.


  • AI boleh jahit baju palinggg cepat siap pun dalam sebulan ke sebulan setengah, depend pada volume tempahan sedia ada. First in-First out (macam VSS lak). Pernah ada yang sampai 6 bulan ngee... Sanggup tunggu tak? 


  • AI hanya jahit baju-baju biasa dan dari kain biasa-biasa. No chiffon and no lining


  • AI pentingkan punctuality yakni tepati masa. Bila janji nak datang pukul 10 pagi, silalah datang pukul 10 pagi dan bukan pukul 10.30 pagi atau 10 malam ye! Sebab AI pun ada komitmen lain. Pepandai la bajet, kalau janji datang pukul 10 pagi, jangan la pukul 10 pagi baru nak mandi dan gosok gigi ye ~~Most Important


  • Bayaran adalah COD basis. Ambil baju dan bayar cash. Nak tunggu Isnin baru transfer mebeng2u ke, hujung bulan ke, dapat bonus ke, cheque clear ke, memang AI tak dapek la nak nolong. 


  • Harga upah adalah tetap/fixed. Segala diskaun/special price adalah depend pada budibicara AI. 


  • Baju-baju anda yang bakal AI jahit nanti, bila dah siap AI akan publish dalam blog ni. Setuju? Kalau tak setuju, AI tak nak jahit eheheh...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...