Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 30 October 2011

Kebetulan aku rajin hari ni, jadi......

Salam Sunday,

Mi Kari.. percubaan pertama saya selama hidup..
Mi takde, jadik bihun pun jadi la..
Ada ayam, fishball, fishcake..sayang lupa nak beli kerang..
Takpe..esok masih ade (Itu pun kalau aku rajin...:P)


Jemput makan....


Saturday 29 October 2011

Nak ukur ketiak kat pola baju

Hehehe..mentang-mentang internet aku dah laju, ada aje idea nak post entri baru.

Ala..kebetulan, ilmu nak share apa salahnye. Saya bukan pro pun, mak budak yang baru belajar jugak. Benda ni dah lama jadi tanda tanya saya. Pola reti buat, cukup cantik dan nampak perfect. Tapi tang lengkuk ketiak, susah jugak nak ukur ngam-ngam. Ada orang ukur pakai tali tape je, ada gak yang ukur pakai benang. Memang la, bila tanya kat tailor-tailor yang pro, jawapannya kena praktis selalu, yang pro pun asyik jahit tetas jahit tetas gak. Tapi ni bukan jawapan yang saya nak. At last, saya dapat 1 idea, cemana nak ukur ketiak tu atas kertas. Calculation, saya ikut nota Kak Zura. Ukur kat kertas saya guna pembaris seperti dalam gambar kat bawah ni.

Pembaris ni dipanggil flexible curve ruler. Masa sekolah menengah dulu, selalu guna ruler ni untuk sambung keluk/graf. Dah namanya flexible, memang betul-betul flexible la. Ada unit inci dan cm sekali. Saya beli kat Mydin. Harga kalau tak silap RM4.80 untuk 16". Ade gak ruler 10", 12", paling panjang kalau tak silap 20".


Dibentuk S

Dibentuk U

Tempoh percubaan

Salam Sabtu.....
Selama ni saya surf internet kat rumah guna Silkum Broadband atau ramai yang sifatkan Berukband takde bulu . Tapi bukan yang bayar bulan tu, tapi prepaid je. Konon-kononnya saya takmo komitmen dalam bil-bil ni. Saya bayar untuk usage daily atau weekly. RM5 daily atau RM20 weekly. Tapi hampas..setiap kali activate, setiap kali itu lah sumpah seranah akan saya bagi free. Mentang-mentang lah prepaid, kedudukan yang diberi umpama kasta tahap rendah sekali.. nak bukak Yahoo Mail pun, sempat masak megi sebungkus, kekadang sampai nak abis makan megi pun, tak lepas lagi nak loading page Yahoo Mail tu.

Saya tak nafikan, kekadang laju jugak, tapi kekadang tu lebih kurang 1 dari 10 lah. Dengan prepaid berukband ni lah, kalau kebertuahan menyebelahi, dapat lah saya hapdet blog, dan upload gambar-gambar yang tak seberapa.

Selama beberapa bulan, saya buat research thru internet, nak tau mana broadband provider yang terbaik. Ada yang mahal, ada gak yang murah. Dah tentu yang murah jadi pilihan. Tapi di antara yang murah ni, ada yang berbaloi ada gak yang tak. Setakat ni, saya dpt feedback P1 yang terbaek. Broadband sebulan RM59, no contract, 3GB usage, kalau lebih cuma slow sikit connection, tapi tak lah se'slow' Silkum Berukband. Upfront payment RM100 je. Dan hari ni 7-days cooling off period bermula, kalau tak pueh hati, dalam masa 7 hari bole return modem and dapat refund RM100 tu balik. Kira OK lah, RM59 sebulan. Better daripada bayar ratus-ratus sebulan. Ape barang..bayar mahal-mahal, lain ler kalau buat bisnes online..

Saya cuba upload 2 image kat bawah ni. Memang terus appear. Memang consider as laju lah. tapi biasala tempoh percubaan. Serupa gak macam nak ambik hati bakal mak mentua, sebelum kawen, tunjuk yang baik-baik belaka, supaya mak mentua berkenan. (Hehehe...lari tajuk !!)


Broadband On-The-Go
Harap-harap ko tak jadi berukband la

Friday 28 October 2011

Glamer jugak Mama Yang ye..

Assalamualaikum..

Lepas Raya Haji cikgu-cikgu taska Adam ada konvokesyen ceremony untuk pelajar-pelajar Taski Abim. Cemana tah, cikgu-cikgu tu bole tau yang saya ni ambik tempahan jahit baju. Kemungkinan besar Adam dah pandai bukak mulut, promote kat cikgu-cikgu dia. Sudahnye, petang semalam saya terima aje la tempahan dorang, ala..jahit blouse simple jek. Tapi simple-simple pun mencabar gak, saya ni bukannye pro, amatur je. Jahit pun takde cikgu, suma ikut buku.

Yang sempat saya siapkan malam tadi, jahit butang katup untuk kebaya Mama Yang. Mama Yang ni babysitter Adam Haris dulu. Adam start masuk taska, sebab Mama Yang ni bersalin. Ni saya tepek kebaya dan kurung moden tempahan Mama Yang ni, katanya nak pakai masa kenduri kawen anak buahnye Dec nanti. Ekceli, baju-baju ni belum pasang span lagi, saya masukkan je dulu span kosong, nak tengok terletak ke idak.
Kain dah siap sulam. Ukuran ikut baju contoh.
Kain bawah pesen kipas belakang.

Cenggini la rupa bunganya.
Katanya beli online.

Pesen gambar senget ku kembali lagi


Kurung moden, songket bunga tabur.
Tatau nak snap cemana. nampak besar lak pinggang baju ni
Ukuran ikut baju contoh, kain bawah pesen kipas belakang


Thursday 27 October 2011

Ukur baju di badan sendiri

Mentang-mentang keje jahit baju, tajuk entri pun macam ada kena mengena je dengan jahit baju. Ukur baju di badan sendiri, boleh je..tapi bagi saya ada part-part tertentu perlukan pertolongan orang lain untuk ukurkan. Misalnya labuh pinggang belakang ke punggung. Memang boleh ukur sendiri, tapi macam tak kena jek. Yang saya dah lantik jadi tukang ukur biasa lah, cik abang ku.

Sebenarnya bukan tajuk entri ni ada 2 meaning. Satu: Macam yang saya bebel kat atas. Dan satu lagi: Orang-orang yang berbelanja lebih dari kemampuan atau pun senang saya sebut di sini taste orang kaya tapi poket orang marhaen je. Sebelum tu saya nak nyatakan di sini, entri saya ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati ye. Kalau-kalau terasa pedas tu, bawak-bawak la kurangkan cili.

Kalau tak silap saya, pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah tergolong dalam pendapatan rendah. Bayangkan kalau dalam satu isi rumah tu pendapatan less dari RM3000, dengan keadaan ekonomi sekarang semua benda nak kena bayar, how to survive?


Image ihsan Google
See kalau realiti kemampuan kewangan jauh dari expectation, takkan ke mana la...


Tapi, saya pernah bertemu dengan orang-orang tertentu yang gaji kecik tapi tastenya ya rabbi memang tinggi melangit. Kereta beli baru installment sebulan RM500, rumah sewa pun rasanya mau RM500 gak, belanja anak-anak & dapur lagi mau RM1000. Busuk-busuk pun dah RM2000. Bila tanya bila nak beli rumah sendiri, jawapannya nak rumah teres SAHAJA. Tak main la apartment/flat, alasan tinggi sangat. Bengang jugak saya, ada bunyi macam lupa diri je. Dewasa ini (cewah..!), di negeri Selangor ni dah hampir mustahil nak dapatkan rumah teres yang harganya RM200K ke bawah. Kalau ada pun, nun di ceruk mana, yang jauh dari semua benda. Sekolah jauh, kedai jauh, pasar jauh, even bas dan teksi pun susah nak jumpa. I tell u...tunggu sampai kucing tumbuh tanduk pun, takkan mampu beli. Kereta pun memadai sebijik je dulu, tak perlu la sampai 2 bijik. Nak beli baru untuk diri sendiri memang tak salah, masalahnye lesen memandu pun takde. Tak ker membazir. Kereta bayar mahal-mahal tapi jadi tukun je. 

Jangan jadi macam kerusi tu. Kecik tapi ada hati nak tampung orang gendut.
Sudahnye, kan dah sangkut tak leh kuar.
(Penat saya google image..last2 jumpa yang ni OK la tue)

Pada pendapat saya, dengan keadaan macam ni, dulukan mana yang perlu je. Ada keta buruk sebijik dan rumah flat buruk sebijik pun dah cukup baik (Macam kenal je..). Tak payah nak pening-pening fikir nak bayar installment mahal-mahal, bukannya mampu pun. Sebelum saya beli rumah yang saya duduk sekarang, saya pun menyewa, sebulan dalam RM500. Saya fikir lebih baik beli je dari menyewa, installment baru RM350 sebulan, kat sini saya dah jimat RM150. Kenapa murah? Ini je yang saya mampu buat masa ni, rumah flat PKNS. Dapat beli rumah pun jadilah, asset berharga. Lagi pun harga rumah semakin naik, la ni value rumah yang saya duduk, dah RM70K, beli baru RM50K, kan dah untung RM20K. Bukan saya tak nak rumah baru yang besar2 dan lawa2 belaka, tapi income saya dan suami saiz S je, kenala cari asset yang saiz S dulu. Kereta, bukan saya tak nak kereta baru, tapi installment mahal sangat. Mampu memang la mampu bayar, tapi banyak benda lain yang lebih penting yang perlukan DUIT.

Memang kereta dan rumah saya buruk dan memang saya saja yang sanggup beli kete dan rumah buruk saya ni. Tapi, buruk-buruk pun, saya dah ada harta..tak payah berkira-kira dan kedekut sangat dengan setiap sen yang saya belanjakan, lebih baik dari melopong bayar hutang yang hasilnye entah ke mana. Lega aku...! (Luahan perasaan rupanya..!)

Memang saya dah lama nak post entry pasal ni sebab saya tau kat luar sana ramai orang yang macam ni. tapi saya berkira-kira, takut la ada yang tersentuh hati. Yela, blog saya ni open to all readers, sapa-sapa boleh blogwalking. Nak marah? Tak puas hati? Kecik ati? Atau setuju dengan saya? Komen la..sila..sila..

Monday 17 October 2011

Kita serupa je..

Hari keje memang sangat memenatkan, walaupun skop keje kat dalam opis je, siap aircond. Saya juga punya naluri keisterian dan keibuan yang tinggi. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak suami dan anak makan minum dari air tangan sendiri. Sedap atau tak tolak tepi dulu. Tapi mungkin

letih + malas = makan kat kedai/beli bungkus

Anda semua sama macam saya ka? Nak jugak tau kalau-kalau cuma saya seorang je mcm ni kat dunia fana ni *wink*. Pernah satu petang tatkala saya sedang memesan makanan bungkus kat gerai dekat2 rumah. Saya terperasan sorang akak tu, sekali pandang macam kenal, dua kali pandang memang kenal, tiga kali pandang dia hai kat saya. Ya..akak ni meniaga nasi lemak kat sini tiap-tiap pagi. Tergerak saya nak bertanya, kenapa dia makan kat luar, sedangkan dia meniaga makanan. Menurut akak tu, dia letih nak masak untuk makan sendiri, dan lagi masak untuk meniaga tak sama feel dengan masak untuk makan sendiri. Dan yang paling best lagi, akak tu kata akak MALAS. Setiap hari dia dan family makan kat luar. I repeat SETIAP HARI. See dah terbukti saya tak keseorangan dan takde la malas sangat sebab ada hari-harinye saya menggagahkan diri pi tumis sardin pedas-pedas + goreng telur dadar. Kesimpulannya kita serupa je.. 

Emm..hari ni nak masak apa ye? Kalau rajin aku masak, kalau malas, ode kat gerai aje la.. heheheheh :P

.....................................................................................

Baju tempahan fixed customer saya. Sapa nak jadi fixed customer saya..sila..sila... banyak kelebihannya bila saya dah cop sebagai fixed customer tau...
Kalau perasan, baju-baju ni semua menggunakan butang balut. comeell sangat!!






Sunday 16 October 2011

Kurung Asli dari Kain Sari dan Kurung Pahang merah menyala

Tengok gambar aje la ye...
Gambar memang sengaja disnap senget.
Tukar selera la konon...

Yang ni tak senget. Kurung Pesak Pahang
Kain dah siap beading. Lagi satu ahli boria kat dept aku.
Masuk ni rasanya ada 5 orang kat dept aku ada kain macam ni. Semua tempah kat butik Azurina.
Jangan mare Ayu..

Asyik terbabas jek..

Hampir seminggu abg juki ada kat depan mata. Dan hampir seminggu ni juga la, saya dok pulun training jahit guna abg juki. Laju jangan cakap ler. Masa sekolah menengah, saya guna mesin kayuh kat rumah mak. Dekat sini pula, saya menjahit all the way guna portable. Langsung tak pernah cuba mesin-mesin speeding ni. Tak suka lah speeding-speeding ni, saya pemandu berhemah (off topic..hehehehe). Masalah utama adalah mematikan jahitan. Jenuh mencuba, sekejap jadi, sekejap tak. I wonder now, betapa mahirnya tailor-tailor kat kedai jahit dan kilang-kilang tu. Dua tiga kali pijak pedal, dah siap selai baju.

Sekarang ni saya tengah dalam proses mencari dan membeli tapak jahit untuk abg juki saya. Dan bobbin-bobbinnya sekali. Cuma tapak kia dan 2 bobbin aje disertakan bersama-sama abg juki tempohari. Jumaat lepas time lunch, saya ke kedai Singer Carrefour SSS16 Subang. Amik ko, mahal nak mampuih. Tapak zip sorok RM28, tapak zip pun RM28 satu. Yang best tapak zip kanan lain, kiri pun lain. Terpaksa la saya beli satu tapak zip kanan, satu tapak zip kiri. Yang laagi best, harga bobbin industri kat kedai ni RM 4 sebijik. Semua sekali terbang RM93. Nanti senang saya snap tapak-tapak ni dan tepek kat blog ni. Jadi kawan-kawan bole tengok apa yang saya maksudkan tapak zip kanan dan kiri tu ye.

Ni baju salah sorang bos kat dept saya. Orangnye boleh tahan sihat walafiat. Baju-bajunye semua saya tengok sendat kat garis dada dan ketiak. Saya nengok pun rasa sesak napash..fuh..fuh..fuh.. Baju dia ni saya ukur lebih kat dada dan keti, agak-agak saya bole bernapash lepas ni, maknanya ok lah tu. Kalau si bos ni terbaca entry ni, jangan mare ye, ni komen ikhlas dari hati, baju bos suma dah sempit dan sendat-sendat belaka. Masa ukur dada & keti bos ari tu, jelas terlihat, kelim-kelim kat bawah keti tertetas-tetas belaka.. hehehe...Silalah buat baju baru. Sekian..


Baju kurung
Katanya nak pakai masa kenduri kawin weekend ni


Wednesday 12 October 2011

Happy...

Malam tadi kutunggu penuh debaran. Kata nak datang pukul 5. I tunggu u sampai pukul 6 tadak, kul 7 pun tadak. I dah risau tau. I mundar mandir kuar masuk rumah, jenguk kalau-kalau u dah sampai, tapi hampa. Tiba-tiba pukul 8 u call, kata u dah sampai, tapi kat blok lain. Isy.. u ni bengap la, rasa nak clash je. Tau ler dah gelap, dan Seksyen 24 ni kawasan flat. Nasib baik u jumpa jugak jalan ke rumah I. I lap u daling. Welcome to my home sweet home.. Lama I tunggu u, baru ni dapat jumpa. Rasa nak peluk-peluk je..

Hish.. luahan hati diatas bukan rekaan, tapi kenyataan...... My new toy dah sampai...
.
.
.
.
.
.
.


Memang laju giler. Saya dah biasa dengan mesin portable aje, slow and steady. Umpama dah biasa drive Kancil pastu drive Evo plak. Sure banyak beza. Saya kena betul-betul terer kontrol speed baru la saya berani nak jahit baju customer. Ni nak reverse pun tak berjaya-berjaya lagi. Mesin ni hasil titik peluh menjahit saya 100%. Tak guna langsung duit gaji ke, duit bonus ke. Lama jugak saya berkira-kira, survey sana sini, bertanya tailor-tailor, nak cari mana yang paling berbaloi dan tak banyak kerenah. Ya, memang mula-mula plan nak beli mesin jahit kepala hitam tu, tapi harga mesin + motor dah nak sama dengan mesin jahit industri. Jadi final decision, saya beli Juki. Puas hati, boleh turun sampai ke anak cucu. Hehehehe.....


Tuesday 11 October 2011

Hai apa khabar

Kalau ditanya apa aktiviti hujung minggu, ada yang kata bawak anak-anak gi jenjalan, ada yang kata balik kampung, ada yang kata pi piknik, ada yang kata tak plan lagi, dan macam-macam lagi. Untuk saya senang ja, menjahit, menjahit, menjahit.. hobi yang tak akan pudar sampai bila-bila. Dah habis ribu-riban sebab minat dan hobi ni, saya tak rasa rugi sikit pun. Malah puas hati disebabkan hobi & minat ni, saya boleh dapat side income heheheheh.. tapi apa yang kita lakukan, perlu ada pengorbanan. Saya menjahit dan dalam masa yang saya punya pekerjaan tetap yang lain. Kalau fikir logik, masa weekdays baki masa yang ada kat rumah, cuma 4-5 jam aje lepas tolak masa tidur. Saya kena berkorban masa tidur, kalau dulu pukul 10 dah pengsan, sekarang pukul 12 malam pun belum tentu lagi siap gosok gigi nak tidur. Bila dah mengadap kain-kain, lupa cemana rasanya letih. Cuma sesekali, terasa letih sangat bila balik keje, sure lepas maghrib saya dah pengsann..

Bagi peniaga-peniaga jahitan tegar ni, saya rasa macam ni jugak la perasaan mereka, tambah lagi bila dah buat full time, komitmen penuh kena ada, disinilah periuk nasi mereka. Hmm..seronok jugak bila boleh menjahit full time kan, tenang fikiran. Tapi keadaan belum mengizinkan saya nak full commit dalam menjahit ni. Banyak yang perlu dipertimbangkan.

Dalam hati saya satu bunga nak kembang dah ni. Last item wishlist saya... tunggu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...