Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Azurina Indah sekeluarga

Assalamualaikum..

Hari ni hari last keje..yahooo... esok pagi-pagi buta lepas sahur ku dan family berangkat balik kampung..

Kepada pelanggan-pelanggan Azurina dan pengunjung blog ini, Azurina sekeluarga mohon ampun maaf dipinta atas segala salah silap dan kekurangan. Ribuan terima kasih pada yang sudi memberi kepercayaan pada Azurina untuk menyiapkan baju-baju raya anda..

Pada yang travel balik kampung..hati-hati di jalanraya..

Blouse cotton

Ni tempahan ulangan Anum, geng SIRIM..
saya ukur dan jahit ikut contoh baju yang diberi..





Kurung Moden Kain siap Beading

Baju tempahan Seripah Parhana, opismet ku.. kain ni dah siap beading.. ok lah, opismet ku beberapa orang pakai uniform yang sama.. kain serupa, lain-lain kaler je..



Kebaya Moden Zurin

Ni tempahan ulangan dari cik Zurin..
hihihi tak sangka berjaya juge aku menjahit kebaya..
Kebaya berbutang bungkus.. cun..


Kurung moden dan kurung pahang Anum

Tempahan kurung-kurung dari Anum

Kurung moden full lining

Kurung Pahang ni saya ukur ikut baju contoh yang diberi.


Kurung Pahang

Kurung Pahang

Baju kurung full lining dan kurung moden anak

Ini pun tempahan ulangan dari Badariah..

Baju kurung full lining mak Bad

Kurung moden anak Bad

Kurung moden dan kurung Pahang Bad

Tempahan ulangan dari Bad lagi..
Raya tahun ni, baju Bad sefamily semuanya cop Azurina..

Kurung moden kain sulam


Kurung pahang


Sunday 7 August 2011

Selamat Hari Lahir ke-4 Anakku..

Hari ni genap 4 tahun umur anak mama.. Adam Haris..
Rasa macam baru je dirimu mama lahirkan ke dunia ni..
Dah besar dah, dah nak sekolah dah pun..
Doa mama buatmu..semoga membesar jadi anak soleh dan pintar, dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik, diberkati Allah dunia & akhirat. Amin....



Adam & stoberinya

Thursday 4 August 2011

Kebaya Tradisional


Cun tak?


Maternity blouse ala-ala kimono

2nd order from Mama Farina

Kawad kurung pahang di bilik jahitku

Ni antara baju-baju kurung pahang yang dah siap.
Malas nak tepek satu-satu, biarlah mereka berkawad ramai-ramai..


Tunggu masa je nak hantar ke tuannye

Monday 1 August 2011

PENGUMUMAN - Tempahan raya 2011 telah tutup

Assalamualaikum semua..

Dengan ini diisytiharkan bahawa tempahan raya 2011 dengan Azurina Indah dengan rasminya ditutup hari ini.

Ribuan terima kasih kepada yang sudi memberi kepercayaan kepada Azurina Indah untuk menyiapkan baju-baju raya anda dan keluarga.

Kepada yang tak sempat menempah tu, Azurina Indah mintak maaf bebanyak.. ingin di war-warkan sekali lagi pada sesiapa yang belum tahu, Azurina ni menjahit part time jew.. jadi masa untuk jahit menjahit ni hanyalah pada malam hari dan hari cuti sahaja (belum tolak MC)

Sekian, terima kasih daun keladi, lepas raya tempah la lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...