Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 11 November 2012

AI dan tudung bunga ros


Eheh..sempoi tajuk entri..macam tajuk buku cerita zaman sekolah rendah jek.

Ini lah yang AI kerjakan sepanjang hari ni walaupun kepala tengah denyut-denyut. Alkisahnye, AI beli 2 helai tudung bawal plain kat pasar malam, RM10 je selai. Tapi bila sampai kat rumah, mak aii, plain sesangat dan tudung tu nampak terlalu 'ringan'.
Nak letak beading? erm...tak kose! Nak letak bling-bling? aisy.. AI tak berapa minat.

AI terpandang tudung bawal yang En Asben belikan masa raya hari tu. Good idea. AI beli lace bunga ros bermeter tu aje kat Seksyen 18. 2.5m cukup la untuk sehelai tudung. Disebabkan tokeh kedai tu dah biasa ngan AI, dapatlah RM10 untuk 5m, takde mandrem-mandrem tau!

AI jelujur halus aje lace ni kat tudung



Dah siap..dapat lah 2 helai tudung baru


Nak inteprem baju AI. kiranya match la dengan tudung ros hijau yang baru siap tu kan. Kain cotton ni corak paisley yang halus-halus. Sekali pandang macam baju kurung yang pakai pegi mengaji je.



Baju ni baju kurung pesak gantung 2pc

My paisley

Azurina Indah

Saturday 10 November 2012

Lagi baju yang baru keluar dari oven

Sekian lama tak de post gambar baju... Baju ni dah beberapa minggu siap tapi asyik lupa nak pass ke tuannya.

Kurung Pesak Pahang
Material : Cotton


Kurung asli/Pesak buluh
Material : cotton



Azurina Indah

Friday 9 November 2012

Bila AI ber'touch'2

Baca title je macam miang kan.. Tapi sebenarnya entry ni takde kaitan langsung dengan kemiangan, ia berkaitan dengan ketidakselesaan AI ber'touch'2.

Apa yang di'touch'2 kan??

Sebagai tailor (walaupun part-time), AI banyak terima request-request menjahit dan pertanyaan thru email. Rata-rata nak contact no. Sebagai seorang insan biasa, dalam masa yang sama AI tak nak privacy AI terganggu. So, langkah terbaik AI beli handphone lain dan nombor phone lain yang di khaskan untuk bisnes sahaja. Pada waktu pejabat, phone ini akan disilentkan dan akan dibunyikan semula bila dah sampai rumah :P.

Dengan bajet RM250, AI dah berjaya dapat phone yang dicari-cari. Tapi setelah hampir seminggu 'mengusap-usap' dan 'mengelus-elus', rasa menyampah lak. Sungguh perit penderitaan tatkala nak menghantar SMS. 
Source from google
Inilah handphone yang AI maksudkan. Samsung Corby model ape tak ingat lak. Dengan harga RM250, AI dapat handphone ni beserta memory card 4GB. Dah pecah tradisi, sebab AI dari mula memang tak pernah berhandphone lain selain Sony Ericsson. Kenapa AI pilih handphone ni? 

1) Within budget RM250

2) Ini handphone termurah yang boleh access wifi (saja menggedik walaupun dah ada P1 kat rumah)

3) Teringin nak 'mengusap-usap' dan 'mengelus-elus' (tengok orang je, sendiri pun nak jugak)

4) Pilih kaler pink sebab choice lain yang ada cuma kuning dan hitam. (Not my taste)

5) Dapat main Burung Marah (Hep!! fikir burung ape tu??)

Source from google

Napa lak AI kata menyampah ngan handphone ni?

1) Susah nak taip, sebab jari AI gemok-gemok. Tekan huruf A, huruf lain yang kuar Tengok gambo kat atas ni, tahan hati je nak menaip

2) Tak boleh nak restrict call kat nombor-nombor tertentu (AI still mencari fungsi ni, sapa tau ada)

3) Kamera kelabuu je dan takde cover, maklum la 2MP aje dan tak boleh focus

4) Handphone ni cam manja jek. Kalau jatuh tak tau la apa cerita.


Udah-udah le mengutuk ye!!


Cite lak pasal handphone zaman silam AI Sony Ericsson K770i Cybershot yang AI kagum sampai hari ni. Sebenarnya tak de la silam mana, cuma disebabkan jenis ni dah susah nak dapat set baru, so AI kategorikan sebagai zaman silam lah sebab nak beli kabel pun sikitnye susah, sini takde, sana takde. 




Napa AI kagum dengan handphone ni?

1) Senang nak taip-taip. Bak kata orang sambil pejam mata pun boleh taip

2) Bila masa tak nak diganggu, senang nak restrict call.

3) Kamera cantekkk.. walaupun pixel kecik 3.2 je, tapi boleh fokus & ada flash. Gambar-gambar kat blog AI ni majoriti guna handphone ni lah.

4) Tahan lasak. Dah beberapa kali jatuh tapi tak jahanam-jahanam gak heheh

5) Bunyi boleh tahan.

6) Kamera ada cover. AI sukee...Takde risiko calar. 


Sangat bersungguh entry AI ni. Takpe la, tak perlu sesal. Trend semasa harus diikuti. Sekarang dah zaman skrin-sentuh, jadi kena lah belajar bersentuhan ye hehehhe.. 

Yang penting Indah Selalu Adiosss..

Azurina Indah

Thursday 8 November 2012

Call sampah dari Card Service Centre

source : google

AI cukup bengang bila terima call dari service centre mana-mana la, especially time office hour. Sangat mengganggu. Mana taknya, ngan sopan-santun (kononnye la..) mintak kita luangkan beberapa minit untuk derang. Hellowww...majikan aku tak bayar aku untuk luangkan masa dengan engkau hoccay!!

Pagi ni AI terima lagi satu panggilan, phone no diprivatekan. Yang berada di talian adalah suara seorang wanita K***ng. Ni lebih kurang perbualan AI ngan dia :


Caller : Ini puan R*** ke?
AI : Ye saya
Caller : Saya buat panggilan dari service centre. Puan masih aktif menggunakan debit card ke?
AI : Ye, masih aktif
Caller : Boleh saya tau bila expiry date kad puan? (Grr..AI dah mula panas dah)
AI : Nak tau atas sebab apa?
Caller : Kita nak pantau DC dan CC cloning
AI : Sebelum tu awak call dari mana tadi? (Cara tanya tu cam eksyen jek eheh, dah panasss)
Caller : Service Card Centre dekat Putrajaya puan
AI : Under what bank?
Caller : Bukan bank puan, kita service card centre
AI : Company? Gomen ke? Private ke?
Caller : Bukan, kita ini service card centre. Kalau puan nak tau, kena datang ofis kita kat Putrajaya. Sana ofis kita (Wat the hell aku nak pi opis ko plak, ofis kita-ofis kita, bila masa aku keje sepejabat ngan ko, soklan aku ko tak jawab, nak suh aku buang masa pi opis ko ye)
AI : oo..
Caller : Takpe puan, dalam masa 2-3 hari kita akan hantar detail syarikat kita kat puan (tau lak dia jelak, dah rasa terperangkap dengan soklan AI)
AI : oo 
Caller : Terima kasih puan
(Bila AI dah malas nak layan memang 'oo' aje lah :P)


See..  she's calling from nowhere with private phone no, then simply asking me what is expiry date of my card. I'm so sorry for this woman. Don't know who has been cheated. Either she wants to cheat me or she being cheated by her boss.

Baru bagi satu soklan, DARI COMPANY MANA, dah kelam kabut. Nak lari nye pasal, tetiba kata akan hantar detail dalam masa 2-3 hari. AI dah masak sangat phone scaming ni. Bukan sekali dua, tapi dah berkali-kali call yang serupa ni AI terima. Syukur la AI suka membaca, suka google, so memang AI alert isu-isu penipuan thru phone ni. IC no, no akaun bank, hatta no credit card dan CVV no..uhhh janganlah sebarangan didedahkan.

Kalau boleh segala jenis phone marketing tu, jangan la dilayan. Bukan AI kata semuanya menipu, ada yang betul, tapi kalau boleh, better elakkan lah diri dari sebarang risiko.

Musykil, dari mana derang ni dapat HP no cardholders. Bukan kah maklumat kita Strictly Private and Confidential?. Or mungkin org dalam bank yang menjual HP no cardholders kepada orang luar? Mungkin..mungkin..

Sampai satu tahap AI set HP untuk receive calls dari family aje, peace with no disturbance. Bila dah open to all callers, macam ni lah jadinye, menyakitkan hati je.
Azurina Indah

Sunday 4 November 2012

Rinduku dah terubat


Salam...

Akhirnya rindu AI dah terubat. Sangat-sangat rindu hinggakan terbit entri ini. Semalam AI  .dan family berkomuter ke Subang Jaya. Dapat gak AI merasa naik komuter baru enam gerabak tu. Canggih, selesa dan luas. Tapi mungkin sebab hari cuti. Kalau hari kerja, tak tau la macam mana keadaannya.

Malas nak drive punye pasal la ni, sampai melecet-lecet kaki AI, dah lama tak jalan jauh heheh.. Kami pergi Subang Parade dan of course ke MPH yang AI rindu. Dan lagi..sebab utamanya, ada buku yang AI nak pinang.

Inilah buku yang AI maksudkan. A-Z Menjahit Kebaya Malaysia. Authornya Zaliha Ariffin. Seronok dapat tambah ilmu. AI kan menjahit tanpa guru, harap buku-buku aje. Dalam ni ada tiga jenis kebaya ditunjukkan. Step macam biasa la, semua buku jahitan sure ada part yang perlukan kita berfikir sendiri.

Harga buku RM34 senaskhah. Kalau Sabah/Sarawak RM37. Disebabkan dah pindah Ara ni, AI dah kurang beli buku. Bermakna kurang lah tax exemption atas pembelian buku untuk declaration tahun hadapan.

Sapa tak kenal keledek goreng atau AI panggil cakar ayam. Ni breakfast kami pagi ni. AI minat makan keledek yang digoreng macam ni, lebih-lebih lagi kalau keledek tu manis. Cara nak buat senang aje, potong keledek tu panjang-panjang macam fun fries tu, dan celup lah dalam batter macam nak goreng pisang tu. Makan panas-panas.

Cakar Ayam aka Keledek Goreng

Saja nak interprem gak, kuih sagu AI yang tak berapa menjadi. Kaler dan rasa dah sedap tapi sayang tak boleh dipotong. Nak makan kena guna sudu. Kuih ni pun antara feveret AI. Nak buat memang senang, tapi nak buat yang menjadi memang susah.

Kuih sagu permata


Azurina Indah

Rendang for belated Raya Haji

Tekak rasa teringin pulak nak makan rendang ayam dengan pulut. Masa raya haji standard la semua dari hasil korban aje. Jadinya hari ni merajinkan diri pi beli ayam dan buat rendang.

Simple aje udah la. Asalnye nak buat pedas sikit, tapi tangan AI selalu tak berjaya memedaskan apa jua juadah yang dimasak.


Rendang Ayam AI

Bahan-bahan :
Seekor ayam (potong kecik dan bersihkan)
4 biji bawang besar*
5 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 cm kunyit hidup*
2 cm lengkuas (ketuk)
3 batang serai *
Setengah mangkuk cili kering kisar
Cili padi secukupnya *
2 biji buah keras*
2 sdb kerisik
2 keping asam keping
Santan secukupnya
Garam & gula secukupnya
Daun limau purut dikoyak-koyak

Cara nak buat :

Kisar bersama bahan bertanda * hingga halus
Masukkan semua ayam, bahan kisar, cili kering, asam keping dan santan ke dalam kuali
Masakkan hingga air ayam kering dan bau wangi
Masukkan kerisik dan garam/gula secukupnya
Bila dah ok, masuk lah daun limau purut
Siapp



Setiap sorang dari kita sure ada part-part ayam yang menjadi feveret kan. AI pulak bila aje rendang siap wajib ratah dulu heheh... 

Dari kanan : Lutut ayam, leher ayam dan kaki ayam
Yang tertinggal dan tak ada dalam gambar : tongkeng ayam heheh!
Nyam-nyam!!

Azurina Indah

Saturday 3 November 2012

Mi Kari Banjir Kerang Special

Salam hujung minggu... 

Masak apa hari ni?? Kalau tak masak, makan kat luar ke?? Makan kat mane?? Makan ape?? Mahal ke murah?? Sedap ke??

Emmm.. sambil muka yang emo..Aah..makan kat luar, makan mi kari, tak sedap langsung, mahal pulak tu..

Hehe..macam biasa je dengan skrip itu.. AI le tu.. AI minat mi tak kisah la mi goreng, mi bandung, mi sup, mi kari, mi kungfu, mi mentah aje tak minat. Sejibik ngan Adam. Ye la..sapa lagi yang follow mama dia kalau bukan anak dia kan..kan..kan..


AI cerewet bab makan dan bab pakaian. Sebab tu la kalau boleh segala-galanya nak buat sendiri. Tapi bab masak-memasak, belum cukup ilmu lagi di dada. Tiap kali nak masak sesuatu yang baru, wajib ada buku resepi kat sebelah. So, hujung minggu kali ni AI cuba masak mi kari sendiri. Selalunya kalau beli kat kedai, sure ada yang tak memuaskan hati. Kurang itu, kurang ini, tapi harga sangat mencekik.


Disebabkan Adam peminat kerang, mi kari AI ni pun kebanjiran kerang. Memang itu pun nikmat meratah mi kari sebenarnya. Apalah makna mi kari kalau tak ada kerang kan..kan..kan..


Resepi AI refer buku, refer majalah, refer internet. Sekadar mencari idea apa dan bagaimana caranya. Alhamdulillah.. sudah LULUS. 


Mi Kari Banjir Kerang Special
(Resepi : Azurina Indah)

Bahan-bahan:
Mi kuning (dicelur & tos)
Sawi (dipotong & dicelur)
Taugeh (dicelur)
Telur rebus
Limau kasturi (kalau suka)

Bahan kuah:
Bawang merah & bawang putih dihiris
Sesenduk nasi cili kering kisar
Serbuk kari ayam/daging sepeket
Halia sebesar ibu jari tumbuk halus
Santan secukupnya
Asam keping
Fish ball
Kerang (direbus dan kopek)
Tauhu kapas belah 2

Cara membuatnya :

Tumis bawang sampai wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing
Masukkan serbuk kari dan sedikit santan.
Bila wangi, masukkan santan.
Masukkan asam keping dan garam.
Kacau-kacau sampai cantik naik minyaknya.
Bila dah ngam rasanya masukkan fishball, kerang dan tauhu.

Masukkan mi kuning, sawi, taugeh dan telur dalam mangkuk.
Tuangkan kuah dan perah asam limau.

Nikmatilah senikmat-nikmatnya...


RM5 semangkuk..gerenti puas hati

Jemput makan...


Azurina Indah

Friday 2 November 2012

Aku rindu kamu berdua!

Huwaa... sedey..sedey..nampak ni airmata AI meleleh..sungguh sedey menahan rindu padanya..

Kalau sebelum ni waktu lunch setiap hari (esp hari Jumaat ye) dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan membeli barang keperluan dapur. Kalau rasa malas masak, bole lepak kat kedai buku. 


Sebelum ni AI sentiasa updated dengan buku-buku terbaru. Ya.. AI memang minat membaca (tabik spring dari Jamal Jamaludin). Sure tak pernah la terlepas especially buku-buku jahitan dan masakan. Mana yang berkenan tu sure 'terbeli'. 

Ni AI dah pasang hajat ni, nak meminang buku baru authornye Aunty Zaliha Ariffin (macam le aunty aku hehehe). So malam ni nak suh En Asben sign agreement untuk temankan AI pegi MPH esok.


Sekarang ni kalau dihitung nilai buku-buku yang AI beli mau beribu ringgit gak. Tapi tak nyesal sikit pun.. ilmu ada disitu, masa tak pernah terbuang sia-sia. Sekarang ni bukannya tak boleh pegi MPH ni, tapi kekerapan tu agak kureng banyak la.. Ye la, dulu nak pegi seberang jalan jek, sekarang kena guna 4 tayar tau!

Ni lagi satu tempat yang agak wajib dikunjungi di kala idea masak itu telah tepu. Jaya Grocer kat Empire. Teringat pulak kat Sayur Di Huang Miao Huwaaa lagi sekali!!

Pinjam gambar abg google.
Sowi la terinteprem lak laki-laki orang laen.
Yang pasti pak guard bangla tu memang rajin tolong AI pilih basket yang bersih hehe..Masheeh..

Seperti yang AI mention tadi, bukan tak bole pergi, tapi dah agak sulitt urusannya deh! Kena drive, pastu kena cari parking.. memang leceh.. Sebelum ni, takat bawang habis stok, no prob. Garam habis stok pun no prob... Jajan habis pun no prob... 



Kesimpulannya, AKU RINDU KAMU BERDUA!!
Azurina Indah

Thursday 1 November 2012

Bebel hari hujan bersama Paku Goreng Belacan dan Sotong Goreng Tepung

Time bukak mata hujan, time nak tutup mata pun hujan. Kalau time cuti kan best.. terlajak sampai tengahari buta pun ada aku kesah..

Balik keje hari ni syukur tak hujan, kalau tak sure berderet panjang kereta-kereta. Ditambah pulak dengan mereka-mereka yang tak tau adab susila, tak ada sivik, pentingkan diri sendiri. Kalau AI boleh buat magik, time tu gak AI tukar kereta mereka jadi kereta mainan, padan muka!

Disebabkan hari ni hujan je, sampai rumah je otometik lapar. Kat fridge ada pucuk paku, ada sotong. Paku petik sendiri, sotong bela sendiri ehehheh..beli kat kedai dua hari lepas. Paku dah macam lebam kehitaman sikit, maklumlah dipetik hari Ahad, hari ni dah Khamis mana tak lebam. Pilih mana yang elok, buang mana yang tak elok, dapat gak sepinggan penuh. Tumis pedas-pedas letak belacan..Ummph!!

Pucuk paku goreng belacan

Squidward plak AI potong ring. Memang dah lama teringin makan sotong goreng tepung. Tapi tak disangka-sangka balance tepung goreng serbaguna dah tak elok. Terpaksa AI cipta sendiri adunan tepung goreng sotong ni. Dan first time gak dalam hidup AI, sotong yang digoreng meletup-letup, jadilah aksi seolah AI  lawan pedang dengan kuali kwang3...


Sotong Goreng Tepung Ala Azurina
(Sumber : Azurina Indah)

Bahan-bahan:
Sotong dibersihkan dan potong ring
Setengah cup tepung gandum
Setengah cup tepung beras
2 sdth serbuk kari
Serbuk lada sulah (AI suka banyak giler)
Baking powder sikit
Garam secukupnya
Air untuk membancuh
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Balut sotong dalam kitchen towel bagi mengeringkan airnya.
Masukkan tepung-tepung, serbuk kari, lada dan baking powder dalam mangkuk.
Bancuh sampai jadi macam beter pisang goreng. Rasakan masinnya.
Biarkan dulu agak-agak dalam 30 minit.
Celup sotong dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak penuh.
Siap..
Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...