Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 27 January 2013

Special Order 4 : Full Lining Chiffon Peplum

Tara....

AI sudah pun berjaya menghadapi ketakutan, kerisauan dan berbagai ke-ke-ke-an lagi.

Ini juga merupakan peplum AI yang pertama dalam hidup. Nak jahit untuk diri sendiri, emm....kena solat isthikarah dulu la hehehe.. Ku sadar diri ini tak cukup langsing untuk memakainya.

Dah le first time potong peplum, lining pulak tu. Memang berani mati la... 


Mungkin hasil tak secantik mana, tapi bila AI pakaikan kat patung Fasha Sandu, cun pulak. 


Kalau peplum ni ada sash dan bow kaler pink, mesti cun kan..


Disebabkan tepi baju peplum ni susah nak dikelim, AI sudahkan dengan jahit mesin je. Setelah siap, hasilnya  comel!



UPDATED :
Sejak entry ni dipublishkan, banyak email dan SMS masuk. Rata-rata nak tempah peplum. Untuk pengetahuan, AI tak buka tempahan lagi untuk peplum ni. AI belum mahir dan belum puas hati dengan jahitan AI. Tanak la jahitkan baju yang kualiti kureng, orang bayar guna duit per... 

Peplum yang AI buat kali ni pun atas persetujuan last minute dari customer. 

InsyaAllah, bila AI dah yakin nak jahit peplum sok, AI takde masalah nak jahitkan untuk kowrang ek!

Azurina Indah

Special Order 3 : Full Lining Chiffon Blouse with Lengan Terbelah

The very-very rainbow blouse. Nampak macam biru, macam hijau, macam turqoise... Macam-macam ada...

Blouse yang ni sebenarnya yang first siap. Masa beli kain lining hari tu, kain ni lah yang paling lama nak dapatkan matchingnya. AI beranikan diri guna lining color turqoise. Biar kontra dengan badan sebelah luar. Bila baju dah siap, AI rasa blouse yang ini paling lawa di antara empat blouse.




Bila lengan belah dah siap, nampak cantik pulak, luar hijau, dalamnya turqoise. 


Cuma satu ni yang AI agak ralat menengoknye. Leher baju ni Mati Pucuk, terkulai layu hahahha... Jenuh AI iron, tak naik-naik jugak. Sebab tu, blouse-blouse lain, AI guna lapik aje. Pada AI, teknik lining macam ni yang paling kemas dan selesa dipakai. Tapi disebabkan produk yang 'mati pucuk', better AI guna lapik aje lepas ni. 


Azurina Indah

Special Order 2 : Kurung moden full lining chiffon

Sekali tengok memang nampak sungguh ber'rainbow' baju ini.

Yang ni, kurung moden. Zip sisi.


Leher segi. Nak buat leher pesen lain-lain, takut tak jadi, sebab kain lembik :P


Menurut En Asben, yang ni tercantik di antar 4 baju yang siap. Baginya simple itu indah hehe...


Azurina Indah

Special Order 1 : Blouse full lining chiffon with Lengan Terbelah

Salam

Baru ni ada mood mengentri... setelah berhari-hari-hari suntuk memotong kain-kain bagi memulakan proses merempit.

Lepas 4 helai baju chiffon berlining dah siap, maka tenang lah fikiran AI, nyenyak lah tidur AI. Setelah melihat hasilnya, Alhamdulillah lega...

Kain-kain ni semuanya dari tahun lepas lagi. Tapi disebabkan material chiffon maka AI pun macam nak tak nak je potong. Ye la, chiffon kan leceh nak dikerjakan. Tarik sini, sana senget. Tarik sana, sini plak senget. Sebab tu AI kalau boleh akan mengelak untuk tempahan-tempahan bermotifkan chiffon ni.



Owner baju ni adalah regular customer AI. Dia dah faham sangat, kalau baju ni lambat siap, sebab AI awal-awal dah mention kat dia "Lambat sikit la ek, chiffon ni.." Ngee... 

Keempat-empat kain yang dihantar, semuanya bercorak rainbow. Mula-mula AI jadi 'hilang arah' (wah...) tak tau nak mula dari mana. Tu yang timbul idea, untuk buat lengan terbelah. Letak sebijik butang, comel lak rupanya.


Blouse ni AI buatkan belah di kiri dan kanan baju. Hujung lengan pula bercerut getah. Ya..feveret ramai customer AI, nak lengan bercerut getah. 


To tuan baju, happy bergaya!!


Azurina Indah

Saturday 26 January 2013

2-hour Blouse Aum! Aum!


Aum! Aum! Sepanjang jalan Adam Aum! Aum! je sebab tengok mama pakai baju harimau bintang.

Baju ni siap dalam masa 2 jam je, sungguh express rakyat. Hari Jumaat AI cuti halfday. Lepas settle appointment dengan Dr, terus pecut balik rumah bongkar gobok, cari mana-mana kain yang senang dihandle. Jumpa kain ni, cukup-cukup 2 meter untuk buat blouse.

Dengan pola yang sedia ada, AI adjust sikit-sikit, makanya dalam masa 2 jam berjaya jugak siap.

Hari Jumaat, company En Asben ada 'makan-makan' sempena CNY. Nak gak pakai baju baru. Nak beli konfem tak sempat. Sib baik la En Asben ada bini yang tau jahit baju, selamat sikit duit En Asben kan..kan..


Baju ni siap aje, terus pakai. Tak dan nak basuh-basuh.. Lantak pi la, bukan ada orang tau pun. Janji aku ada baju baru Ngeh3


Sempat gak minah AI ni menggetahkan lengan bajunya. Caya ke tak, lengan ni digetahkan setengah jam sebelum gerak keluar dari rumah. Makanya ada aksi tailor menjahit sambil berkemban petang itu kah..kah..kah..



Azurina Indah

Saturday 19 January 2013

Ngeri dan sangat skeri...

Entri ngeri lagi skeri dari AI untuk anda.

Kalau rasa-rasa ada lemah semangat, sakit jantung jangan teruskan pembacaan anda.

Kalau nak baca juga...risiko tanggung sendiri.


Eeeee...............

Takut.............

Ngeri..................

Skerinye.........................


Ngeri tak? Ngeri tak? Ngeee... Ngeri kan? Gigi Adam goyang-goyang, siap ada darah tersembur keluar..sungguh ngeri woooo.... 

Teruja mama tengok anaknya first time tukar gigi. Teringat dulu-dulu masa gigi sendiri yang goyang macam tu, ada rasa sakit, gatal, best pun ada hahaha..Selagi gigi tak tanggal, tangan takkan lekang dari mulut, asyik goyangkan gigi je.

Setelah mama menyiku siku Adam yang tangannya juga sedang menggoyang giginya, maka misi gigi lerai dah pun berjaya... Gambar di bawah ni lah buktinya..



Ngee..sungguh tak senonoh entri hari ni. Tapi inilah salah satu sejarah baru dalam hidup Adam. Gigi lama belum tanggal, gigi baru dah standby kat belakang.


Tara.... Adam dah rongak. Tapi Adam kata tak clear.
Gigi 'nongak' tak nampak
Maka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eeeeee.....

Clear tak? Clear tak?


Sekian berita untuk hari ini

Azurina Indah

Friday 11 January 2013

Koleksi Azurina yang sudah 'rare'

Hari paling seronok dalam minggu bekerja adalah hari Jumaat dan jam yang paling seronok adalah jam 5.30 petang. Ngape?? Sebab esoknya cuti..yeay!!! Bila cuti macam-macam boleh dibuat, antaranya.. tido, tido dan tido hahahhaha...

AI yang part-time menjahit ni, cuma ada Sabtu dan Ahad aje nak menjahit. Celik aje mata merempit jap, solat Subuh pastu sambung merempit lagi. Rehat jap prepare breakfast sambung lak merempit. Dari pagi ke tengahari ke petang ke malam, benda yang sama lah berulang-ulang.

Tapi selalunya pasti aje terselit agenda lain, keluar pegi beli barang ke, gi kenduri ke, bawak Adam gi main slide ke. I'm a busy woman you know..heheh. Sebab tu kalau ada customer kata nak datang bawak kain ke collect kain ke, AI gitau awal-awal untuk tepati masa kerana masa itu emas. AI akan tanya pukul berapa agak-agak nak datang, so plus minus tu AI boleh tunggu. AI tak boleh la jadi penanti setia ketibaan mereka sehari suntuk. Maklum la, AI bila duk rumah memang seksi, so kalau ada visitor kena la pakai yang agak tak seksi kan, sungguh rimas dan panass.. tak caya tanya en Asben heheh... Itu kalau betul datang Alhamdulillah, cukup geram  bila ada yang tak jadi datang tapi tak inform. 

Hasil dari Treasure Hunt AI minggu lepas, AI terjumpa sepasang kain dah siap potong untuk baju kurung Pahang. AI ingat-ingat balik ngape separuh jalan.. rupanya sebab kain pasang ni tak cukup. Masa tu AI belum reti sangat bajet-bajet kain ni. Dengan bidang kecik, 4m dan badan saiz AI yang 'model' ni, konfem la tak cukup untuk kurung Pahang. So jadinye, dapat selamatkan baju je, kainnye takde. Walaupun takde kain, AI siapkan jua, tak baik keje separuh jalan kan...


Kain ni AI beli kat Nilai 3, bertahun-tahun yang lepas. Masa tu sapa-sapa yang pakai cotton dikira orang kaya tau! hahahhaha...

Rasa kekok pun ada nak jahit tikam leher ni sebab dah lama tak buat even untuk baju sendiri. Bila dah siap, sejuk mata memandang. Sekarang dah susah sangat jumpa tailor yang jahit baju siap dengan tikam leher ni, kalau ada pun, biasanya tikam leher akan di caj berasingan dari upah baju. 

Mula-mula AI menjahit dulu, kiranya sebagai harga promosi pengenalan, AI jahit semua baju kurung sekali dengan tikam leher. Dah lama-lama makin tak larat, sampai 5 helai sorang, upah pula masa tu memang murah giler, tak pernah dibuat orang. So lepas tu AI decide, jahit baju kurung kosong aje, kalau nak tikam leher, boleh.. tapi need extra caj, sebab AI dah tak buat sendiri dan upahkan kat orang lain untuk jahit. Dekat area rumah AI ni, memang ada yang ambik upah tikam leher, dulu RM8 seleher, sekarang ni maybe dah naik jadi RM10.


Tara.... Kiranya yang ini special treatment from AI tau!! hehe..
Can be considered as Rare species.. owl emoticon 


Azurina Indah

Sunday 6 January 2013

Menu di minit ke 91

Esok dah keje.. malasnye ku rasa... begitu juga untuk masak malam ni, juga ku malas...

Dah ler AJL final malam ni..

Hehe... kita makan burger aje ye malam ni laling!!



Azurina Indah

Kain Treasure Hunt @ my Gobok

Cuti dah sampai ke penghujung ni lah, baru AI ada mood nak kemas sana, kemas sini. AI ni gila kain, pegi mana-mana mata meliar ke KAIN aje. Gi bercuti ke pantai ke, ke gunung ke, ke tasik ke mata sentiasa mencari-cari kut kut ada kedai kain. Bila jumpa kedai kain, toksah cakap la, hatta bulan kering sekali pun, biasanya paling kurang selai wajib beli.

Tapi AI bukan jenis high-taste yang pandang kain mahal-mahal aje. Yang mahal pun beli juga, tapi setahun dalam sekali je, biasanya lepas bonus time la. Biasanya AI akan cari kain-kain yang murah tapi kualiti baik dan cantik. Dengan harga RM9.90 sehelai pun, berbaloi beli kalau tau memilih.

Latest kain yang AI beli, RM3 semeter kat Nilai 3, asalnye kain tu RM16 semeter, tapi sebab kedai tu baru lepas terbakar, harga pun dibakar sekali heheh...

Mula-mula company merger dulu, ofis AI pindah kat Wisma Consplant kat Subang Jaya. Memang heaven la.. Nagoya Textiles kat sinuunn je... Orang lain lunch time lepak kedai makan, tapi AI lepak Nagoya.. makcik-makcik tukang potong kain kat Nagoya tu pun, suma AI dah kenal.

Tapi sayang AI tak ada cukup masa untuk diri sendiri, yakni jahit baju untuk pakai sendiri. Sebab tu makin lama kain AI beli semakin banyak.

Malam tadi tetiba pulak AI tergerak nak cek kain-kain ni suma. Rasa sayang pulak kalau-kalau kain ni rosak nanti. AI keluarkan satu persatu dan masukkan dalam plastik gam tu. At least kalau terperap laagi lama, kain pun tak rosak.

Fuhh.. gambar kat atas ni, baru segobok.. Ada lagi segobok untuk di selongkar. En Asben andaikan AI tengah bertreasure hunt. Selongkar sana, selongkar sini, korek sana, korek sini. Amik kau! Selonggok..


Sekali pandang macam kedai kain pulak kan.. Bila tengok kain banyak macam ni, terbit satu rasa kepuasan pula dalam hati... Tak kisah la, bajunye tak jadi-jadi..janji kain aku banyak, hehe..


Yang kat atas ni pulak, antara koleksi kain lycra yang AI ada. Ada yang memang AI beli untuk buat baju dan ada yang dibeli untuk buat tudung. Sekali dikumpul macam ni, macam tak caya plak AI ni banyak duit beli kain-kain ni suma hehe.. Ye la dulu lycra ni harganya dalam RM16 semeter, kat dalam gambar tu je boleh nampak bermeter-meter banyaknya.


En Asben cadangkan untuk jual kain-kain ni online. Oh! Tidak...!! AI sayang kain-kain ni semua..


Ini pulak koleksi kain awning yang AI ada. Banyak giler rupanya. Tak tau nak kata apa, investment or pembaziran ye??? Hahaha... Paling murah RM2 itupun kain perca lebihan buat baju. Ada selai kain awning tu regenya RM9 tau, tapi sebab dah gila nak jait tudung sendiri masa tu, AI beli jugak.. Fuhh...sampai macam tu sekali diriku rupanya....

Dah banyak kali dah tobat tak nak beli kain dah, tapi bila dah mata terpacak kat kedai kain, tobat lari entah ke mana..

Azurina Indah

Saturday 5 January 2013

Popia Nestum a.k.a. Suci dalam debu

Hari ni sepanjang pagi hujan kat Shah Alam ni dan hari ni juga bermulanya aktibiti AI menyental kasut sekolah setelah ditinggalkan sejak 17 tahun yang lalu. Wah..lamanye... daku sudah tua kah?? Hahaha..

Nak memudahkan kerja, lepas aje bilas kasut sekolah Adam terus AI spin dalam mesin basuh. Senang dan selamat tinggal pada air yang menitik-nitik. Dan setelah 17 tahun berlalu, kini AI mengapur kasut semula. Rasa kekok pun ada heh.. Terimbau zaman sekolah dulu, kekalau lupa nak basuh kasut, kapurkan aje la, sebab kalau basuh pun belum tentu kering. Pastu dulu-dulu nak keringkan kasut dengan express, boleh susun kat belakang peti sejuk. Konfem besok pagi kering. Tapi tak berani nak buat selalu, takut mak marah kwang3.. 

OK..habis pasal kasut!!

AI dah berjaya buat popia nestum. Dah lamaaa berhajat nak buat, bahan-bahan pun dah lamaa tersedia.. Tapi nak menunggu keserasian antara masa dan kerajinan tuu yang susah!

Senang aje nak buatnye.. Resepi pun men tanya-tanya je kat sapa-sapa. Popia yang AI buat ni pun, bahan-bahannye men agak-agak ja.. 

Kalau korang google 'Popia Nestum' kat alam maya ni, ada yang menggelarkannya Suci Dalam Debu. AI pun pernah nampak opismet AI beli sebalang popia ni yang juga dilabelkan sebagai Suci Dalam Debu. Ngape tah?? Sebab bahan salut tu macam debu kot!! Wat ever lah..janji popia ni sedap. Korang cubalah, sure tak nyesal.. Sodap dikudap sambil menonton tv..


Popia Nestum
Resepi olahan : Azurina Indah

Bahan-bahannye:
(senduk yang digunakan adalah senduk nasi ye)
1 peket kecik kulit popia
1 senduk nestum
1 senduk susu tepung atau horlicks
3/4 senduk gula
Gam (bancuh 1 sdth tepung dengan 1 sdb air)
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat:

Ambik sehelai kulit popia tu. Gulungkan lebih kurang besar chopstick.

Potong 3 atau 4 atau ikut suka anda nak panjang mana ek!

Kalau nak yang lipat, potong 3 atau 4 kulit popia tu dan lipat jadi 4 segi.

Gamkan kulit popia yang telah digulung/dilipat supaya tak terbuka bila digoreng nanti.

Goreng jangan sampai hangus ye!

Blend nestum, susu tepung/horlicks dan gula sampai halus.

Gaulkan popia yang dah digoreng dengan bahan blend tadi sampai rata.

Siap!!!

Terima kasih buat Adam kerana membenarkan mama ambik sesenduk susu Sustagennya.
Sustagen ni ada Appetite Support.. Oo mak aii.. mama yang bertambah appetite pasni.


AI buat popia versi gulung. Yang versi lipat awal-awal lagi dah selamat!
Sepeket kecik tu, kalau gulung dengan ketat dan sendat, dapatlah 3/4 balang macam kat gambar ni.
So kalau nak balang tu full, gulung longgar-longgar ye!!

Azurina Indah

Thursday 3 January 2013

Kurung Pahang Cotton Comel

Ini juga hasil rempitan sementara menunggu operasi mengintai Adam balik sekolah bermula.

Kurung Pahang cotton tempahan opismet. Material cotton. Atas polkadot, bawah stripe.




Azurina Indah

Kurung asli full piping

Hasil rempitan ketika berseorangan kat rumah, sementara menunggu masa nak mengintai Adam balik sekolah. Kurung asli full piping, material cotton.



Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...