Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Wednesday 2 January 2013

Adam's First Day @ Prasekolah SK Seksyen 24 Shah Alam

## BERITA PANAS BARU KELUAR OVEN

Teruja mama nak.... Taun lepas mama sengsorang anto Adam masuk Taski Abim jadinye mama jadi cengeng sehari suntuk.. Alhamdulillah tahun ni ada babah menemani mama.. Jadinye kalau-kalau mama nak cengeng, ade gak bahu untuk mama menyando..hek..hek..hek..

Hari ni hari pertama untuk anak-anak sekolah, kalau pantai timur lain la..semalam lagi dah start. Syukur sangat-sangat, rezeki Adam tahun ni dapat masuk prasekolah.. Banyak kelebihannya dapat masuk prasekolah ni.. Yang utama, prasekolah ni ada subsidi kerajaan, so fees takde la mahal macam tadika swasta. Fees pun bayar sekali ja, yakni masa registration, monthly konfem takde. Lagi pun, esok dah darjah satu, senang la, Adam dah familiar dengan persekitaran sekolah.

Hari ni juga hari pertama untuk Adam balik naik van ke taska. AI memang tak lena tidur dari malam tadi, dok memikirkan cemana la agaknye anakku naik van ni, sampai ke tak ke taska, kalau tak sampai ke mana la Adam nak pegi ye?? Hahaha...sampai macam tu sekali fikiran mama wahai anakku.. 

AI cuti tiga hari, dan sepanjang tiga hari ni lah jugak AI akan memonitor pergi balik Adam. AI nak pastikan semuanya OK, barulah boleh kembali bekerja dengan hati yang tenang. 

Adam orientasi pada Isnin lepas. AI bayar yuran pada hari yang sama, malangnye baju tak sampai lagi..


Disebabkan baju tak dapat lagi, so pagi ni Adam pakai t-shirt dan seluar biasa aje. Kasut sekolah wajib, lagipun kasut ni dah naik kepam, sehari suntuk pakai dalam rumah.


Sampai aje ke kelas pagi tadi, t-shirt dah ada. Sib baik Adam pakai spender, kalau tak susah mama nak salin baju Adam di khalayak ramai ni ha..ha..ha..


Kawasan target Adam dalam kelas ni adalah section yang menempatkan berbagai jenis dan berbagai saiz building blocks. Biasa la anakku memang minat seni rekacipta :P


Jam pertama mungkin jam bosan buat Adam. Ye lah, semua baru.. kawan baru, cikgu baru, kelas baru.. Kejap garu, kejap menyandar, kejap menonggeng, kejap mencangkung, jenguk sana sini.. Tunggu la sekejap lagi, mesti ralit tak ingat nak balik!!


Kat atas ni antara sudut menarik yang dapat AI snap. Tak dan nak snap banyak-banyak.. Kelas pack dengan mak pak budak. Adam ditempatkan di kelas Zamrud, dengan guru kelasnya Cikgu Zunaidah. Kelas ni kelas baru, everything baru, bangunan baru, kerusi meja baru..baru..baru.. dan baru..


Disebabkan Adam teruja sangat nak pakai beg barunye, terpaksa jugak la bagi dia bawak. Walaupun isi beg hanya sekotak pencil color yang dah kontot..hahaha... Apa lah mama ni, bagi Adam bawak pencil color aje, bukunya mana?? Sian anakku boring, takde apa nak buat.. Gambo smiley kat atas tu sengaja AI letak, sebab muka budak betul-betul depan kamera..kang tak pasal-pasal mak budak tu tuntut royalti plak hehe..

Sekian..berita untuk hari ini....
Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...