Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 28 February 2011

Habit suka last minute

Semalam mati-mati saya ingatkan konsert Mentor dah bermula, iye-iye aje aku bancuh kopi 'o' kaw, dengan slice kek pisang, hampeh, siap kena gelak ngan hubby aku.. rupa-rupanya minggu depan la bukan minggu ni. Pastu lega, si Leman terkeluar dari Raja Lawak, hampeh, takde satu pun lawak dia menjadi, yang pelik camana sebelum ni undi dia selalu jadi antara yang tertinggi ye?

Sebelum tu, kitorang tengok buletin utama, berita utama pasal pejabat pos yang kena beroperasi even hari Ahad semata-mata nak bagi rakyat Mesia ni menjelaskan saman yang tertunggak. Tapi yang aku nampak, memang habit/peel rakyat kita untuk buat sesuatu tu last minute. Rasanya announcement dah dibuat 2-3 bulan yang lepas, tapi hujung bukan Feb jugak yang dipilih untuk menjelaskan segala saman-saman yang ada. Alasan jangan cakap la, takde masa la, keje sampai malam la, tak tau ada saman la.. hmm.. bila la nak sedar.. sekarang ni zaman dah moden, segala-galanya di hujung jari, setakat informasi ada saman ke tak, bukan alasan untuk buat benda last minit. Apatah lagi nak membayarnya, zaman IT beb.. nak beli spenda ngan bra pun dah tak payah pegi triumph bagai, beli on9 jek..

Ingat tak lagi, masa tu kita semua disuruh tukar IC bunga raya ke myKAD. Pun tunggu last minit baru nak terhegeh-hegeh queue panjang kat JPN, itu pun setelah ditawarkan cabutan bertuah sebijik MyVi kepada sapa-sapa yang tukar IC masa tu. 

Ini lah habit majoriti masyarakat kita, nasib baik la saya tak de habit macam ni.. Lagi pun saya bukan jenis orang yang sabar menunggu berjam-jam menunggu turn.. Tak suka !!!

Monday 21 February 2011

Satu Minggu Satu Entry

Tak sangka yek.. ada gak insan yang sentiasa ternanti-nanti entry baru dalam jarumasindah.blogspot.com ni.. Ingatkan selama ni saya membebel sorang-sorang, jadi perasan & angkat bakul la saya sorang-sorang :P 

Sehinggalah pada satu hari di minggu lepas, saya terima satu email dari Hamba Allah tu, nama dia Asfida, merequestkan saya post entry baru setiap hari.. "Setiap hari??? Seminggu sekali pun, termenung saya nak cari idea.."  Katanya lagi, minat baca entry-entry di blog saya, seronok dengan gambar-gambarnya.. MasyaAllah.. Ente butul-butul tak parcaya la, ini mimpi ka? realiti ka? Terima kasih banyak-banyak, pasal minat sama blog ente... yang ente tau, entry ente kalau tak pasal baju kurung, mesti pasal lauk, up sikit lagi entry untuk melepaskan perasaan geram, marah, happy, dan sewaktu dengannya.

Tapi yang faling femes entry baju kurung la, baju kurung..baju kurung..baju kurung..takde baju lain ke ko reti jaet Azurina ooi...??

Pada adik Asfida, visitor2 dan commentor2 semua, saya budget satu minggu satu entry, itu pun kalau ada idea dan produk jek.. dan lagi bila ada masa free.. rasa tak berseri kan entry kalau takde gambar... muram hari-hariku..

Sabtu dan Ahad baru ni, saya memang busy yang amat, kain-kain baju sampai satu batalion, memasing ada fesyen sendiri.. nanti la, bila ada baju yang siap, saya post entry baru ye... ye..ye.. :P

Friday 18 February 2011

Saya dah ada assistant baru

Kelas gitu.. dah mampu gajikan assistant.. mesti bisnes dah maju.. insyaallah..
berapa ye agak-agak gaji assistant dia tu?..

kikiki..ada hati nak gajikan orang suh jadi assistant...memang ada hati pun, tunggu la bila dah ada kedai besar dan tak cukup tangan nak handle.. setakat ni cuma mampu ambik assistant yang takde gaji ni je, FOC.. nama dia FASHA SANDU... suh dia jadi model ajek.. dalam seminggu sekali je buat fashion show.. tapi bukan kat europe sana, kat dalam bilik jahit saya jek.. ehehehhe

weekend lepas pegi GM Klang dengan husband, memang dah lama plan nak employ salah sorang model kat kedai ni.. nak beli yang cukup sifat badan & kaki, bajet plak lari kang.. jadi saya beli aje la yang kurang cukup sifat alias separuh badan aje.. ada 2 kaler, kalau beli yang hitam, saya kena wat sari plak, jadi saya decide beli yang cerah sket, jadi bolehla menggayakan apa-apa jenis baju. lepas pujuk rayu dengan taukeh kedai tu, dapatlah harga RM10.. berbaloi la, dapat employ si FASAH SANDU ni tanpa bayar gaji..

Ni lah dia, sifat separuh cukup, tapi ok lah daripada takde langsung..sedang menggayakan kurung pesak gantung yang saya pakai gi keje hari ni...



Cun tak?



Fasha Sandu


Monday 14 February 2011

My toys : Jarum & benang

Lain padang lain belalang.. Si siti suka memasak, si mila suka menghias rumah, si peah plak suka tanam bunga.. terpulang pada diri masing-masing, hobi dan kesukaan.. yang penting happy.. Begitu juga aku, jarum, benang, kain, mesin jahit, semua tu umpama toy/barang permainanku.. kalau tak jumpa sehari memang tak sah.. Lebih-lebih lagi bila cuti balik kampung, rasa semua benda tak kena.. kalau boleh kemana pergi, nak saja aku angkut toys aku tu.. Kadang-kadang tidur malam tak lena, dok memikir projek2 jahitan yang masih tergendala.. hmm..

Saja nak kongsi story, bukan toy story ye, tapi satu isu yang aku rasakan cuma orang yang dah takde keje je yang akan raised isu ni.. aku saja advertise servis menjahit aku kat satu laman web tu, kira macam forum la.. ok je..banyak respon, dan setakat ni, dah 5-6 customer aku dapat hasil dari advertisement free ni.. semuanya area Shah Alam & Klang.. Dan sememangnya topik iklan aku tu cukup jelas dan terang untuk mereka-mereka yang duduk area Shah Alam & Klang jek, luar pada tu, memang aku tak berapa nak ambik, leceh dengan urusan pos mengepos.. hari Jumaat lepas, aku terima satu reply dari minah dari hutan mana tah, bunyinya begini la lebih kurang...

"Awak ambil upah mahal, saya tempah kat sini RM28 je"

Assalamualaikum la kepada saudari yang mengomen thread saya itu, saya kalau rasa upah gua mahal, tempah le kat org lain, harga tempahan ni tengok tempat la beb, kalau sy duduk kat tempat awk kat Gua Musang tu, RM15 sepasang pun sy boley bagi.. sebab awk ngan musang-musang je yang akan datang tempah baju.. tapi sy duduk Shah Alam beb.. setakat RM35 sepasang, kedai cikai pun tak boleh bagi murah macam tu.. lagi pun beza harga tempahan yang awk dapat ngan harga yang sy letak, takde la murah sgt pun, beza dalam RM7 je, tak lepas beli tiket bas nak gi rumah awk pun. OK ye..OK kan.. saudari ada pehe dok? (faham tak?).. Fuh!! Beremosi tul, bulan mengambang..

-------------------------------------------------------------------------------------

Lagi nak share, baju kurung kedah, leher mata lalat manik,



Kurung Kedah cutting moden
bahu tak jatuh macam cutting kurung kedah opah


Mata lalat bermanik


Skirt labuh cutting bertingkat
Tak nampak clear sangat


Monday 7 February 2011

Seekres di Tasik Shah Alam

Suasana sekitar pukul 11 malam, 4 Februari 2011, Raya Cina kat Tasik Shah Alam...
Seekers eh.. Seekres pergi menjengah keadaan di situ....Eeiii..seram woo.. ada makhluk kat belakang dia.. gelap pulak tu.. Takuuut!!!
Tak caya?? Tengok gambar ni.. gerenti meremang bulu kaki.... Tengok betul-betul.. Kan ada tu...!!

Nampak tak ada makhluk tengah interframe tu??


Amacam?? Ada seram?? Tu laki aku le..hihihi... Time tu flash off.. Nampak seram.... Time raya cina..letih pulak dok mengadap kain je, timbul idea nak makan kat luar la, nak round2 bandaraya Shah Alam la, at last melepak kat Taman Tasik Shah Alam walaupun dah pukul 11.00 malam.. Adam apatah lagi, siap tak nak balik umah, syok sangat main buaian & gelongsor.. Dah besar panjang anak aku..dulu kecik-kecik dukung sebelah tangan je dah muat, sekarang pinggang ala-ala nak patah bila dukung dia..


Senyum manis si manjaku
Seronok dapat menggelongsor
 ........................................................................
Share lagi, pic baju kurung pahang lining Cik Roslinna yang disiapkan sepanjang cuti Raya Cina ni.. Juling gak biji mata mengerjakan baju ni, almaklumlah.. kain sifon beb..sendri mo ingat la.. Tapi Alhamdulillah hasilnye puas hati gue.. Baju kurung Pahang ni, tangannya kembang kat bawah, pastu aku trim kat body dlm 1 inci kiri dan kanan supaya tak nampak kembang sangat, bila dah trim kat baju, baru boleh nampak cutting Pahang tu.



Kurung Pahang sifon
lining baju aje
Upah RM65 sepasang



 

Wednesday 2 February 2011

Hari cuti adalah hari bekerja buatku

Hari ni aku keje halfday je, esok sampai Ahad cuti...Yeay... Hari cuti wat semua.. tapi tak buat aku.. Hari cuti adalah hari bekerja untuk aku, bukan kerja kat ofis, tapi kerja yg sangat aku suka, MENJAHIT.. :)
Tenang fikiran bila dapat potong kain, lepas tu jahit.. Puas hati bila tengok hasilnya.. Laagi puas hati bila customer buat ulang-tempah.. Ari ni masuk lagi 5 pasang, Alhamdulillah..

Sedikit sebanyak dapat tolong kawan-kawan & jiran-jiran dengan upah aku yang agak murah, jika dibandingkan upah kat luar. Yang aku tau, sekitar Shah Alam je, upah baju kurung plain je dah RM45. Rata-rata yang ambik upah RM40 ke bawah adalah yang menjahit dari rumah ..  dan yang pasti yang berkualiti juga dari penjahit-penjahit tegar dari rumah, yg utama bagiku adalah IKHLAS.

Insyaallah, jika memang dah rezeki aku dari menjahit, aku terima.. Nak harap keje makan gaji, memang takkan ke mana, migraine lagi ada..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...