Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Tuesday 28 June 2011

Mesin ku baru sembuh semalam

Baru seminggu tak menulis kat sini rasa rindu dan tak senang duduk plak.. Orang kata blog ni pengganti diary, dolu-dolu kan diary la tempat meluah perasaan.. tapi sekarang blog tak boleh nak luah sangat, open to public kan..maluu...

Nak dijadikan cerita, Ahad baru ni mesin jahit tepi saya pulak buat hal..nak nanges rasa..terbantut keje-keje menjahit saya.. Mana taknya, Julai nak nak tiba.. tak lama lagi raya..

Semalam saya call dua-dua phone no technician mesin jahit, Eddie - Technician Singer dan macam biasa LSN.
Tak kisah bayar lebih, sapa boleh datang ASAP, itu yang saya bayar. Tengahari semalam, technician LSN dah call dulu, kata nak datang petang.. Priority given to their loyal customer katanya.. Iye la.. Dari beli mesin ke servis semua dari LSN.. Rupa-rupanya tak ada yang rosak pun, skru je longgar. Alang-alang mamat itam ni dah datang, aku suh tukar pisau mesin jahit tepi sekali. Charge semua sekali RM105. Berbaloilah tu.. Better to pay than suffer coz machine illnesses..cewah.. Janji terubat lara hatiku, dan lena tidurku.. :P

Monday 20 June 2011

Boboi boy ku..

Assalamualaikum..

Lama tak dengar cite.. busy benor gamaknye.. Iye memang saya busy sesangat.. tengah busy melapah kain-kain..belum dijahit.. bila dah siap jahit tu, ade gak la idea untuk entry baru..

Saya belum berapa sihat lagi ni.. demam dari Jumaat lepas.. ape lagi..MC la.. biasanya kalau MC boleh gak saya menyelit jahit selai dua baju, tapi kali ni saya lentoq abis..

Hari Sabtu lepas, saya dan family pegi pasar malam kat Seksyen 19 Shah Alam, macam biasa bila ada pasar malam, bermakna saya cutiiiii... cuti masak :P  Lalu satu gerai, tetibe Adam jerit, "Ma..nak boboi boy" sambil tangannya menunjuk ke arah topi-topi di situ... pelik gak saya.. sebelum ni, dialah yang paling benci topi dan segala jenis serkup di kepala.. Saya ikut je.. rupa-rupanya Adam berkenan topi kaler biru.. dah bayar, terus pakai.. dan berkata " Ni boboi boy.." ooo..pengaruh tv lagi... Takpe la... comelnye anak jantanku sorang ni bertopi..
Adam Boboi Boy


Boboi boy ku

Ni je lah baju yang sempat siap di kala kesibukan..
Ni baju saya sendiri, pakai gi keje ari ni
Kurung Pahang cotton

Kurung Pahang ku

Wednesday 8 June 2011

Children of Heaven

Saya tersentuh hati, penuh rasa kesedaran dan keinsafan, atas apa yang ada hari ini..
Kenapa saya tersentuh? Kalau malam tadi, anda menonton channel Al-Hijrah sekitar pukul 8.30-10.30, filem Iran Children of Heaven. Mula-mula saya kureng nak tengok, tapi paksa layan jugak. Seronok rupanya cerita ni, penuh penghayatan tentang erti hidup dan kasih sayang.

Sampai je ofis pagi ni, terus saya google title filem ni. Ternyata filem ni memang dah menang banyak award. Antaranya Academy Award for Best Foreign Language Film.   

Kisah tentang adik beradik Zahra dan Ali yang berasal dari keluarga yang miskin. Ayah mereka kerja sebagai pembancuh teh. Suatu hari, Ali menghilangkan kasut Zahra. Dek kemiskinan, mereka tau si ayah takkan mampu membeli kasut baru untuk Zahra, timbul idea untuk berkongsi kasut Ali untuk dipakai bergilir-gilir ke sekolah. Balik dari sekolah, Zahra kena berlari supaya abangnya pula dapat memakai kasut untuk ke sekolah sesi petang. Plot ni memang mengharukan, si Ali yang keletihan lepas berlari ke sekolah, dimarahi gurunya yang tak pernah tau cerita sebenar mengapa Ali lambat. Tapi kesungguhan Ali sungguh menyentuh hati. Demi kasih sayang pada adiknya, dia sanggup menyertai pertandingan lumba lari, semata-mata nak mendapat tempat ketiga- salah satu hadiah: kasut..
Zahra
Zahra dan Ali
Ali
Ali lumba lari

Seronok main bubble

Walaupun point sebenar cerita ni, adalah kisah kehilangan kasut tetapi di sebalik itu dapat dirasai betapa tabahnya anak-anak ini, sanggup bersusah payah demi ilmu. Kemiskinan bukan penghalang mereka. Mudah-mudahan anak-anak di Malaysia ni setabah dan sekuat mereka.






Tuesday 7 June 2011

Baju Kurung Kain Sari

Lagi tempahan baju Kurung dari kain sari dari opismet gak, kak Norlia.
Disebabkan material sari ni gatal sikit, yela benang emas kan, baju ni kena lining.
Request from tuan baju, lining hat baju je, kat kain nanti pakai dengan skirt dalam jek.. save cost.. Upah baju lining ni lebih sket, sebab keje lebih banyak na..

Kurung Pesak Gantung Cotton

Sharing is caring.. Tempahan opismet Ayu Dianne..Kurung Pesak Gantung..
Ramai tanye apa beza Pesak Gantung dengan Pesak Pahang..Bezanya puan-puan sekalian, pesak gantung ni, pesak tu dipotong dulu baru dijahit, Pahang pulak pesak tu tak potong langsung.

Hari cuti yang demam

Keseronokan di taska terbatas dengan kehadiran demam, selsema dan batuk. Yang saya tau ketiga-tiga ni rutin bagi kanak-kanak di bawah jagaan taska. Ini yang terjadi pada Adam Haris. Beberapa hari badan panas, hidung berhingus, batuk berkahak dan ber..ber..lagi. Kesian anakku demam.. Hari cuti pulak tu.. jadilah Hari Cuti yang Demam..

Kebetulan adik ipar saya dari Bentong sefamily datang bercuti ke Shah Alam weekend baru ni.. sempat ajak deme gi jenjalan sekitar Shah Alam. Walaupun demam, anakku tetap gagah dan berwajah ceria menemani kakak-kakak sepupunya pegi jalan-jalan.


Adam dengan kak Nabila dan kak Athirah
posing kat pokok ceri kat Dataran Shah Alam

Semalam saya ambik emergency leave, badan Adam panas lagi. Kalau gi keje sure hati tak tenang. Tapi dalam pada demam-demam tu, Adam nak jugak ngikut ke Pekeliling, hantar kakak-kakak sepupunya nak bas kat sana. Kesian pulak.. Jadi saya pun ikut sekali.. Lagi pun Adam semenjak lahir tak pernah pijak KL lagi :P.. Apatah lagi naik komuter dan LRT.. Kira ni memang betul-betul Cuti Yang Demam la kan..

Time naik komuter, baru saya perasan bahawa rakyat Malaysia ni ramai yang tak ada sivik. Nampak je budak kecik ke, orang tua ke, pompuan pregnant ke, terus ngantuk secara tiba-tiba.. Mana yang couple, tetibe rasa nak peluk sakan, tanpa rasa segan silu. Sian Adam dan anak-anak buah saya, dari Shah Alam ke Bank Negara, langsung tak duduk. Macam ni ke tatasusila yang cikgu ajar kat sekolah, yang mak bapak ajar kat rumah, padahal terang dan jelas sign kat dalam tren tu, untuk beri tempat duduk kepada yang lebih memerlukan.

Dalam komuter semalam, hati saya pedih melihat seorang wanita tengah dukung babynya yang sedang tidur, dia naik sama ngan kitorang, dari Shah Alam dan turun kat KL Sentral. Dia berdiri betul-betul kat depan dua insan bercinta yang langsung tak ada 'kemaluan'. Tak ada perasaan ke? Tak kesian ke? At least, sang jantan yang tengah nak 'stim' tu, bagilah akak tu duduk, yang betina tu pun sama, one day orang lain pulak buat macam tu kat ko. Bukan saya jeles dorang couple, nak jeles ape pon, saya dah ada yang halal, derang wat mcm tu, dpt dosa je.. tapi kalau saya kat tempat pompuan tu.. satu, malu dan cepat-cepat lepaskan si jantan tu..dua, decide salah sorang berdiri dan bagi akak tu duduk.

Happy nyer nak jalan KL, walaupun badanku panas

Kat dalam Star LRT
Balik dari Pekeliling, kitorang stop kat Stesen Bandaraya. Singgah SOGO jap nampak macam ada sale besar-besaran.. Hilang kejap demam Adam.. Naik ke level untuk budak, memang macam semut yang tengah menghurung gula.. Adam gagah dah round sekitar level tu, siap boleh perasan section mainan.. Aduss.. anakku dah sebut "MAMA, NAK TRANSFORMERS!!" Wahai anakku, sebijik robot sebesar 3 jari je dah RM49.90, lepas 2 kotak susu Sustagen mu sayang.. Mujur la, mudah nak dipujuk.. saya belikan Adam t-shirt Cars harga RM15.. jadi la drp terbang RM49.90.

Cumanya, saya risau mata saya silap, kat tag beriye tunjuk less 70%. Kalau lepas less RM15, bermakna harga sebenar adalah RM50. Bila saya kopek tag harga tu, jelas tertera harga asalnye RM19.90.. Apakah...?



Rege lepas less 70% RM15.00

 

Setelah dikopek, tertera harga sebenar RM19.90
Adakah aku yang tek reti mengira...?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...