Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 22 February 2010

Keja...Keja....Keja...

Selagi ada hayat.... keja...keja...keja... Hari ni Isnin tak sabar nak tunggu Khamis sebab Jumaat tu cuti Maulud Nabi... Abg balik kg lagi... Tinggal ayang ngan Adam berdua kat umah.. Aku malas nak ikut..sebab letih balik raya Cina itu ari pun tak abish lagi... ni nak sambung lagi...mak ai....cowi la abang..Kim salam kat Ulu Sungai ye... Ade cuti panjang lagi nanti ayang ikut balik sekali ye...

Saturday 20 February 2010

CNY Holiday @ Kg Ulu Sungai, Raub, Pahang- Episod 2

Hush..sedapnye dapat garu...lagi gatal lagi sedap garu kan... Nape tu?? Panau ke? Kurap ke? Eiiii.... jangan dekat la, nanti jangkit. Dah tercalar imej sebagai seorang yang glam dan ramai peminat hanya disebabkan jangkitan sang kulat.

Berbalik pada entry ku yang lepas, yang ni Episod 2. Nak kenalkan u all pada pokok gelenggang. Pokok ni banyak khasiatnya, terutama bab gatal-gatal ni, bukan gatal kawin ye, tapi gatal kullit la....

Ha...tak penah dengar ke? atau penah dengar tapi tak kenal yang mana satu? Ni dia.........

Pokok gelenggang tumbuh meliar di sekitar kawasan Kampung Ulu Sungai

(Sumber : carian dan kopipes dari internet)
Tumbuhan gelenggang atau daun kurap yang dikenali oleh masyarakat melayu mempunyai kelebihan dalam mengubati penyakit sembelit dan kurap. Tumbuhan ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Cassia alata. Ia merupakan sejenis pokok renek yang memanjat dan boleh tumbuh setinggi 3 meter. Dedaunnya bercantum-cantum yang biasanya mempunyai 10 pasang pucuk-pucuk muda berbentuk bujur, besar dan tidak tajam. Bunganya berwarna kuning dan meruncing tegak dihujungnya. Di samping itu, tumbuhan ini juga mempunyai banyak biji yang berbentuk segitiga.


Masyarakat di Malaysia iaitu, Melayu Cina dan India menggunakan pokok gelenggang ini sebagai ubatan dengan cara yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu, mereka menggunakan dedaunnya sebagai ubat demah bagi mengubati penyakit kurap, sementara air rebusan akarnya diminum untuk melegakan sembelit.

Bagi masyarakat Cina pula, mereka akan menyapu daun-daun atau daun yang telah ditumbuk dan dicampur dengan air limau nipis ke tempat yang dipenuhi kurap serta lain-lain penyakit berjangkit. Bagi masyarakat India, mereka menggunakan daun-daun tumbuhan ini untuk membuat tonik yang boleh diminum begitu saja atau dicampurkan dengan susu atau gula.

Hah!!... Dah tau dah??.. Pi cari lekas.. karang merebak panau tuuu...


Sabtu yang cerah

Gedush...gedush...gedummm...bunyi hifi kat luar tu..biarlah Adam Haris melayan movie-movie katunnya.. biarlah asalkan dia bahagia dan aku tenang bersama entry-entry ku dlm bilik ni. Tapi kejap-kejap jenguk aku dlm bilik ni, ingat aku tengah tengok upin dan ipin kot... Cowilah sayang...ari ni mama tak layan upin dan ipin, mama nak setelkan baju orang..tak siap-siap lagi ni.. "Pi lap tangan duluuuu!!" jerit aku. Mana tak nye, tangan penuh minyak makan cekodok pisang, tapi datang terus peluk aku.. Merajuk lagi Adam comel aku... Pantang ditegur, marah sikit, dah moncong... Itu mesti ikut perangai babah tu... (Ehehehe..cowi abang..jangan mare...). Aku blank pepagi ni, nak bekpes ape ek? Aku nampak pisang adelah dlm 5 biji, bawak dr kampung ari tu, baekk punya..bley aku wat cekodok pisang, minum ngan air kopi sedap jugak ni...



Cekodok pisang

Bahan-bahannya:
5 biji pisang masak (dilenyek sampai hancur)
2 sdb gula
1 senduk tepung gandum
Air secukupnya

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata sehingga adunan macam adunan jemput-jemput.
Panaskan minyak. Jemputkan ke dalam minyak panas.
Goreng hingga kekuningan. Siap....

Nasi Kuning

Salam.... rasa tak senang ati plak dah bbrp hari tak update blog.. Rasa apa yang terpendam dalam hati terbuku macam tu aje (cewah!!...) Ekceli dari semalam nak post entry dalam blog aku ni, tapi bizi aje, tak berkesempatan sampai ke malam.

Ari ni rasa nak share satu resepi yang asal usulnya (rasa-rasanya la..) dari Tawau Sabah, my hometown. Dah 12 tahun aku bermastautin di Semenanjung Malaysia ni, tak pernah langsung aku jumpa sapa2 masak ke jual ke nasi kuning ni. Kalau teringin kenalah rajin kan tangan masak sendiri. So, semalam (Jumaat, Feb,19 2010) aku masak nasi kuning ni , kira banyak la jugak, pastu bebagi kat member2 opis ngan jiran sebelah umah. Moga-moga dapatlah dorang mengenali dan merasa juadah yang mungkin unik bagi mereka. Nasi kuning ni kalau diteliti balik, cara masak nasi tu sama je dengan cara masak nasi lemak. Bezanya cuma dari segi warna dan lauknye.

Gambar nasi kuning yang disnap dalam tapau.


Resepi Nasi Kuning

Bahan-bahan Nasi:
3 pot beras
1 sdth serbuk kunyit
1 sdth garam
Santan pekat secukupnya untuk menanak nasi
Daun pandan

Cara menyediakan nasi:
Basuh beras dan toskan.
Masukkan ke dalam periuk bersama serbuk kunyit, garam dan santan. Kuantiti santan yang diperlukan sama dengan kuantiti air yang diperlukan untuk memasak nasi biasa.
Masukkan daun pandan dan masak hingga santan agak-agak kering. 
Keluarkan dan masukkan dalam pengukus. Ketika ini, anda mungkin dapati ada nasi yang masih mentah. Kukus selama lebih kurang 20-25 minit.

 Bahan untuk Sambal Ikan:
10 ekor ikan yang saiz sederhana (jenis ikan terpulang)
2 mangkuk kecil cili kering kisar
5 biji cili merah kisar
10 biji bawang merah kisar
5 biji bawang putih kisar
5 batang serai kisar
1 inci lengkuas kisar
2 cm halia kisar
1 mangkuk air asam jawa
Kicap manis & kicap masin (kalau suka)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng ikan

Cara menyediakan sambal ikan:
Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam lalu goreng hingga garing.
Tumis bawang, serai, lengkuas dan halia sehingga terbit minyak dan wangi.
Kemudian masukkan kedua-dua jenis cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, air asam jawa, garam dan gula.
Sekiranya agak kering tambahkan air.
Masukkan ikan dan gaul rata.

Bahan untuk sambal goreng tempe:

2 keping tempe (potong kecil dan goreng garing)
1 mangkuk cili kisar
7 biji bawang merah kisar
3 biji bawang putih kisar
1 biji bawang besar hiris
2 biji cili merah hiris halus
1 cm halia kisar
Kicap manis & kicap masin
Air (kalau perlu)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan sambal goreng tempe:
Tumis bawang kisar, bawang hiris, cili hiris dan halia sampai wangi dan agak garing.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masukkan kicap, garam dan gula secukupnya.
Perasakan dulu baru masukkan tempe goreng.
Gaul rata. Sambal tempe seharusnya agak kering dan tidak berkuah.

Bolehlah dihidangkan bersama telur rebus (favouriteku..). Kalau nak lagi marvelous, bungkus dalam daun pisang dan makan beralaskan daun pisang tu...Fantastic!!

Wednesday 17 February 2010

Tempahan Suriati & Roslinna

Tempahan terkini yg sedang aku siapkan adalah baju kurung untuk Puan Suriati dan Cik Roslinna. Terkini, baju sudah dipotong dan sedang menanti untuk dijahit. Harap bersabar ye.... Cheq busy sket akhir2 ni, ada projek besar ditambah lagi dgn cuti Kongsi Pacai.  Mereka ni adalah antara pelanggan setiaku yang tak jemu menempah pakaian untuk ku jahit.
2 dikiri Ros punye, 2 di kanan Su punye. Siap in 2 weeks time, InsyaAllah

Tuesday 16 February 2010

Kuih Koci

Time balik kampung baru ni, rasanya semua benda nak diangkut balik Shah Alam...Al-maklumlah kat bandar segala benda kena beli..takde nak pegi kutip tepi rumah ke, tepi sungai je, jolok ngan galah ke..pokok pangkalnye no money no talk. Aku bukan kesah pasal bab kena bayar ni, tapi yang aku kesah bab freshness. Aku balik kampung baru ni merasa la siang ikan tilapia hidup, kalau kat Shah Alam, mayat ikan tilapia aje la yang kita bole jumpa..tul tak?? Husband aku sempat gak tapaukan aku, kelapa sedang inti 3 biji, kelapa tua sebijik, daun pisang, serai, buah kantan, pandan dan macam-macam lagi termasuklah 5 ekor ikan tilapia merah. Tapi masakan ikan, aku lupa nak snap, utk post kt blog ni, dah tinggal tulang baru teringat, toksah cerita la...Dipendekkan cerita, aku pergunakan bekal2 yang ada untuk buat sesuatu yang baru a.k.a. merasmikan periuk kukus dan pemarut kelapa aku...Tara...jadilah kuih koci, segala bahan2 dari kampung except tepung & gula.

Kuih Koci

Bahan-bahan:
Setengah bungkus tepung pulut
Santan secukupnya
2 sdth garam
Semangkuk kecil santan pekat
Daun pisang secukupnya

Bahan inti:
Setengah biji kelapa sedang inti (diparut)
2 helai daun pandan disimpul
Setengah cawan gula merah
Setengah cawan gula pasir
Air kelapa muda yang dibuat inti tadi

Cara membuatnya :
Untuk inti : Masak gula merah dengan air kelapa dan air secukupnya sehingga gula larut. Tapis dan tuang ke atas kelapa parut. Masukkan gula dan daun pandan. Masak hingga air gula kering dan kelapa jadi likat.

Bancuh tepung dengan santan dan garam hingga tidak melekat di jari.
Ambil sedikit doh, bulatkan ditengah dan isi dengan inti. Bulatkan lagi dan celupkan ke dalam santan pekat.
Bungkus kemas dalam daun pisang.
Kukus selama lebih kurang 20 minit.


                       Kuih koci yang siap untuk ditelan



Periuk kukus yang baru dirasmikan. Harga RM85, Giant Sek.18 Shah Alam


Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Perut

Ni rebung yang husband aku gi kutip ngan anak buah dia kat tepi sungai. Katanya rebung ni jenis rebung aur, kena celur 2 kali dulu sebelum masak, sebabnya rebung ni pahit. Anyway, dinner malam ni memang fabulous, nasi seperiuk tak cukup beb... Aku saja tambahkan perut, balance gulai nangka hari tu, so drp membazir baik masak aje, sodap..















Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Perut

Bahan-bahannya:
Rebung Aur (anggaran setengah kilo)
Perut (Direbus dan dipotong kecil)
Segenggam cili padi
2 batang cili merah
6 biji bawang merah
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugur
2 batang serai diketuk
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Rebung ditetak2 dan dihiris, lalu dicelur dan dibuang airnya sebanyak 2 kali bagi menghilangkan rasa pahitnya.
Cili, bawang, kunyit dan halia dimesin halus.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Panaskan sambil dikacau.
Apabila menggelegak, perasakan garam dan gula.
Biarkan seketika..lepas tu boleh la di ngap..bersama nasi panas dan sambal belacan..
Waduhhh...

CNY Holiday @ Kg Ulu Sungai, Raub, Pahang

Cuti raya cina baru ni, aku dan family balik ke Kg Ulu Sungai, Raub..Ni kampung hubby aku.. Seronok jugak la sekali-sekala balik kampung..hirup udara segar, mandi sungai, boleh kutip pucuk paku, cari rebung and the best, boleh mengail ikan. Adam Haris walaupun demam, syok sangat mandi sungai, tp yang ajaibnya lepas mandi sungai demam pun hilang. Satu benda aku nak kongsi kat sapa-sapa yang tak tau, ialah buah kantan..Haa..biasanya kita gunakan bunga kantan untuk memasak kan...jangan tak tau..buahnye jugak boleh diguna untuk masak..


Ini lah buah kantan, kalau biasa kita masak gulai guna sekuntum bunga kantan, bersamaan dua biji buah kantan







Adam Haris tengah seronok berendam dalam sungai. Lupa tu tengah demam.

Bersama sepupunya yang bogel (censored tu..) konon-kononnya bina istana pasir la tue...
Dengan bangganya mengumumkan pengutipan pucuk paku telah bermula..(Abaikan wanita seksi yang sayup2 mata memandang tu)

Tuesday 9 February 2010

Gulai Nangka Muda dengan Perut


Gulai Nangka Muda dengan Perut

Bahan-bahan:
Nangka muda secukupnya (disiat kecil & direbus empuk)
Perut lembu (direbus hingga lembut & dipotong kecil2)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Beberapa biji cili padi
2 sudu besar ketumbar disangai
1 cm halia
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit udang kering
1 batang serai dititik
1 inci lengkuas diketuk
2 cawan santan pekat
Garam secukupnya

Cara membuatnya:
Tumbuk ketumbar, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit, serbuk kari dan udang kering.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Panaskan sambil dikacau supaya santan tak pecah minyak.
Setelah mendidih perasakan masinnya.
Siap...dan sedia untuk dimakan...



Monday 8 February 2010

Jemput-Jemput Udang

Jom makan jemput-jemput udang untuk breakfast pagi ni atau dinner malam nanti (pada sapa-sapa yang malas masak..). Sedap dan kekal lembut bila dah sejuk...Nyam..Nyam..
Jemput-Jemput Udang
Bahan-bahan:
5-6 ekor udang (dipotong kecil-kecil)
1 pokok daun kucai (hiris halus)
Setengah biji cili merah (hiris halus)
1 biji bawang merah kecil (hiris halus)
1 biji telur (dipukul sedikit)
Garam secukup rasa
Air dan tepung gandum secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk.
Gaul rata. Biarkan lebih kurang sejam atau lebih baik biarkan semalaman.
Goreng dalam minyak penuh.
Siap dan sedap dihidangkan bersama kopi o panas..Marvellous!!

Sunday 7 February 2010

Strawberry Cheese Cake







Hari ni Ahad, sok dah Isnin, keje..keje..keje.. pastu Sabtu, Ahad, Isnin balik...Macam tu la cycle hidup si pemakan gaji..yang tak sabarnye menunggu detik 5.30 petang hari Jumaat, sebab ape..esoknye Sabtu...cuti..hiiii... Tapi bila hari cuti rasa cepat benar masa berlalu, mcm baru je semalam, rupanya hari ini dah nak berakhir.. Sempena hari Ahad ni, aku rasa dah lama sangat tak pegang mixer, ayak tepung, pecahkan telur buat kek, sibuk sangat menjahit agaknye.. Jadi aku ringankan tangan nak buat Strawberry Cheese Cake, resepi aku dapat dari satu website tu, aku tak ingat address dia, tapi aku ingat author dia ada nama Gebu-Gebu sikit!! Ni first time aku buat cheese cake dan baking cake guna kaedah bain-marie a.k.a. steam bath.. Yahoo..cheese cake aku menjadi!!! Nyam..Nyam...

Strawberry Cheese Cake

Bahan-bahan:
200ml susu segar
4 keping slice cheese
70g mentega
70g gula halus
70g tepung gandum (diayak)
4 biji telur (diasingkan putih & kuningnya)
1 camca teh perasa strawberi
1 camca teh esen vanila
2 titik pewarna merah (Fortuna Red Color - Star Brand)

Cara membuatnya:
Siat slice cheese dan masukkan dalam susu segar.
Panaskan susu dan kacau sehingga keju larut menggunakan kaedah double boiler.
Masukkan mentega, perasa strawberi dan pewarna merah.
Pukul kuning telur dan masukkan campuran susu yang dipanaskan tadi. Masukkan tepung dan gaul sebati.
Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai naik buih. Masukkan gula halus dan pukul sehingga menjadi meringue.
Kaup balikkan meringue ke dalam adunan kuning telur. Masukkan esen vanila. Gaul rata.
Bakar menggunakan kaedah bain-marie dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit dan turunkan suhu ke 140 darjah celcius selama 40 minit.
Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong.





Saturday 6 February 2010

Ketam Masak Lemak CIli Api


Grr...grr...syok Adam Haris tidur petang-petang ni..Jadi apa lagi..mama ada lah kesempatan update blog dia yang belum pun jatuh pusat nie... Hari ni hubby pergi Bentong, Pahang menghantar stok-stok baru gelang-gelang kristal dan mutiaranya. Nanti kalau berkesempatan aku akan letak gambar gelang kristal & mutiara, sapa tau ada yang berminat. Hubby xde..tinggal aku ngan Adam je kat umah...so nak makan apa ye hari ni..Taraa...timbul idea..masak udang atau ketam..sebab hubby aku x makan menatang ni semua..gatal!! Jadi hari ni aku rajin masakkan sup daging utk Adam dan Ketam Masak Lemak Cili Api utk aku...Asalnye planning nak masak lemak ketam ni dengan nenas Sime Darby. Tapi nenas dah masak sgt, x sesuai dibuat gulai. So aku taram aje apa yg ada dlm peti sejuk, jumpa putik jagung, balance masak paprik ari tu...Walaubagaimanapun...tetap Nyam..Nyam...



Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan:

1 ekor ketam sederhana besar
1 setengah cawan santan pekat
10-15 biji cili api
1 cm kunyit
1 cm halia

2 keping asam keping
2 batang serai dititik
4 batang jagung muda
Garam secukupnya
Daun kunyit (untuk mewangikan masakan)


Cara-caranya:

Kunyit, cili api dan halia ditumbuk lumat.

Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yg telah ditumbuk lumat ke dalam periuk. Panaskan sambil dikacau sehingga santan mendidih.

Masukkan ketam dan putik jagung. Biarkan seketika dan perasakan garam.

Akhir sekali masukkan daun kunyit. Siap....

Friday 5 February 2010

Sambal Goreng Tempe Ringkas

Hmm...Nyam..Nyam..Inilah salah satu makanan favourite aku..Sambal tempe...hehe..arek jowo... panas lagi tuh..yang ni memang ringkas giler...kalau ikut resepi my mom, kena letak hati @ pedal ayam goreng dan kentang. Tapi biasalah keretapi ekspres..redah aje.. Dah syok siap masak sambal tempe aku..baru teringat nasik tak masak lagi..Hish..potong stim betul...Pada kawan-kawan yang tak reti nak buat sambal tempe dan nak cuba masak..ni resepi dia..

Sambal Tempe Goreng Ringkas

Bahan-bahan:
2 keping tempe (potong kecik2 & goreng garing)
Bawang goreng
Bawang merah besar (sebijik cukup...hiris nipis)
Cili Kering (diblend)
Cili Merah (dihiris)
Kicap manis
Kicap masin
*Jika suka/rajin, boleh tambah:
Kentang yg dihiris kecik & digoreng garing
Hati/pedal ayam dipotong kecik & digoreng

Cara membuatnya:

Tumis bawang besar yang dihiris sampai layu dan kekuningan. Masukkan cili kering kisar, cili merah dan separuh bawang goreng. Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan kicap manis & kicap masin secukupnya, bergantung kepada citarasa masing2 suka masin/manis.

Masukkan tempe, kentang, hati/pedal ayam dan baki bawang goreng. Gaul rata.

Sedap dimakan dengan nasik panas. Nyam..Nyam..

**Sambal tempe ini tidak menggunakan garam/gula/serbuk perasa. Kicap aje dah cukup ye**





Jahit Mata Lalat


Adusss...sakit kepalaku..berdenyut-denyut..Ini lah resam aku...selalu sangat migraine aka sakit kepala. Dah tak tahan sgt, pegi klinik, so ari ni aku dpt MC. Horee....!! Horey sebab aku boleh rest. Adam Haris pun aku hantar kat babysitter dia, tak larat aku nak ngadap mamat tu, dlm keadaan aku mcm ni, lasak tu....

Aku ni jenis tak reti duk diam. So walaupun tak sihat ni, aku gagahkan diri (memang gagah kut!..) untuk siapkan jahit mata lalat kat leher baju kurung aku....(tak paham la kenapa dipanggil mata lalat ye?..Tak rupa mcm lalat pun). Baju sendiri memang liat sket nak siap, asyik siapkan baju customer je..eh..azurina ade customer ke? Aha..azurina ambik tempahan sikit2, dari member-member ofis & kenalan-kenalan yg ramas mesra. So, sapa-sapa yang duk Seksyen 24 Shah Alam yang rasa-rasa nak cuba nasib suh azurina jahit baju, silakanlah..(Eh..promote pulak..em soriii...).

Ni aku berkesempatan snap gambar time jahit mata lalat baju kurung pagi-pagi buta ni..Tapi tak berapa clear..guna camera phone..Nampak tangan aje, tuan tangan...maluu ah! Sila abaikan tarikh kat dalam gambar ittew...Aku pun tidak mengertik mengapa 3 Februari jadinya..















Thursday 4 February 2010

Cokodok goreng



Hari nie as usual la, keje..keje..keje...lagi sehari nak mengharung jem di Fed Hway..sib baik ofis kat Subang Jaya aje...bila dah pindah Ara Damansara nanti, masak aku tekan brek minyak, brek minyak, nak mengharung jem menghala kws Ara plak...
Pagi ni aku rajin (rajin dr malam td sbnrnye..). Bila aku rajin, maknanya ada la bekal sarapan utk aku & hubby. Pagi ni aku goreng cokodok bilis je, simple tp menyelerakan & mengenyangkan...nyam..nyam..bak kata Adam Haris. Pepagi sempat gak aku shoot cokodok aku yg tgh mandi-manda dlm kuali tu...tp tak clear sgt..guna camera phone..jadi lah...


Wednesday 3 February 2010

Inilah aku

Biasa nye orang yang baru berkenalan mesti akan tanya, sapa nama, duduk mana, umur brapa, dan aset penting terutama yang masih solo, sudah kawen ke belum....

Jadi ni nak kenalkan diri, Blogger name sedaap sangat..Azurina Indah... Mana dapat Azurina Indah tu..haa ni dia...

A ~ Adam Haris (Nama putraku, insyaallah yang akan dtg pun start with 'A' jugak
Zu ~ Zubir (Nama hubbyku)
Rina ~ Rinawati (Itulah nama yg bapakku registerkan dlm surat beranak)

Kami tinggal di Seksyen 24 Shah Alam, since married on 2006.

Pastu..Indah tu napa plak...oo sebabnya Branding aku Jarumas Indah , insyaallah dalam masa terdekat ni, plan nak register nama ittew, as my company name.. Nak buat bisnes ape?? Tunggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...