Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 29 March 2010

Teman Setia...

Siang, malam, hari keje, hari cuti, sedih, gembira, loaded, pokai, tension, excited, dikaulah peneman setiaku... Setia memahamiku, sedia memujukku tika aku tension, sedih dan hampir putus asa... Peneman setiaku dari malam ke pagi, pagi ke petang, petang kembali ke malam... Setia berkongsi kejayaan dan kegagalanku... Setia bersamaku bila-bila masa mencuba sesuatu yang baru... Setia bersamaku mengumpul RM every day and every week... Thanks a lot mesin-mesin jahitku, buku-buku dan tools ku yang tak seberapa... Sesungguhnya ada rahmatnya Allah mengurniakan kalian semua kepadaku... Alhamdulillah... Setia lah bersamaku...

Singer Confidence 7465


Mesin jahit tepi Singer 4 benang


Tools - Gunting, pita ukur, kapur jahit, jarum,
benang, etc...


Buku dan nota jahitan sebagai rujukan


Baju Kurung Hantam saja la....

Assalamualaikum.... Disember last year kalau tak silap, masa tu cuti birthday Sultan Selangor. So, Selangor aje cuti...negeri2 lain tak. Jadi aku ngan hubby plan utk pegi jenjalan ke Nilai 3 kat N9. Lagi pun aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana, dengar lagi macam2 cerita pasal kemurahan rege kain-kain ela yang lawa2, memang meluap-luap la hati dan perasaan nak ke sana. Dengan penuh keazaman aku ngan hubby sampai jugak ke sana, bertiga ngan Adam Haris.

Berkobar-kobar sungguh semangat, memandangkan tiap2 kedai yang kami singgah, layanan amat mesra sekali, ye la..mungkin kitorang antara orang terawal datang ke kedai mereka hari itu. Yang paling best dapat aku rembat kain viscose Italy RM60 sepasang dan kain clearance stock Thai Silk RM10 sepasang. Yang paling tak bestnye, aku beli kain RM100 utk 3 pasang, huhuhu...kan main murah lagi...dalam hati aku berkata2. Nak tau...ketiga2 pasang kain tu tak cukup 4m panjang. Dah le tu, kain tu jenis kain matching, corak bias untuk baju dan kain... Body aku klu jenis cenonet takpe, 1.75m pun mungkin cukup untuk buat baju... Tapi disebaliknye....

Cukup kain untuk badan baju dan pesak, tapi tak cukup untuk bhg tangan. Jadi penyelesaiannya, jadilah baju ala-ala baju ustazah, ada cuff kat hujung tangan. Kalau diikutkan aku tak minat tangan baju jenis ni...rimas... Anyway, dlm entry ni aku attach jugak le gambar cuff yang dah siap tu...tak kemas sangat...tapi bole lah drp tak reti langsung. Ekceli, ni baju aku ke-2 yang ada cuff, kedua-dua beli kat kedai yang sama.

Cuff yang dah siap - tak guna butang tebuk, just guna butang katup aje..




RM...RM...mcm biskut chipsmore

Saja..borak kosong.. semalam pegi jalan ke Tesco Shah Alam. Beli barang keperluan bulanan.. Baru je dpt gaji ari khamis lepas... Singgah le ada satu kedai kain Tewah, kedai tu duk tepi escalator je.. Saja je masuk.. konon nak 'tengok2'... tup2 terpandang kain ala-ala viscose.. memang lembut dan sejuk... rege semeter baru RM12.50.. kalau didarabkan ngan 4 = RM50... kualiti memuaskan.. "Daripada beli mahal2 kat kedai2 branded baik aku beli kat sini" Terpacul idea bernas aku... Jadi terbanglah RM50 sekelip mata...

Baru je withdraw dr ATM, dah hilang sekeping... Tu la macam biskut kan, kejap ada..kejap takda...nak kata nafsu aku lebih dari akal, tapi aku dah pikir dulu sebelum beli... Camana ye???

Sardin lagi....

Hari yang panas tapi lembap.... Tu la.. nak kata musim hujan tapi panas ya rabbi... Sib baik duk umah... berpakaian separuh bugil pun..tak kisah laa... Bila cuaca panas macam ni...malas nak keluar beli lauk utk masak.. Jadi jawabnye... masak sardin aje la... Sedap woo... Juadah peberet time bujang dulu... Tumis lak dengan terung goreng... Walah2...

Sardin Tumis Terung
Mmm..sedapnye!!


Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin/ mackerel
Bawang putih & bawang merah ditumbuk halus
Cili padi secukupnya ditumbuk halus
3 biji terung dipotong 8 dan digoreng
Asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng
Sedikit kicap masin

Cara menyediakan:
Goreng terung sampai agak2 masak
Tumis bahan yang ditumbuk halus sampai wangi.
Masukkan sardin dengan kuahnya sekali dan asam keping. Kalau perlu, masukkan sedikit air.
Last sekali masukkan terung goreng, kicap dan garam secukupnya.
Siap.

Wednesday 24 March 2010

Jahit baju lagi....

This is my current project...selain jaet baju org lain, ni projek baju aku sendiri.... Hasil dari kelas online yang aku ikut dari Kak Zura, Klang... Insyaallah dalam minggu bole siap, minggu depan bole pakaiiii...Ngeh3... Material : kain jersey, beli kat Nagoya, RM14.80 semeter... Kain diperlukan around 2 meter.. Dlm entry ni aku akan tunjuk kain yang dah siap potong tapi belom jaet je... Nanti dah siap, aku upload gambar dgn tudung matching sekali...
kain yang dah siap potong & jahit tepi




Tuesday 23 March 2010

Daging Masak Mamak

Dah lama tak share resepi dlm blog aku ni... Apa kata hari ni kita share, sejenis lauk ntah asal dari mana (masakan mamak kot!) tapi sedap rasanya... Resepi ni aku dapat dari buku Chef Hanieliza, Masakan Utara... Ala...buku nye cenonet je, tapi cukup untuk memberi idea nak masak ape ari ni...nak masak ape malam ni... Ekceli aku masak lauk ni hari Ahad lepas, tapi malas nak activate broadband (ujung bulan...), jadi sementara ada kesempatan broadband belum expired ni, jadi kita share la resepi ni... Simple tapi sedap..


Daging Masak Mamak

Bahan - bahan:
500 gm daging (dipotong nipis)
300 gm bawang merah (dimayang)
50gm cili kering
2 sudu makan minyak sapi (sy guna minyak masak biasa je)
1 labu bawang besar
20 gm bunga lawang
20 gm kulit kayu manis
20 gm buah pelaga
2 sudu makan kicap cair
5 helai daun kari (sy tak guna pun)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan :
Perap daging bersama kicap cair dan gula selama 1 jam.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan daging perap dan biarkan seketika.
Apabila daging masak, masukkan bawang merah yang ditumis bersama daun kari serta bawang besar untuk hiasan. Perasakan dengan garam.
Angkat dan hidangkan.




Baju kurung sifon lining

Raya posa last year, hajatnye teringin nak pakai baju kurung sifon yang berlining, tapi tak kesampaian, masa mencemburui... Banyak sangat tempahan... Jadi pakai aje la baju kurung biasa...

La ni, aku dah tak bole tahan, jadi my current project.. ialah baju kurung sifon berlining..
kain dah beli dari tahun lepas, tapi diperam, nasib baik tak jadi tapai... Kain beli kat Nagoya je, tapi material nampak berkualiti walaupun harganya murah... Ala.. murah tak kisah.. janji puas hati... Kaler semestinya peberet ggurl...i.e. pink karer la...

Kiri - Kain lining, tengah - tu le kain sifon beli kat Nagoya,
kanan - kain bawah (satin)


Monday 22 March 2010

Tempahan lagi...

Alhamdulillah...rezeki datang mencurah-curah... Tak lah banyak mana.. tapi berbaloi lah sebagai part-timer tailor... Di bawah ni aku upload gambar kain yang dihantar oleh Mazlizah dan Mahidah untuk dijahit sebagai baju kurung asli.

Kain baju kurung mahidah - corak menegak


Kain baju kurung Mazlizah - Corak menegak untuk kain bawah, dan plain untuk baju




Thursday 18 March 2010

Selamat Hari Lahir Mama!/ Nenek!

Teringat zaman aku sekolah-sekolah dulu... Kalau dah dekat tarikh lahir sendiri, hampir setiap hari merenung kalendar, tak sabar rasanya bertambah lagi satu digit dalam ruangan umur/age. Bila tiba tarikh yang ditunggu tu, rasa dunia ini aku yang punya, bukan ahmad albab yang punya.

Tapi sekarang ni, kalau boleh biar masa tak berganjak pon takpe, umur makin meningkat, aku semakin tuaaa...tidak!!!!

Anyway, bebel pasal tarikh lahir ni, ekceli hari ni besday mamaku jubli emas ke perak ek?  Apa-apa jela...

SELAMAT HARIJADI KE-50 NENEK
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Adam nda da kek mo bagi.. Gambar kita ni sebagai pengganti...


Ni gambar Adam masa nenek dtg KL ari tu


Ni gambar kita masa pg PKNS Shah Alam






 

Tempahan baju kurung (tangan cuff)

Ni tempahan Mazlizah. Tapi baju sahaja, kain dah ada. Yang lain sikit dari yang lain cuma tangan berkaf dan ditambah butang & lubang butang. Asalnye Mazlizah nakkan butang kain, tapi malangnya tailor kat tempat aku satu pun tak buat. Nanti lah aku beli tools sendiri, memang ada plan pun. Ni gambar kain dan baju yang dah siap. Baju dah di by-handkan kepada tuannya semalam.

Kain baju 2m - corak memanjang, jadi kalau nak baju cantik
kena potong ikut corak memanjang tu

Baju yang dah siap






Monday 15 March 2010

Tempahan Roslinna & Suriati

Keempat-empat helai tempahan dorang bdua ni dah settle dan dah selamat diterima oleh tuannye. Entry ni adalah kesinambungan entry pada klik sini.

Tempahan Suriati settle last week lagi tapi lupa nak snap gambar before sending it to the owner.

Yang sempat aku snap cuma baju Roslinna. Kain warna coklat bunga merah besar dan kain warna coklat bunga kecil. Dua-dua cotton.
Empat keluar, lima masuk. Alhamdulillah rezeki Adam Haris la tu. Lima helai lagi aku kena settlekan.
Baju yang dah siap

Baju yang dah siap





Friday 12 March 2010

..Nak Demam Ni....

Dr opis siang tadi, badan rasa tak sedap je, rasa lenguh aje tulang temulang ni.
Sampai umah badan dah panas... Rasa sakit lak satu badan... Yang tak best demam masa ari cuti...Kalau hari keje kan alangkah indahnye... doktor leh bg MC... huhuhu.... Klu MC ari cuti takde maknanya...





Thursday 11 March 2010

Maternity Leave

Bukan aku ye yang maternity leave. Ini sedikit penerangan dan website untuk vote maternity leave untuk ibu-ibu di Malaysia...

Hi,

National Union of Bank Employees (NUBE) are submitting a petition for “90 Days for Mum” campaign, requesting to the government to increase existing paid maternity leave from 60 days to 90 days and they’re collecting 1 million signature to submit to the government, and the petition will close by 6th June.

If you didn’t know already, Malaysia is among lowest in Statutory maternity leave in Southeast Asia:

· Singapore – 112 days (16 weeks)

· Thailand – 90 days (3 months)

· Cambodia – 90 days

· Indonesia – 90 days

· Malaysia – 60 days


Go to this website to give your support and submit your name to the petition (key-in your IC number without the dash):

http://www.nube.org.my/pd/petitionE.aspx

Sunday 7 March 2010

Tudung...Tudung...

Yeay.... Aku dah berjaya jahit tudung sendiri... Thanx Azura, your kit helps a lot... Dah lama beli kit...tapi aku perap sampai nak jadi pekasam... Suits me.. Very comfortable.. Nanti nak jaet yang lain pulak...




Yeh...Yeh...Kecik Menang

1st of all, congrats to Kecik, juara Raja Lawak musim ke-4, Sabah boleh!!!

Saturday 6 March 2010

Sotong Masak Kicap


Bahan-bahan:
5 ekor sotong putih (dibersihkan dan dipotong)
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
5 biji cili padi* (bahan * ditumbuk halus)
1 labu bawang besar dimayang
1 biji cili merah (dipotong memanjang)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan bawang besar dan cili merah. Biar hingga agak layu.
Masukkan sos dan kicap. Jika perlu tambahkan sedikit air. Perasakan manis dan masinnya.
Akhir sekali masukkan sotong. Gaul rata. Setelah sotong nampak macam masak, tutup api.
Siap.

All by my own handmade

Hari ni aku cuti... Dr semalam, tapi semalam aku cuti sebab appointment dengan Dr Delaila dekat SJMC. Hari ni aku nak settle kan 4 pasang baju tempahan Roslinna & Suriati. Alhamdulillah, belum siap sepenuhnya tapi dah 90%.

Semalam sementara menunggu result blood test, aku sempat merayau ke Carrefour Subang Jaya. Pegi Nagoya beli kain jersey untuk kelas blouse aku. Dapatlah gak beli kain jersey tudung yang match dengan kaler kain baju. Malam ni aku dah 'sembelih' satu kit tudung aku. Sok baru jahit tepi, malam2 ni bingit kang, ganggu jiran nak tido, bunyi mesin jahit tepi aku tu boleh tahan. Tengok gaya, tudung ala Ariani aku menjadi. Hmm..puas hati..everything on my own hand. Tak payah nak beli-beli lagi, jahitan bukan kemas pun, buat menyakitkan hati je.

Wednesday 3 March 2010

MUMMY, MAY I BORROW RM25???

BACA DAN RENUNGKAN.... (especially yg italic kt bwh tu)

A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.


SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often . The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM 50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Kachicka...Kachicka...

Kachicka...Kachicka....k-i-s-s-i-n-t.... Huhu...dah naik hafal aku skrip-skrip dlm cite CARS... Ala katun tu... Sehari ntah brp round anak aku nengok VCD tu... Hari tu Upin & Ipin.. Sekarang Cars pulak.. Lepas ni tak tau cite apa plak..

Saja nak borak sorang-sorang ni...ingat nak ada lagi balance gambar-gambar yang di snap masa balik cuti raya cina ari tu... Seronok jugak kalau diingat balik... Jarang balik kg... Sekali balik, batu pun nak disnap...Huhuhu...pelik..pelik..org bandar... Bukan org bandar sgt pun... tapi sebab duduk bandaraya dah jadi macam org bandar la....

Ari tu masa balik kg, sempat snap gambar ni masa kutip pucuk paku... Dah kata dah...pucuk paku pun nak di snap.. Ala...wat kenang-kenangan apsalahnye kan..kan..kan..

Tara.....Kenalkan..inilah pucuk paku.

... Apa ye..??

Hari ni nak masak apa ye yang? Esok nak masak apa ye yang? Soklan biasa yang ditanyakan sesama sendiri. Biasa la kekadang tu dah buntu nak makan apa.. Balik keje dah penat, tapi sepenat mana pun perut kena diisi juga, mulut kena disuap juga, nak beli asyik mende yang sama je tiap-tiap hari..Muaknye!!! Tu la pasal aku pilih untuk masak sendiri walaupun penat.. Makan nasi putih berlaukkan ikan masin goreng pun sedap... Up sket..lauk telur kicap... Sure menjilat jari.. Hari ni hari Rabu, setiap petang Rabu ada pasar malam di Seksyen 24 Shah Alam ni, betul-betul depan rumah aku... So menjadi kewajipan bertandang ke sana every week, beli sayur, ikan, ayam, bawang, kentang dan yang paling penting hari Rabu adalah hari cuti memasak untukku. Tapi mata dan tekakku seolah-olah tak mengapprove segala makanan siap yang aku nampak di pasar. Aku nak masak hari ni, tak nak yang tunjuk2, hari ni tekakku berselera kampung. Aku beli seikat pucuk paku untuk malam ni dan seikat batang keladi untuk esok. Selesai masalah...


Pucuk Paku Goreng Belacan


Bahannye:
Seikat pucuk paku (dibersihkan)
Seekor sotong (potong kecil)
Bawang merah
Cili padi
Belacan
Garam
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Tumbuk lumat bawang, cili dan belacan. Tumis sehingga wangi dan kuning.
Masukkan pucuk paku..biar sampai agak layu. Kalau perlu masukkan sedikit air.
Masukkan sotong dan garam. Bila sotong masak, tutup api.
Siap.
*Sotong lebih elok dimasak dlm tempoh yg singkat bagi mengelakkan sotong menjadi liat.

Tuesday 2 March 2010

Kuih Gulung a.k.a. Kuih ketayap & Buah Melaka a.k.a Kelepon


Hah...amik kau...dari last week aku perap hati dan perasaan nak post entry dalam blog aku... Tapi harapan tak kesampaian... Hari ni barulah hajat tercapai... Aku saja post gambar-gambar hasil air tanganku dalam blog ni untuk tatapn pengunjung (kalau ade la)...dan yang paling penting sebagai rekod dan kenang-kenangan aku... Dapat jugak aku menilai rekod dan prestasi memasak dan menjahit aku dari semasa ke semasa... Kalau diikutkan banyak yang dah tertinggal terutama baju-baju tempahan pelanggan-pelanggan aku... So dah ade blog ni insyaallah akan aku abadikan gambar baju-baju ittew dalam blog aku ni... Dah namanya blog aku suka ati aku la nak post ape...tul tak? Huh...puas ati...

1st Gambar - Kuih Gulung a.k.a. Kuih Ketayap (ni first trial aku, selama ni buat tak penah jadi, umo dah 30-an kot, sebab tu buat kali ni menjadi)

2nd gambar ni pulak Buah Melaka a.k.a Kuih Kelepon dlm bahasa Jawa.. Sume org kenal, xyah diperkenalkan dah...


Pecal


Puan-puan sekalian,
Dah seminggu rasanya Azurina bercuti... Bukan sebab hari cuti tapi sebab internet down... Ntah ler nape... Anyway.. meh share resepi Pecal favourite family saya turun temurun. Secara tradisionalnye, cara menyediakan kuah pecal ni ialah tumbuk kacang dengan rempah-rempahnya kemudian dibancuh dengan air panas. Tapi di dunia serba moden dan canggih ni, cara menyediakan kuah pecal jadi lebih moden dan canggih. Blender aje semua sekali dan masak atas api. Rasanya memang lebih kurang je, tapi bagi saya yang gemarkan cara tradisional, memang terasa jauh sangat lari rasa kuah pecal tu. Bagi yang menggemari sayur-sayuran sesuai sangatlah makan pecal ni..


PECAL
Bahan-bahan:
2-3 cawan kacang tanah goreng
Segenggam cili padi (atau terpulang ikut pedas)
6 biji bawang merah
Sedikit belacan
Ubi cekur sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
2 keping tauhu (dipotong 8)
1 keping tempe (dipotong segi)
Sayuran (spt kangkung, taugeh, kubis, kacang panjang)
Telur rebus

Cara menyediakan:
Bawang, cili padi, belacan dan ubi cekur digoreng separuh masak.
Kisar bawang, cili, belacan, ubi cekur dan kacang tanah. Sambil itu perasakan garam dan gula. (Lebih terasa sedapnya kalau dapat ditumbuk saja dengan lesung).
Tauhu dan tempe digoreng hingga garing.
Sayuran dicelur (atau lebih elok jika dikukus bg mengelakkan sayur berair).
Bancuh kacang tumbuk tadi sehingga agak-agak elok pekatnya lalu tuangkan ke atas sayuran.
Boleh dihidangkan dengan telur rebus dan nasi panas.
*Variasikan hidangan ini dengan menghidangkannya dengan nasi impit dan keropok udang. Hidangan beralaskan daun pisang...Jadi lah GADO-GADO...

Internet down ke slow?????

Dah beberapa hari aku x bleh surf internet...Frust siot... Tak faham apa problem sebenarnya... Line Celcom Internet aku slow ke atau memang down... Ni pun cilok post entry kat opis... Kannyer ape.. Dah banyak dah juadah/resepi yang aku nak post kat blog ni... Nasib baik gambar je, kalau realnyer makanan, takker basi gittew.... Takpe ah.. Aku try lagi malam ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...