Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 29 April 2012

Adam dan Lawatan ke Zoo Negaranya

Salam Ahad...


Pedih hidung dan tekak, sume pasal batuk dan selesema..dah musim kot..


Just to blog picca of Adam cam biasa, blog ni macam pic album saya..
Seronok mamat kecik ni, join lawatan ke Zoo Negara bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu setaski abimnye.


Pandai lak anak aku senyum depan kamera, normally maap le..nak sengih pun susah

Tuu..nampak tak Adam bersila kat belakang sekali,
Sampai-sampai ajek, otometik dia duk bersila kat belakang kawannye
Memang dah diprektiskan kut.


Anak-anak TASKI tengah bersedia nak naik bas
Tertera di depan kamera bakal anak menantuku..Hahahahha...
(Jgn tekezut yek beberapa orang mak bapak yang ter'inteprem' dalam gambar ini,
ada yang berpeluk tubuh, ada yang gendong anak, ada yang senang diri, ada yang tengah bergossip, dengan terpublishnya wajah anda di blog ini, nescaya anda akan dikenal seantero dunia hihihi)
 Setakat 3 keping aje pic yang ade, selepas anakku naik bas, dah takde gambo. Semestinya mak bapak tak dibenarkan menyebok..Jadi..selamat bergumbira anakku!!

DIY- Cheezy Wedges

Salam...

Tengok tajuk entry sengih toke KepEpCi.. Gigih owner blog ni nak nunjuk diy cheesy wedges aku...

Ala.. tuntut la ilmu sampai ke negeri China. Selagi ada hayat, mana yang boleh di try sendiri, tak salah pun try. Jadi atau tak, jatuh no 2. Betul tak? (Betul..betul..betul..)

Saya dah lama memendam rasa tiap kali makan cheezy wedges kat KepEpCi. Shedapp sangat..Apekah resepinye? Kalau dapat buat sendiri, siang malam pagi petang makan cheezy wedges pun takpe, macam omputeh.. Huhuhu..sampai macam tu sekali keterujaan saya. Tak de lah, you all mesti minat jugak kan makan mende nih? Kalau tak minat tipu la tuuu!

Setiap kali lepas makan, sure saya tanya pakcik google, apekah resepinya, dan setiap kali itu berazam nak buat, tapi biasa la azam selalu lari entah ke mana..Ngeee...

Entry kali ni, saya nak share resepi yang saya dapat dari Rinn Chan Fotopages. Sebenarnya kalau google sure boleh jumpa bermacam versi resepi cheezy wedges. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Wedges secukupnye goreng ye!(sy guna simplot)
200gm Shredded Cheddar Cheese (saya pun guna SCS, tapi tak sampai sebungkus pun)
1 sdb mentega (saya guna Dorina)
1 sdb tepung gandum
125 ml (stgh cawan) susu segar (kalau takde, bancuh je susu anak)
2 sdb sourcream (saya pun guna yogurt asli nestle)

Mula-mula cairkan mentega dan masukkan tepung.
Masukkan susu dan kacau sampai pekat.
Masukkan cheese dan kacau sampai cair. 
Versi saya, susu memang extra, sebab nampak pekat len macam je.
Last sekali, masukkan sour cream dan kacau sebati.
Boleh lah dihidangkan bersama mayonis.


Wedges yang masih togel

Yummy!

Selamat menambah kalori.....



Tuesday 10 April 2012

Adam dan Chicken Pox nye

Hari ni saya start cuti sampai Jumaat.. Huh..long break. Nak jaga Adam. Tolak campur tolak campur, hari ni lebih kurang seminggu dia dapat ciken pox ni. Saya syak dapat jangkitan mungkin dari kawan sekolah atau nurserinya. Tak ape la, orang kata kalau kena time kecik, lagi cepat baik dan cepat hilang parutnye. 

Mula-mula seyes saya tak expect apa-apa tentang chicken pox walaupun dah ada sebijik ruam di badannya, sebab Adam dah sinonim dengan gatal-gatal dari kecik. Khamis pagi dia demam sebelum ke sekolah, saya beri PCM, dan dia ke sekolah macam biasa. Masa petang balik dari keje, memang nampak budak ni lemah semacam, something wrong lah. Adam siap tunjuk tangan dia, and confirm ruam yang serupa kat badan. So saya selak baju dia, and ruam dah makin banyak.

Dalam kepala saya satu je, HFMD, sakit tangan kaki dan mulut. So, malam tu jugak kami ke klinik, Alhamdulillah Dr sahkan cuma chicken pox. So, menu..semua yang light-light, rebus-rebus dan stim-stim aje... Air kelapa jugak tidak dilupakan. Sebijik sehari, lama-lama jadi berbijik-bijik chicken pox Adam..

Kalau diikutkan, banyak petua dan pantang larang time chicken pox ni, untuk pesakit tu sendiri dan juga isirumahnye. Antaranya.. pantang mandi (mama lap aje), pantang kena hujan (tak kuar umah pun..), pantang goreng telur (babah tapau kat luar aje), pantang tengok (ni mama tak boleh tolong..). Relevan untuk pantang larang ini? tepuk dahi..lu fikir la sendiri...huk3

Nak kurangkan gatal, boleh guna daun semambu. Semasa gatal, cuit-cuit lah dengan daun tu, strukturnya kan tajam-tajam manja gitu, jadi kalau wat garu tak lah berparut. Dan lagi, daun semambu ni boleh diramas dan mix dalam air mandi bersama serbuk kunyit. Kedua-duanya merupakan astringen yang baik untuk me'masak'kan pox dan mengurangkan gatal. Tapi kat Shah Alam ni, memang konfem susah nak dapat ler daun ni. Alternatif lain, seperti yang kawan FB saya suggestkan, boleh mandi dengan air basuhan beras.


Day 3 - Ruam ni lah yang first saya nampak kat badan Adam,
sungguh tak sangka rupanya inilah ketua ayam-ayam itu

Day  4 - Jumaat, mama kena amik EL, nak jaga Adam
Dah kena paksa senyum, amik gambo tuk kenang-kenangan

Day 5 - Masa ni tengah teruk, anak-anak ayam dah mula menetas kat seluruh badan
Adam pun dah macam tepung gomak, kena lumur dengan calamine lotion

Day 8 - Anak-anak ayam dah mula surrender, mula menghitam dan ada yang dah kering pun

Sian anak mama, takpe kena sekarang umur 5 tahun.
Nanti dah besar tak perlu risau ade parut, dan tak perlu risau muka tak encem




Tuesday 3 April 2012

3 April 2012

Balik keje semalam, aku flat seawal buletin utama TV3 belum abis lagi. Berdenyut-denyut si kepala ini.. Lepas telan sebijik ubat selsema, sebijik synflex dan sebijik prednisolone...aku kiokk tak sedar ape...

Pagi ni pulak, aku sedih...semua benda macam tak kena aje...

1) Malam tadi mimpi tak best..mimpi anakku hilang disebabkan kelalaian cik asben percaya sangat kat anak buah dia..Naudzubillah.. (sedar je dari tido, rasa marah sangat kat cik asben, walaupun hanya mimpi..)

2) Pagi sebelum pegi keje, aku singgah beli nasi lemak dan kuih dekat-dekat rumah. Lama menunggu giliran nak order, tup-tup ada makcik sorang selamba derk aje potong q, dan pakcik nasi lemak tu selamba derk aje ambik order makcik tu... Panass je ati..

3) Drive gi keje, cam biasa jem gila b#*i lepas selepas tol Batu Tiga, memang ini lah yang me'manas'kan aku tiap-tiap hari. Ditambah pulak dengan si driver lembab kat depan, dengan driver bangang yang tak reti bagi signal bila masuk lane orang, dengan driver bahlol main follow rapat-rapat, dengan driver siot suka potong queue...warrgghh!!! 

4) Sampai tempat parking lak, sedih sangat.. aku kuar masuk park kete tak tau berapa kali, susah beno nak centre... Yang paling sedih...Mi goreng feveret ku  tumpah se'tapau'..sekali lagi aku ulangi se'tapau'..beli kat gerai no 1 tadi. FYI, aku biasa beli apa pe, memang bawak tapau sendiri.. Takpe, aku ambik positifnye, mungkin dalam mi goreng itu ada kaki lipas..sebab tu ia tumpah.. 

5) Ni dah sampai opis, rasa ralat sangat..rasa bising..bingit..riuhrendah etc (opismet dont ambik ati ye..ini luahanku..) tatau apa pulak yang meyedihkan aku lepas ni... so pagi ni makan nestum aje..no mi goreng.. Lapar!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...