Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 28 October 2012

Release stress @ Lata Lembik & Kg Ulu Sungai, Raub, Pahang


Salam Aidiladha, jangan berabis bedal daging qurban ye, nanti tekanan darah naik, pening, pastu pengsan duduk wad plak :P. 

AI pun raya haji ni tak berapa 'membedal' sangat, takat merasa sikit-sikit tu aje cukup lah. AI dan family balik ke Raub pada pagi raya, nak avoid jam. Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar. 

Asalnya memang tak plan nak kemana pun, nak beraya kat Shah Alam je. Tapi kebetulan raya haji tahun ni bertembung dengan musim buah kat kampung, so balik je la, peluang jangan dilepaskan.

As usual, bila musim buah pemandangan utama adalah durian dan manggis. Kali ni pun AI tak 'membedal' sangat sebab batuk dan demam baru aje elok.

Raja segala buah
 Disebabkan durian yang gugur banyak giler, sampai guni pun tak muat nak isi, kain pelikat pulak jadi ganti..muahahaha...sapa nye kain pelikat ni, angkat tangan!

Baa..cak!
 Biasanya bila durian banyak giler, sampai tak habis makan, isi durian akan diconvertkan jadi tempoyak. Wallaweh, gulai tempoyak ikan patin..sedap hingga menjilat pinggan.

Sodap!!

AI kalau balik kampung, tak sah kalau tak 'melancong' di sekeliling pokok-pokok buah yang ada. Hihi..rezeki AI kut, dapat kuini adalah dalam 4-5 bijik. Time AI lalu sure jumpa yang gugur, time orang lain lalu takde plak.

Mangga kuini

Pada raya kedua (yang dah tak nampak macam raya), kami pegi berkelah kat Lata Lembik. Jarak lebih kurang 15km aje dari rumah. Kawasan air terjun memang bersepah kat Pahang. Boleh dikatakan pegi mana-mana mesti ada kawasan lata. Lata tu ape?? oo lata tu kawasan air terjun cik kak oi!!

Adam wat pose gedik jap
Dalam ati sungguh tak sabar nak wat sand castle

Lata Lembik
 Menurut kata penduduk asal kampung Ulu Sungai, yakni laki AI (muahahahha), dulu-dulu batu-batuan kat lata ni lembik-lembik belaka sehinggakan ada kesan tapak kaki kat batu-batu itu. Sebab tu lah, lata ni diberi nama Lata Lembik. Menurutnya lagi, kalau bernasib baik aje, dapat tengok kesan tapak kaki tu. Maknanya AI tak bernasib baik lah, dapat tengok bekas tapak kaki sendiri jek :P. 

Apa yang AI lihat kawasan ni tak begitu terurus, sampah berterabur, rumput panjang, sisa makanan yang bersepah, pampers budak, tu belum masuk ke tandas dan bilik persalinan lagi. En Asben kata macam-macam ada kat bilik persalinan lelaki termasuk hasil 'mesra-mesraan' dan 'gomol-gomolan' dua insan bercinta yang bersepah kat sana sini. Tak hairan la, seawal pukul 3 petang dah ada 2-3 pasangan yang dah mula panaskan enjin mereka. Apa nak jadi laa!

Adam malu-malu miao nak main air

Adam dan Syakirah - jom mandi

Indahnya ciptaan Ilahi
 Port yang kami pilih adalah kawasan batuan yang landai. AI memang takut kawasan batu-batu ni. Walaupun cetek, tapi batu tu sendiri licin. AI prefer pergi kat kawasan yang berpasir. Takpe, next time boleh tukar port...

Cun jugak gambar yang disnap dari kamera buruk AI ni kann



Adam seperti biasa bila ke sungai atau pantai, mesti tak sabar nak buat castle nya. Masa berkelah ni pun, orang lain syok berendam, tapi Adam syok berpanas sorang-sorang sambil membina kota keriangannya.

Mana Syakirah ni..saya sorang-sorang aje buat castle tak seronok laa...
Azurina Indah

Thursday 25 October 2012

Inteprem baju AI

Salam Aidiladha,

Pada yang nak balik kampung, berhati-hati di jalanraya, drive la ikut peraturan dan had laju yang telah ditetapkan, ingatlah orang-orang yang tersayang. Jangan diikutkan sangat hati dan perasaan marah, geram dan bengang seandainya ada pemandu lain yang buat onar di sekeliling anda, biar mereka balik dengan van jenazah, tapi anda balik dengan kereta anda sendiri. Attitude pemandu-pemandu Malaysia tak kira jantina, kaum, umur dan sebagainya rata-rata sangat teruk, umpama zero dalam knowledge jalanraya, entah lesen kopi o kut. Bawak kereta serupa pelesit, suka-suka hati tukar lorong tak bagi signal, cucuk angin, saboo je la..

Sempena Aidiladha ni, tuan tanah nak interprem gak bajunya. Walau tak secomel dan sekiut mana, janji ada baju basahan wat pegi keje kan..kan..kan... Setidak-tidaknya, raya nanti ada jugak la baju emergency seandainya en Asben ajak pi beraya. Kwang3..

Baju kurung biasa aje
Disebabkan sendiri punye, jadi tak ada la butang-butangan
Kain ni kain murah aje...Dah lama AI beli, dan bermakna dah lama jugak terperuk dalam gobok AI tu. AI beli kat Mydin Sek 18 Shah Alam, low kelass aje kan tempat AI soping kain, janji kain best dan yang paling penting murah. Seploh hinggit jek selai..Ape?? Tak caye?? Kena la caya.. AI memang aim kain murah-murah aje, bukan nak gi mana pun, pegi balik keje aje hehheh.. Kos kain RM10 + upah jahit RM0 + letrik RM5 = total RM15. Dari itu, belajar la jahit baju sendiri ye :P


Kedut seribu, malas nak iron
Baju sendiri :P

Baju pink ni plak kurung moden. Ngee..AI pakai kurung moden siott... Heheh...baju takde pinggang boley la... AI ukur pinggang baju ni sama ukuran dada, so pakai sarung je, tak perlu zip-zip bagai, AI tak suka, miang! Cutting? Eheheh..cutting sikiiiit kut, kat belakang still AI letak dart, belah hadapan plain aje. 


Kain ni yang AI ingat dibeli di Gulatis SACC, ala..yang dah siap potong 2m+2m tu..RM39.90 kut sepasang, masa tu mata AI tengah mood pink, so terbeli dan sudahnye diperam dalam gobok dekat 3 taun ada. Kengkonon tertarik sangat sebab bunga kain ni dah siap beading, simple jek tapinya.


AI potong leher bulat aje. Nampak luas aje kan...heheh...supaya senang nak sarung kepala, tak kose nak berbutang-butang.

Anyway, AI bersyukur sangat tahu ukur, potong dan jahit baju sendiri. Anugerah Ilahi yang sangat bernilai, tak semua memperolehinya. Alhamdulillah...syukur, syukur.. 
Azurina Indah

Wednesday 24 October 2012

Wordless Wednesday : Pucuk Paku Belacan & Sambal Udang Petai

Memang wordless...

Duduk diam-diam, sendukkan nasi dalam pinggan dan makan.....senyap..sunyi...totally wordless, concentrate la beb!


Fuhh...nikmatnye bila dah sihat... Pucuk paku goreng belacan... My feveret ever!!



Pucuk Paku Goreng Belacan

Bahan-bahan:
Pucuk paku
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili padi
Garam secukupnye
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili dan belacan
Tumis bahan tumbuk tadi sampai wangi satu flat boleh bau
Masukkan pucuk paku
Kalau agak-agak kering, tambah sedikit air
Perasakan masinnye.
Siappp



Lupa segala kegatalan yang ada tatkala merenung lauk ini. Sememangnya AI minat udang dan ketam-ketaman. Tapi disebabkan ekzema yang bertandang semula di jemari AI ni, terpaksalah dikawal sedikit nafsu pada udang dan ketam-ketaman ni. Tapi bila ke pasar malam je, lalu depan gerai yang jual lauk basah, mata asyik melirik ke kawanan udang yang sungguh fresh dan besar. Waduh...En Asben pun tak mampu nak menghalang Cik Istri dah.. Kalau rase nak, beli je laaa.... OK bang! Lap u!


Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahan
Udang (potong 'misai' aje)
Petai buang kulit tau
Bawang besar
Cili kisar
Sedikit belacan (kalau suka)
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap cair (satu kewajipan bila AI masak)
Garam & gula secukupnya

Cara nak buat:
Goreng sekejap udang, tak perlu sampai garing
Tumis bawang besar sampai kekuningan
Masukkan cili kisar dan belacan
Masukkan air asam jawa dan kicap
Bila agak garing tu, masuk la petai dan udang
Rasa la masin dan manisnye
Siappp


Disebabkan ekzema ku makin teruk, jadi maybe lambat lagi kita boleh bertemu lagi ye cik udang..


**Best layan Vokal Bukan Sekadar Rupa kat TV3, semuanya berkualiti. Salah satu lagu yang AI minat giler Biar Mimpi Sampai ke Bintang, Asmidar kalau tak silap penyanyinye....

Azurina Indah

Sunday 21 October 2012

Kawad kurung cotton di bilik jahitku


**Beware!! Entri ni banyak gambar..

Kalau diperam dan boleh menetas, mesti dah cukup sekandang ayamnya...

Hehe..perumpamaan untuk kain-kain yang AI kerjakan ni. Kain dah dapat lama, tapi atas kekangan masa dan tenaga, baru sekarang boleh disiapkan. Bukan ku sengaja lambat-lambatkan, daku hanya manusia biasa yang kenal erti penat, malas dan bosan. Rasanya enjin dah mula panas, Insyaallah perjalanan akan diteruskan lagi lepas ni.

Ni antara latest baju yang AI siapkan. Sebenarnya kain-kain dah lama AI potong dan jahit tepi. Tapi nak cari mood menjahit tu yang susah, al maklum la, AI dah bercuti dari raya pose huhuhu...Semua yang siap ni materialnya kain cotton, senang la sikit untuk dikerjakan. Kali ni AI pakai readymade button aje, malas nak buat yang cloth-covered.


Kurung pahang
Ukuran follow baju contoh


Comel kan.. atas bunga-bunga, bawah bulat-bulat

********************************************

Leopard..Aum!






Azurina Indah

Ikan Gelama Sambal Taucu

Salam Ahad,

Masa AI menaip entry ni dah 11.30 malam 20 Oktober 2012. Demam, batuk dan selsema..sungguh tak selesa. Ditambah pulak dengan kekalahan ATM kepada Kelantan 2-3, Malaysia Cup sebentar tadi, hmm..tak apa lah, memang game yang sangat best. Kekalahan ATM yang berbaloi, 120 minit game ko!! 

Cuaca sekarang ni menambahkan lagi ketidaksedapan badan AI, hidung sok sek sok sek, tekak jangan cakap lah, memang perit giler. So, weekend memang tak pergi mana, duduk di rumah dan 'berehat'. Ngee...'berehat' versi AI lah, duduk depan mesin sambil kepala terhangguk-hangguk kesan makan ubat batuk.

AI nak share salah satu lauk feveret AI iaitu Ikan Sambal Taucu. Sebenarnya lauk ni dimasak beberapa malam yang lepas, ikan gelama pula hasil tangkapan En Asben sendiri. Sebab tu kalau tengok gambar, ada macam-macam saiz ikan, dari atuk ke nenek ke ayah ke mak ke anak ke cucu :P Sambal taucu tu lagi pedas laagi kick.


Menyelerakan..rasa lapar pulak tengok gambar ni :P

Ikan Gelama Sambal Taucu

Bahan utama:
Ikan (dibersihkan, lumur garam kunyit & digoreng)

Bahan sambal taucu:
Taucu masin (bilas)*
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili padi *
Halia *
Cili merah (dimayang)
Bawang besar (dimayang)
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap
Garam (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Cara nak buat :
Tumbuk halus bahan bertanda *
Tumis bawang besar dan cili merah 
Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan air asam jawa dan kicap
Kalau agak kering tu, boleh tambah sedikit air
Rasakan masinnya
Bila dah ok, masukkan ikan yang telah digoreng
Gaul rata dengan sambal taucu tadi dan boleh la dihidangkan


Jom try! Pasti puas hati


Azurina Indah

Saturday 13 October 2012

Pantun kuih keria AI

Pegi mengintai ayam bertelo,

Ayam bertelo di dalam reban,

Pagi-pagi sodap makan kuih keria dengan kopi o,

Ummph... rasa sekali confirm tak boleh berenti..brek tak makan....heheh...


Kuih keria AI yang masih togel
Nebes ni nak menyira gula, ntah jadi ke tak


Ngee...Sira gula ku santekk


Disebabkan ni kejayaan pertama AI menyira kuih keria, so gambar banyak sikit la yek
Ditambah pulak dengan cop jempol ekslusif blog jarumasindah


Dap! Dap!


Jemput makan...



Nak resepi kuih keria/ gelang emas ke??

Bahan
Ubi keledek direbus dan dilecek halus
Tepung gandum secukupnya
3 sdb Gula pasir
1 sdb Air
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat
Uli ubi keledek dengan tepung sampai agak-agak boleh dibentuk mcm donat

Goreng sampai kekuningan
Panaskan air dan gula dalam kuali sampai putih
Masukkan kuih yang dah digoreng, gaul rata
Siap..Ngapp


Azurina Indah

Friday 12 October 2012

When is a woman at her sexiest?


Selamat pagi Jumaat yang mulia kepada semua....

Ngee..pagi-pagi dah buat entry, kat opis pulak tu, takde koje ke??

Hep!! Helo Helo ! belum stat opis hour ek

AI teruja baca satu artikel kat Yahoo ni. Cer klik link di sini.

Sempena malam tadi malam Jumaat, takpe AI kopipeskan kat sini gak ye..




When is a woman at her sexiest? <<---Best kan tajuk


"When she's driving, I like it especially when she's handling a manual car. It shifts my mind immediately into the bedroom." <<--AI bawak kete auto, boleh ignore
"First thing in the morning, how she rubs her eyes and stretches in her pyjamas. That's really irresistible." <<--Hahahhaha, bese AI terjaga en asben tgh tido lagi, cemana dia nak tengok AI gosok mata & AI tak pakai pyjamas, pakai baju batman jek. Ignore..
"When she's reading or watching TV. I love how she looks when she's concentrating on something and totally unaware that I'm staring her." <<-- Yang ni bole la, tapi tukar sket, not reading nor watching TV, tp time AI menjaet & potong kain..Ngee...Sexy! Sexy! Yes! Yes!
"When she's being affectionate to me - holding my hands or even cooking for me." <<--Ni tiap-tiap hari buat maa...masak pun sexy ek? Well....okay ;)
"When she's putting on her makeup or fixing her hair. Makes me think that she's getting herself ready for a sexy date with me. It wouldn't hurt too if she's half dressed!" <<--Erk! AI jarang banget pakai mekap, rambut ikat ekor kuda atau klip jek, ignore! Next...
"When she's picking out clothes for me. Looking at her taking charge turns me on." <<--Incik asben mandi sendiri, pakai bedak sendiri, pakai deo sendiri, amik baju sendiri, pakai baju kecik sendiri, pakai baju besar pun sendiri...Yang ni ignore gak..Next....
"I like how she brushes her hair to one side revealing her face and neck. That's sexy." <<---Kikiki...So far AI rasa en asben cuma suka perati AI sikat rambut sebab tergamam lihat AI kumpul rambut gugur je, Next...
"When we go for trips, I noticed she gets all excited and squeaky about trying out something new. I find that really attractive. <<---Ni betul-betul-betul..
"Gym time! I love to see a woman in her gym gears, working out and taking pride in her body. Nothing beats a confident woman." <<---Gym equipment AI yang ada cuma beskal kat umah jek, tu pun tak pakai gear bagai, AI mengayuh sambil memakai baju batman jek..kah..kah..kah..
"When your girlfriend BINI  insists on paying for her own things, that's incredibly sexy. There's something so seductively empowering about that." <<--Owh..now I know why en Asben senyum bila AI bayar kat kaunter bila beli barang..Sexy ek??
"Simple things like washing her car. It's like watching Daisy Duke!" <<--Alololo..AI tak pernah cuci keta sendiri, selalu hantar kedai je, duk umah flat beb!
"Once I came home to find my wife fixing a broken tap. It was such a hot sight to behold." <<---Tang ni memang sexy kot!, nak fix paip bukan senang tau, basah seluruh tubuh AI :P



Azurina Indah

Wednesday 10 October 2012

Permudahkanlah...Amin..

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)



"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”
(Surah Ali Imran [3]: 38)




(imej : ihsan Google)


Azurina Indah

Tuesday 9 October 2012

Welcome to my New Jarumasindah

Assalamualaikum......

See...the new face of my blog... Sebelum ni selebet aje, sekarang dah pandai pakai blusher, eyeshadow bagai...

Memang ini yang AI idam-idamkan, ada blog sendiri yang sangat comel (angkat bakul lak!)

Dan pada yang tak perasan, tengok betul-betul kat dolly yang duduk atas kerusi tu, ada taik lalat beb!

Napa ada menatang ladybird? sebab AI suka ladybird!

Napa ada daisy seketul? Sebab AI suka daisy esp kaler putih, see my favicon? Daisy oso la..!

Thanks a lot to Beba for making me such a nice and cute blog.


Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...