Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 5 October 2012

Kurung moden yang cun

Assalamualaikum....

Apa khabar? AI doakan semua sihat sejahtera hendaknya..Amin...

Hari ni dah Jumaat, maknanya esok cutiiiiii.....Anda kemana weekend ni? Bagi AI jawapannya mudah je, duduk rumah, siapkan tempahan customer. Kalau keluar pun setakat bawa anak jalan-jalan atau pegi pasar beli lauk huhuhu....

Kali ni AI tepek kurung moden yang juga ditempah oleh regular customer AI. Alhamdulillah, setakat ni mereka puas hati dengan hasil tangan AI. Dan berkat hasil tempahan mereka juga la, AI makin ber'skill' walaupun hanya tahap amatur je. Terima kasih....

Soklan yang AI dapat.... Napa gambar dalam blog Jarumasindah ni gelap-gelap belaka ek? 
Jawapannya : Sebab AI snap dengan handphone cikai jek. Tak kose AI nak membazir beli DSLR ribu-riban tu semata-mata nak post gambar ala-ala profesional kat dalam blog ni. Lain la kalau AI ni fulltime blogger yang memang buat online business. Pada AI, cukup ada satu atau dua gambar untuk satu-satu produk AI dah cukup, sebab blog ni merupakan album maya AI. Gelap pun, still boleh nampak clear kan..kan..


Kurung moden
Material : China Silk
I loike this color!!

Kurung moden gak
Hujung tangan cerut getah

Peasant dress budak
Peasant dress ni AI jahit menggunakan kain lebihan customer AI. Dress ni untuk anaknya. AI tak berapa mahir mahupun kreatif dalam menjahit dress budak, cuma pattern ini aje lah yang AI tau. Asalnya kain biru ni panjangnya 5 meter, so ada la balance dalam 1 meter yang cukup untuk sehelai dress. Tengok entri ni. Ruffles tu pun AI guna kain lebihan ibunya. Dengan adanya ruffles tu, dress ni takde la nampak plain sangat.


Leher dan hujung lengan dicekak dengan getah

Ruffles yang comel
Berpeluh gak AI mengerjakannya

Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...