Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Tuesday 29 November 2011

Baju kurung full lining

Material sifon berkaki


Ni baju tempahan opismet gak.. Norlia yang cun namanya.. still available.. berminat PM ku.. kih kih kih


saya letakkan kaki kain di bahu, supaya baju tak lah nampak macam taman bunga

Jahit mata lalat FOC sebab upah agak mahal.. gwe tak sampai hati lorr!!

Kipas kat kain dijahit tindih supaya kain sifon ni senang di'iron' oleh tuan punya nanti



Lagi hapdet gambar baju

Cer check temperature jap..

Demam on off jek, hidung pun sok-sek lagi..ada possibility sok emcee lagi






Banyak juga baju yang saya tak sempat ambik gambar. Mostly tu ada yang saya terlupa dan ada gak yang saya malas nak snap sebab tau lappy tengah problem. Anyway, ni le aje yang ade..harap tuan punye berbangge (sambil kembang kempish hidungnye) sebab bajunye ada dalam internet..


Kurung pesak pahang, butang balut kat leher



Kurung bese je, tapi tuan punya mintak cuff berbutang bungkus



Monday 28 November 2011

Hari cuti yang demam 2

Assalamualaikum...

Dah dekat 2 minggu tak post pape dalam blog ni. Baru hari ni lappy ok lepas serangan makhluk virus yang bertubi-tubi. Orang kate bila tengok material 'biru', lappy senang kena virus.. tapi lappyku ini suci murni, tak pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti ke'biru-biruan' pun. Apa pun syukur la, cik lappy dah oke, dah boleh berfungsi seperti sediakala.
Gambar Ihsan : Abg Google

Post ni versi hari cuti yang demam kedua. Sebelum ni, versi Adam Haris, kali ni versi aku pula. So..sudah pasti aku akan abaikan semua benda yang remeh dan membuang masa, tak kose nak melayan. Baik haku tido...

Ini pun ihsan abg google



Tuesday 15 November 2011

....Grrrrrr!!!

Cenggini la agaknye rupa virus kat lappy ku
Comel gak kan
Tp sebab comel ni la, aku tak dapat nak hapdet blogku
Gambar-gambar baru banyak menanti..
Sabo je la..

Tuesday 8 November 2011

Blouse cikgu-cikgu Adam

Pandai Adam tolong mama cari customer ye...

Nanti mama bagi komisen ye..

Ni blouse yang cikgu Adam tempah. Nak dipakai hujung minggu ni untuk Hari Konvokesyen Taski Abim Seksyen 24 Shah Alam. Dengan tempahan cikgu-cikgu ni, bertambah pengalaman Azurina dalam menjahit blouse. Pattern simple je, tapi kalau dah nama blouse tu, menggigil jugak saya, pola tetap kena ada, dan ujian terSUSAH adalah KETIAK!!!

Kali ni Alhamdulillah, ngam-ngam..tak terlebih dan tak terkurang. Saya tengah testing formula saya sendiri dan on the way testing kat baju-baju lain pulak.

Ni baju Cikgu Aja. Blouse belah kat tepi macam baju punjabi.
Leher cam leher baju kurung. Special request untuk letak butang bungkus kat atas belahan tu.
Hujung tangan getah biasa je.

Ni baju Cikgu Arum. Blouse belah tepi jugak + zip tepi.
Juga special request, sebaris butang bungkus kat penjuru leher V.

*Sekali lagi banyak meng'assist'ku..mesin butang bungkus ku huhuhuhu

Monday 7 November 2011

Salam Aidiladha..

Hari ni hari kedua raya haji dan merupakan hari cuti terakhir. Esok sapa yang keje akan keje semula, mana yang sekolah akan masuk sekolah semula. Dari pagi ke petang yang saya dengar dari radio hanyalah kesesakan di lebuhraya dan kebanyakannya adalah menghala KL. Syukur saya tak ke mana-mana, saya rimas dengan jam.

Seingat saya, jam paling teruk dalam hidup, kalau tak silap 2 tahun lepas, masa tu cuti Raya Cina. Kereta tak bergerak2 sepanjang highway Karak, masa tu kami sekeluarga nak balik Bentong. Kita sedia maklum jalan sepanjang highway Karak tu, kalau tak menaik menurun, kawasan tanah tinggi kan. Saya pulak memang cukup tak tahan, bila kereta berhenti secara mendongak. Sebagai penyudah yang amat menyedihkan, saya dan Adam muntah silih berganti. Busuk jangan cakap la. Sejak dari tu, saya haramkan perjalanan pergi dan balik yang last minute. Biar pegi awal dan balik awal, sebab saya BENCI jam.

Hari ni dalam mencari mood raya, saya rajin semula. Pagi-pagi saya kerah hubby gi pasar basah kat Sek 16 cari ayam untuk dibuat rendang. Pasar pun lengang lagi, nasib baik ada gerai jual ayam yang bukak dan 2 gerai lain lagi yang dah nak tutup. Ya..penduduk Shah Alam masih bercuti. Balance beras pulut susu hari tu ada lagi dalam 2 pot. Saya tanak aje, tak habis makan hari ni, esok boleh bawak ke opis. Lagi pun, esok hubby cuti, kena jaga Adam, taska cuti lagi..huhuhu.. Rendang saya masak extra, tu lauk deme esok le ye..


Rendang ayam bersama pulut masin
Jemput makan...!!


Sunday 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pagi tadi ada gak rasa sayu sikit bila terdengar alunan takbir. Teringat kembali masa tahun pertama saya kat bumi Semenanjung ni kalau tak silap tahun 1997. Pertama kali dalam hidup saya beraya berjauhan dari family. Tahun itu, saya beraya kat rumah housemate saya kat Teluk Intan. Sedih jangan cakap la. Raya pose tau bukan raya haji. Dah le lauk-lauk raya nampak pelik-pelik je masa tu, orang sekeliling pulak ramai yang saya tak kenal. Yang saya rapat cuma housemate saya sorang tu je. Nak kenal tempat & budaya orang katakan. Memang suasana terlalu asing. Kampung Semenanjung tak sama dengan kampung saya kat Tawau. Beza jauh sangat-sangat.. Tak sangka, dah nak masuk 15 tahun saya di sini. Balik duduk kat Tawau? Tak mungkin kut..suami orang Pahang.. duduk Shah Alam..tengah2. Balik kg dia 3 jam, balik kg saya pun 3 jam. Fair & square, tambang je lain2..LOL

Juadah pagi raya ni (boleh dikategorikan sbg juadah ke?) adalah Nasi Lemak Sambal Sotong. Boleh tahan jugak la. Bosan la, asyik masak ayam tu ayam ni, daging tu daging ni. High lemak & kolesterol (Abih tu, nasi lemak tak high ke??..hehehehe). Neway..abg kata shedap!!! Yehooo!!

Jemput makan

Nyam-nyam..

Saturday 5 November 2011

Kami di sini...

Raya haji tahun ni, kami tak ke mana. Duk Shah Alam je. Ni kali kedua kami raya kat sini, kali pertama tak ingat bila, kalau tak silap time tu kami still menyewa kat rumah lama. Ala..raya haji tak kisah sangat, lain la raya pose. Yang saya tau, orang Pantai Timur memang sambut raya haji dengan meriah. Hmm..hubbyku org Pahang, pantai timur le tu, rilek je bila tak balik Raub..huhuhu..

Petang tadi, bawak Adam pi main bola kat padang dekat-dekat Muzium Shah Alam tu. Lengang jugak la. Bermakna orang-orang Shah Alam ramai yang balik kampung la. Jadi padang milik Adam sorang. Walaupun hujan renyai, gigih jugak budak ni bermain bola. Babahnye menemani. Lepas tu, pegi lepak kat 'Stesen keretapi Klang'..nak tengok Thomas katanya.
aksi penyerang

Penyerang dengan kumpulan lawan

Aksi 'menggelecek' bola

Adam & 'Thomas'nya

Sebelum balik rumah, singgah kejap kat Pasar Malam Seksyen 19. Cadangnye nak beli lauk untuk esok. Tak bermakna kitorang tak balik raya tak masak juadah raya tau. Tapi malangnye, gerai jual ayam dan daging suma macam nak tutup dah. Bekalan dah nak habis. Hmm..tapi takpe la, saya tak bercadang nak masak ayam atau daging pun. Muak lah!! Saya plan nak buat lain dari yang lain.. Ape dia?? Tunggu esok...(Macam best sangat!!)

Friday 4 November 2011

Raya tak raya..sama je..

Fenin..fenin.. ingatkan time nak raya je fenin...ni tak raya pun fenin jugak..
Bila saya hitung balik, jumlah kain yang tengah waiting list ni, lagi banyak dari yang saya terima untuk raya pose 2 bulan lepas.. Saya baru plan nak cuti sebulan dua, nak concentrate kat anak.. Tahun depan dah masuk tadika, saya target Adam Haris dah pandai mengeja time tu.. Tapi dah berapa bulan saya seakan mengabaikan dia, busy lebih ke kain-kain saya.. Kesian anakku..

Saya tak berani nak speeding, bimbang kualiti terjejas. Memang cara kerja saya akan concentrate dan mungkin kadang-kadang sedikit lambat. Saya utamakan kualiti. Tapi sekarang ni nampak gaya, demi kualiti, seluruh masa lapang saya cuma untuk menjahit. Saya cuba gunakan mesin juki saya, tapi saya belum 100% mampu mengawal jahitan saya, especially part-part macam leher, kekek, lekuk2 etc.. Bagi penjahit part time macam saya ni, banyak wooo, setakat ni dah lebih 40 pasang menanti.. Tu belum lagi yang dah merisik-risik, nak hantar se'team' untuk rombongan kenduri yang warnanya senada dan seirama. Adoyai..ada yang suggest saya pi sub kat indon part-time untuk jahit kain-kain saya..weh ape cite tu?? saya part time kena hire lagi satu part time.. Idok le!! Saya kurang selesa berkongsi hasil tangan dengan orang lain. Lain lah kalau saya dah buat full time, itu pun setakat jahit sembat aje yang saya PERCAYA untuk sub kat orang lain.  

.................................................................................................

Ni baju tempahan bos opis saya. Sebelum ni dah ada sehelai untuk 'test-drive'. Yang 2 pasang ni kira balance hari tu la. Baju raya haji katanya.

Baju kurung biasa je


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...