Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 30 May 2011

Adam Haris dan Taska II

Saya cuti hari ni.. ye lah first day anak masuk asrama..eh silap..first day masuk taska..
Pagi-pagi lagi saya dah kejutkan Adam untuk mandi. Biasanya dia ke rumah babysitter dengan busuk masam liur basi sekali. Tapi kali ni, ke taska harus dibiasakan dirinya bangun awal dan mandi. Senang bila dah sekolah esok.

Persiapan dari semalam lagi..
1. Tagging nama kat beg
2. Tagging nama kat towel mandi dan towel kecik
3. Label kat bekas susu tepung (5 scoop = 250ml)
4. Baju takde lengan 2 pasang
5. Baju ada lengan 2 pasang
6. Pampers standby 2 helai
7. Bedak
8. Sabun Carrie, berus gigi, ubat gigi (dalam bakul)
9. Bantal busuk (tak boleh bawak gi taska)
10. Botakkan Adam

Kepada anakku, semoga jadi anak yang soleh. Dekat taska, jangan nakal-nakal, dengar cakap cikgu dan belajar jadi seorang yang berdikari.


Tagging nama kat towel Adam
supaya tak tertukar dengan kawan2 lain
Sulaman ni guna built-in in my NV50 ;)


Saturday 28 May 2011

Beli buku untuk baca, bukan simpan

Wah-wah tajuk entri, macam bebelan mak kita dulu-dulu je..

Betull lah tu, beli buku untuk dibaca ye tak, kalau takat nak simpan baik tak payah beli.. membazir je :P

Ni baru nak masuk inti sebenar entry ni. Semalam terbang RM87.80 semata-mata nak beli satu buku jahitan di MPH Subang Jaya. Teach Yourself Visually - Fashion Sewing by Carole Ann Camp. Saya tertarik dengan sebahagian isi kandungan buku ni. Untuk mereka-mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hobi menjahit ni sesuai lah sangat memiliki buku ni sebabnya penerangan diberi dari A to Z. 

Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang menarik hati saya, tapi disebabkan rege yang tersangat 'murah', baca free dulu lah buat masa ni. 

  


Kalau ada bajet lebih, bole la beli
tak rugi..(kalau baca & praktik le)

Lagi investment ku

Peasant dress pun ada

Step mudah je.. Bole try

Chapter ni yang menarik perhatian saya
Dari mengukur seluar, ke menjahit ke alteration seluar
semua ade..
(Hint : projek akan datang)

Wednesday 25 May 2011

Nota untuk anak mama

Semalam lepas keje, mama, babah & Adam Haris pergi ke Pusat Jagaan Al Hafiz untuk registration. Registration fee RM50. Alhamdulillah, lega mama sekarang, sebab Adam dah ada orang yang nak jaga. Tak kisah la ramai budak kat situ, satu hari nanti bila Adam sekolah pun ramai budak jugak. Apa nak kisah..rakan sebaya..

Sekurang-kurangnya ni exposure untuk Adam, belajar bergaul dengan kawan-kawan, belajar bercampur orang, belajar bersosial dengan orang selain mama dan babah, belajar berdikari dan banyak lagi lah. Kalau sebelum ni makan asyik mama suap, kali ni Adam kena belajar makan sendiri. Anak mama dah besar kan.. Insyaallah tahun depan dah masuk tadika. Ada cikgu Ju, cikgu Wani, ramai kawan-kawan, boleh belajar Alif Ba Ta, ABC, 123, main kaler2.. Doa mama buat Adam, semoga jadi anak yang soleh dan pintar. Amin..

Tuesday 24 May 2011

Blaus/Kemeja

Rasa bersalah je, ambil masa yang agak lama hanya untuk menyiapkan sehelai blaus. Sebab ada satu masalah, tak lah besar mana..masalah ape?... masalah nak buat kolar.. bila tengok kat kemeja kolar yang saya ada, nampak macam senaaang je, bila dah try buat sendiri, baru tau susah senangnya.. Anyway.. ini satu pengalaman dan lesson baru untuk saya.. Alhamdulillah, hasilnya kemas jugak, cumanya buat kali ni, kolar one-piece aje la.. it's ok, next time akan improve lagi..

Tempahan opismet saya, kak Mahidah, dia dah lama mintak saya jahit blaus yang ada kolar dan butang depan. Lengan tiga suku. Belum bagi kat tuan dia lagi, tunggu Pay day... :P

Puas menelaah buku-buku, inilah hasilnya.. Toke-toke jahit..sila komen...


Adam Haris dan taska


Di restoran Antan Batura, Tasik Shah Alam


Sejak minggu lepas, fikiran saya tak tenang. Cuti sekolah ni, babysitter Adam nak cuti 2 weeks full. Then dalam September nanti, on maternity pulak. Siapa la nak jaga Adam ni.. Nak bagi neneknya jaga, jauh. Nak ambil cuti tahunan, masak woo..2 minggu tu. Saya terfikir nak letak Adam kat taska. Mula-mula ingat nak letak dalam 2 minggu tu je, tapi alang-alang 2 minggu, baik letak sampai dia masuk tadika.

Sabtu baru ni, balik dari kenduri kawin, saya paksa cik abang round sekitar Seksyen 24 ni.. Nak ambik contact number tiap-tiap taska yang ada. Macam tak caya je, 2 taska je yang saya jumpa. Petang tu jugak saya call nombor telefon kedua-dua taska. Alhamdulillah, saya prefer satu taska tu, Pusat Jagaan Al-Hafiz.. InsyaAllah lepas keje petang ni, saya nak pi jumpa owner taska, isi form suma.. Lokasi pun dekat dengan rumah.. Dalam masa yang sama kanak-kanak di sini, akan dia ajar basic Taski Abim. Tahun depan Adam Haris dah start tadika.. so Pusat Jagaan ni ekceli pun buat transit untuk kanak-kanak 5-6 tahun yang belajar kat Taski Abim di belakang Pusat ni je.. Tak payah saya risau tentang transportation Adam Haris balik rumah.. Cantekk la..

Wednesday 18 May 2011

Hari ni Rabu ke Senin?


Hmm.. penangan cuti 4 hari berturut-turut.. Hari ni dah Rabu tapi rasa Senin sangat..
Takde mood nak keje.. nak cuti aje...

Pagi tadi bangun tido sejibik macam zombie..

Tuesday 17 May 2011

Maternity Dress Leher ala Kimono

Saya ni tak dilahirkan dengan kekreatifan, maksud saya, tak cukup kreatif untuk mereka fesyen-fesyen.. cumanya mungkin lebih dari segi kesungguhan terutama untuk mencuba sesuatu yang baru.. sebagai contoh customer saya kali ni, mintak saya jahitkan baju mengandung 4 pasang, tapi fesyen baju diserahkan 100% kepada saya.. adusss..lemah den.. kalau saya diberi contoh fesyen yang nak dibuat, insyaallah akan saya usahakan sampai berjaya, tapi kali ni, segalanya bergantung pada saya.

Syukur la, saya ada stok buku-buku jahitan dan buku fesyen yang banyak.. ada jugak tempat untuk saya buat reference dan cari idea. Telek punya telek, at last dapat la idea untuk jahit dress mengandung dengan leher ala-ala kimono gitu. Kat bawah tu, macam biasa la pesen uniform ibu mengandung, kembang semangkuk. Thanks pada buku Rosita Jaafar dan nota dari Azura.


Dress ni takde zip.
Belah kimono tu saya jahit asing (tak sambung) so boleh bukak
supaya tak ternganga, saya jahitkan 3 biji butang katup
  

Maternity Dress Leher Butang 5

Lately ni, saya sering dilanda penyakit M.. malas dan migrain.. 2 perkara yang cukup saya benci, tapi tak boleh dielak.... bab migrain jangan cakap la, bila dah kena langsung tak boleh nak buat apa.. makan ubat dan tido lah jawabnya..

Nak share lagi hasil kerja Azurina Indah.. maternity dress yang kedua sepanjang Azurina mengambil tempahan..

Tak nampak macam dress sebenarnya tapi lebih ke jubah.. saya pecahkan pola kat garis dada untuk melebarkan bahagian bawah. Kalau diperati balik, sebelah bawah tu sebenarnya cutting A line je. Baju tak ada zip, leher bulat dan ada 5 biji butang bungkus. Yess..butang bungkus lagi.. TQ naiz.. Tali ikat saya tak attach langsung ke baju, tapi saya attachkan ke butang di kanan dan kiri baju, so tuan tanah ada choice nak pakai tali ke tak..


Sunday 15 May 2011

Baju Kurung nan Indah

Sebok gak nak nyelit.. ini first time saya jahit baju kurung sendiri siap dengan label.. nak merasa pakai brand Azurina.. rasa macam beli kat kedai aje..eheheh!!

Hujung minggu depan ada kenduri, nak le pakai baju baru.. iyelah, senang dapat jahit baju sendiri ni, geledah almari jumpa le kain pasang yang sekian lama tak berusik.. kesian kat ko kain..!! Minggu depan kita gi kenduri ye..

Tunjuk tekak aje udah ler ye

Saturday 14 May 2011

Kurung Moden Ayu

Lagi hasil kerja tangan Jarumasindah a.k.a Azurina Indah, sepasang kurung moden yang ditempah oleh opismet Cik Ayu eh silap Puan Ayu, orangnya seayu kain bajunya jugak, bunga-bunga biru dan putih di taman tasik andalas corner (teringin pulak nak makan black pepper steak kat andalas corner nih..

Baju kurung moden ni, cutting biasa je, leher bulat dan ada belah macam baju kurung biasa, zip sorok belakang, kain pun kipas belakang.

Aku dan Megi

Rutin biasa saya..cuti tapi tak cuti sebenarnya..pulun jahit baju-baju tempahan yang berlambak ni.. Isnin depan saya cuti, bermakna saya ada 4 hari, untuk tekan minyak habis-habisan tapi tak la laju mana, setakat 80km/j udah ler, perasaan cuak dan fobia eksiden kete tahun lepas masih fresh lagi (keluar topik dah)..

Malam tadi lepas makan malam lebih kurang pukul 8.30 mlm, konon-konon nak lepak-lepak manja kejap, berulit ngan bantal busuk dan bantal guling penyek, shedappp sangat.. tonik la kononnye, nak tekan minyak jahit baju kan.. sedar2 aje ada dunia dah gelap gelita dan mamat kecik kat sebelah aku tengah buat liur basi. Tengok jam dah pukul 1 pagi rupanya.. Wah..pengembaraanku tadi dah terlajak rupanya.. dari lepak manja ke buat taik mata :P

Saya gagahkan diri bangun dari tidur, berus gigi dan buat secawan milo untuk menghilangkan ngantuk.. Lapar pulak.. tengah-tengah malam macam ni alangkah sedapnya dapat makan megi.. Jadi.. apa tunggu lagi..Tara... complete dengan telur mata sekali.. NIKMATNYA....!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday 8 May 2011

Maternity Blouse lagi

Lagi blaus mengandung..
Asyik jaet baju mengandung je lately ni.. Tukang jaetnya bila la nak mengandung ye..??

Ekceli ni blaus tempahan Nurul Insyirah yang kecik molek jugak, ni blaus yang ke-2. Ada hutang 2 lagi untuk maxi. Pattern standard la, cutting empire, tapi untuk memuatkan perut boyot ibu mengandung, saya tambah pleat dalam lebih kurang 12 inci.. Tangan kembang di hujung. Butang di belakang leher. Harap2 muat la pakai sampai minggu ke-40 ye.

Maternity Peasant Blouse

Dalam entry sebelum ni, ada saya post tentang peasant blouse untuk budak, kali ni untuk mak budak pulak. Pattern sama, cara potong sama, cara jahit pun sama, bezanya kali ni besar sikit dan dijahit getah betul-betul di empire line (garis bawah cup bra). Tapi sebab model saya si Fasha Sandu ni kurus kering, peasant blouse ni nampak macam size xxxxxl pulak. Nampak buncit kan Fasha Sandu ni, dalam tu ada bantal busuk Adam Haris, pinjam jap untuk bagi perut kat Fasha, preggy la konon-kononnye...

Baju ni selesa dipakai oleh mak-mak buyung, salah satu sebab leher yang agak luas. Sejuuuk... Lengan pulak tiga suku, kat hujung tu pun saya letak getah yang agak longgar, senang nak selak time misi nak check blood pressure :P

Tuan punya baju ni kecik molek aje, Cik Ira kite, pasni takyah susah alter baju yang readymade tu ye...
Maternity peasant blouse

Baju Kurung Lagi ...Cik Ros

Ni baju untuk ros kiter.. katanya nak pakai masa kenduri adik dia June depan, theme color untuk family member ialah kelabu.. Baju kurung biasa jek, bila dah siap nampak lawa gak..

Tuesday 3 May 2011

Peasant blouse & pants ala-ala capri untuk si comel

Kalau perasan corak kain kat atas ni sama dengan corak maternity dress untuk Mama Yang (entri lepas). Memang ini tempahan dari orang yang sama pun. Kain hari berlebih banyak, so Mama Yang request untuk jahit 2 pasang baju untuk anak buahnya yang usianya setahun lebih. Jadilah seperti yang dalam gambar.

Ekceli ini first time saya jahit baju untuk gegirl. Plan asal nak buat dress ala-ala kembang gitu, tapi bila memikirkan yang pakai tu cenonet lagi, sesuai rasanya pakai seluar.

Pattern peasant blouse ni saya google dari internet. Senang aje stepnya. Body blouse guna kain bercorak, lengan puffy tu guna kain polos sama dengan kain seluar. Pattern seluar capri tu pulak saya tiru seluar contoh. Tapi gaya-gayanya tak jadi capri, sebab macam labuh jek, sepatutnya labuh seluar capri 3/4 je. Untuk menambah kecomelan, kat hujung seluar saya jahitkan ala-ala rambu-ramba menggunakan kain yang sama corak dengan baju. 

Baju ni belum difinal-touchkan lagi. kat leher tu saya plan nak tambah dengan reben ikat. baru la nampak lagi comel kan.

....................................................................................................
Terbayang-bayang kalau saya ada anak perempuan, seronoknya dapat jahit dress/blouse yang comel-comel.. Tapi apakan daya, yang ada buat masa ni seorang hero yang tak suka pakai baju...Inilah dia Adam Haris...


Adam tak suka pakai baju la mama..


Baju Kurung Kain Sari.. Norlia punye..

NI baju kurung hakmilik my office mate.. Material kain sari almost 6m length. Tapi kain tak lah keras macam kain sari yang kilat-kilat tu, kain soft aje dan comfortable bila dipakai.
Saya jahit baju ni dengan kaki kain pada hujung baju, hujung tangan & hujung gaun.

Style tangkap gambar pesen baring, sebab bila hang kat hanger, colour nampak macam retro jek.

But my hubby says, baju ni very nice (kalau saya pakai..) huhuhu abg belikan adik satu bole la adik jaet pastu pakai untuk abang :P


Blur aje gambo ni kan..takpe la
Ni kurung biasa jek
Material kain sari


Sunday 1 May 2011

Assalamualaikum semua..

Selamat Hari Pekerja.. dan selamat bercuti..
Tapi saya tak reti-reti bercuti walaupun 1/5 ni adalah cuti buat saya dan anda.. sebab banyak tempahan yang kena disiapkan...

Semenjak posting saya pasal baju mengandung Mama Yang lepas, saya dihujani pertanyaan dan tempahan untuk baju mengandung/maternity ni, walhal itu dress mengandung pertama yang saya jahit sepanjang saya dilahirkan ke dunia :P. Latest, dah masuk 9 pasang..waduh-waduh..bila agaknya dapat jahit baju mengandung untuk diri sendiri ye?

Lagi satu request tempahan untuk dipakai untuk kenduri kawen bulan Jun ni, ye lah cuti sekolah kan masa tu.. Buat masa ni, pada kengkawan yang rasa-rasa nak tempah untuk time-time tu, minta maaf bebanyak, saya tak dapat ambil.. Kekangan masa.. Inilah namanya menjahit part time, saya kena set kuota yang sepadan dengan kudrat saya sebagai insan biasa. Satu perkara yang merisaukan saya, ialah tempahan baju last minute. Seboleh-bolehnya memang saya akan tolak, implikasinya kalau saya terima juga adalah kualiti baju tu nanti. Lagi satu saya tak gemar buat sesuatu secara terburu-buru, sebab untuk menyiapkan tempahan last minute ni, banyak benda yang harus saya korbankan, salah satunya ialah masa tidur saya :P.

Sempena posting saya di Labour Day ni, ingin saya war-warkan sekali lagi, tempahan raya 2011 ni dibuka hingga 31 Mei 2011 (Selasa). Start 1 Jun 2011, harap kengkawan bole carik tailor lain yek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...