Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 14 November 2013

Alif Haikal dah sebulan

14 November 2013, genap sebulan umur Alif Haikal. Dari 3.06kg dah naik ke 4.2kg. Sungguh semangat. Akal pun makin panjang. Dari tak nak baring kat tilam, Alif mintak diriba, lepas tu mintak didukung sambil berjalan-jalan pulak, panjang betul akalnye. 

Hari ni AI dan en Asben bawak Alif untuk vaksinasi. Kami pilih SALAM. Sebab dah jatuh hati dengan paed kat SALAM hehehhe.. Takde la.. Alang-alang company cover vaccination, baik kami pilih yang pakar di private hospital terus. Dah tentu jimat masa, tak perlu bersesak-sesak dan menunggu giliran yang lama. Layanan dan servis pun tip-top. Appointment pun boleh dibuat Sabtu dan Ahad. Masa paed inject Alif, sikit pun mamat ni tak nangis. Heheh..takde rasa sakit la tu.  

AI siap mintak sirap PCM, kut-kut la Alif demam ke lepas injection ni. Alhamdulillah, tak demam pun. Malah lagi nyenyak tidurnya. 

Ini la keje nya. Sampai rumah je terus tidur dengan nyenyak. 
Dah boolat anak mama!


Appointment card. Senang nak monitor sebab dah siap ada schedule.



Sepanjang sebulan berpantang ni, AI on and off aje buat stok susu untuk Alif. Ni pun dah macam nak conquer satu freezer. Tak lama lagi selamat tinggal ayam, daging, ikan, nugget, sosej, ice-cream etc. Bukan tak makan, tapi sebab tak cukup space. Stok susu akan me'rajai' seluruh space freezer yang ada. Alternatif harus difikirkan dari sekarang. Risau takde space nak simpan susu, Alif kena lah kerja lebih masa jadi pump natural untuk mama. Yang pasti supplement Shaklee sangat-sangat membantu. Setakat 5 oz pejam mata aje dah dapat hohoho. Mudah-mudahan misi mama nak susukan Alif sampai 2 tahun berjaya. Amin...
Azurina Indah

Monday 11 November 2013

Graduasi Prasekolah SK Seksyen 24 Shah Alam 11 Nov 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan kelas Pra Sekolah Adam di SK Seksyen 24 Shah Alam.

Sayang sekali mama tak dapat turut serta semasa majlis graduasi anak mama ni, dalam pantang lagi sayang.

Bangga sungguh melihat anak segak menggayakan jubah 'konvo'nya walaupun baru prasekolah. Hensem gak anak aku ni huhuhu!

Hensem kan Adam Haris..


Yang ni laagi hensem, takde gigi dua batang kat depan 


Sementara menunggu majlis penyampaian sijil dan beg sekolah


Dapat beg angry bird. Bole la guna untuk kelas darjah satu taun depan

Selamat bercuti kepada anak-anak sekolah semua. Kepada guru-guru, terima kasih kerana mendidik khalifah-khalifah kami. Semoga anak-anak ini menjadi insan berguna untuk negara satu masa nanti. Amin.

Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...