Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Wednesday 24 April 2013

Urinary tract infection a.k.a. kencing kotor


Salam semua.. Baca tajuk aje dah geli..uwekk... kencin la..mesti hancen... Jangan gitu..dah kena sok baru tau langit tu tinggi ke rendah... Kencing kotor ni dalam bahasa mudahnya bole la dianggap macam air kencing tu tak jernih, berkeladak  dan bersampah sarap.. Oh nooo...

Sedari Jumaat lepas AI menderita tak bleh shee-shee sepuas-puasnya. Mula-mula tu AI ingatkan macam biasa la, minum banyak air mesti settle. Tapi dari sehari ke sehari, waduhhhh ngakk tahan sih. Kaki pulak asyik cramp especially pukul 3-4 pagi, tau la haku peknen, tapi kalau boleh jangan la timbul penyakit time en.asben takde kat rumah ni. Hari semalam terhencot-hencot AI hantar Adam ke sekolah, sesunggguhnya cramp malam semalam, dah 'menarik' salah satu urat kat betis AI, sakitnye Allah je yang tau. Fuhh 2 in 1 lah,  kaki sakit dan kencing pun sakit.

Sudahnye AI gagahkan diri drive ke klinik. Disebabkan AI pregnant baru 13 minggu, Dr refuse nak bagi ubat untuk UTI ni, dia cuma prescribe ubat untuk kaki AI yang sakit. Wallaweh..Dr suruh AI minum 16 gelas air untuk menflushkan segala-gala yang menyumbat di dalam ni katanya. AI pun ikut laa.. Air barli pun AI teruskan minum. Sampai naik pening kepala ni, minum banyak sangat air. Tapi..hasilnya kencing tetap sakit, sensasi nak kencing kemain lagi, yang keluar hanya titisan-titisan... aduh.. Bayangkan satu malam AI tak boleh tidur, kerap ke tandas menanti aliran cik kencing yang deras..tapi nan hadoo..

Hari ni AI pegi semula ke klinik, Dr lain yang bertugas. Alhamdulillah, Dr buat urine test dan prescribe ubat-ubatan untuk AI. 

Nampak macam garam yang biasa Dr bagi kalau kita muntah-muntah tu kan. Sebenarnya ni Urinary Alkalinizer. Menurut Dr, bila kencing kotor, pundi tu berasid dan kuman suka duduk. So dengan consume garam ni, akan meneutralkan keasidan tu. Rasanya sangat shedap..macam eno pun ada, macam 7-up pun ada hehe...


Ni Buscopan tablet. Untuk mengurangkan rasa sakit kat ari-ari sekaligus melawaskan kencing. Tapi Dr kata ambil 'bila perlu' sahaja. AI seram 'bila perlu' ni. Jadi AI terus tak makan.


Ini plak Amoxycillin. Antibiotik yang selamat untuk ibu hamil. Disebabkan kuman-kuman dah duk dalam salur kencing ni dari Jumaat lepas, hambik! AI kena makan antibiotik ni 6 bijik sehari

Sedap je AI ngabiskan air garam perisa oren tu. Lepas dah settle segelas baru la rajin nak baca belakang paket tu.

"Drink after the effervescence has settled down to avoid eructation/belching."

Omangai!! Pebende plak..aku salah minum ke. Cepat-cepat bukak dictionary, maklum la kami bukan lulusan luar negara yang terer speaking berabuk dan berseleng. Fuh..lega.. effervescence=lebih kurang cam buih-buih la, eructation = lebih kurang cam benda tak diingini la, dan belching tu = sendawa cam bunyik hon kapal kah3. So, translation ayat di atas lebih kurang gini.. Sila minum lepas buih-buih tu dah abis bagi mengelakkan perkara di luar jangkaan atau burp berapi  hehehe.. Seyes sedap air garam ni, tak sabar nak tunggu dos seterusnya..

Pesan dokter:
  1. Kalau boleh elakkan 'ehem-ehem' ngan en somi dalam 2-3 hari bagi merehatkan salur kencing kita ye puan-puan
  2. Kalu dah tak tahan sangat nak 'ehem-ehem' gak, make sure kosongkan pundi kencing anda sebelum dan selepas 'bertugas' ye
  3. Selepas membuang tak kira yang kecik mahu pun besar, elakkan mengelap dari belakang ke depan. Ini bagi mengelakkan kuman dari anus dan faraj masuk ke urethra. Lebih elok 'pat dry'.
  4. Kalau Dr tanya kencing ada darah ke? Anda tak akan tahu selagi tak buat urine test, sebab kencing yang jernih pun kemungkinan mengandungi sel darah. So request for urine test.

Sekiranya kita hamil, akan lebih mudah dijangkiti kuman ini. Kandungan hormon yang tinggi menyebabkan muscle tone pada ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya menrenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. Dalam masa yang sama, rahim kita yang membesar menekan ureter lalu menyekat pengaliran air kencing. Air kencing wanita yang hamil juga lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat hormon). Ini lebih memudahkan kuman untuk membiak. 


Huhu..permulaan entri perubatan ibu-ibu hamil. AI sekadar berkongsi. Kat luar sana ramai ibu-ibu hamil yang senasib dengan AI. Mungkin ada yang dah biasa kena, ada yang first time kena. Yang penting bila dah kena jangan ambil mudah. Dalam rahim anda ada satu nyawa yang perlu anda utamakan keselamatannya. Lebih baik jumpa doktor dari hanya berkira-kira dan mendengar dari mulut orang. Prevention is better than cure!

Adioss..

Tuesday 16 April 2013

AI kini bercuti ye

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Huaa...lama sungguh AI tak jenguk blog. Sebelum ni pernah tak jenguk, tapi tak pernah sampai dekat 2 bulan, paling lama 2 minggu.

Hari ni Alhamdulillah Allah dah beri kekuatan pada AI menjenguk seketika blog AI yang tak seberapa ni. Blog ni merupakan sebahagian komitmen dalam hidup AI tau. Iye lah, dari blog ni lah AI kenal ramai kawan baru yakni customer-customer AI semua. Tanpa korang, takde makna blog ini (Cewah!!)

Dengan sedihnya, AI nak publishkan di sini bahawa tempahan segala jenis pakaian telah pun ditutup tapi bukan untuk selama-lamanya. InsyaAllah tahun hadapan akan buka semula. Asalnya AI dah sediakan 'marquee font' kat bawah header blog, tapi takde sapa perasan kut cenonet sangat font nya.

Ngape tutup?? Frustnye!! Sedihnye!! Tak best la macam ni! Raya tahun ni nak pakai baju apa!! 

Hehehe..inilah antara dialog-dialog a.k.a. rungutan-rungutan yang AI terima semenjak tempahan dah ditutup. Sian korang.. kalau AI larat, sure AI tolong. AI pun serba-salah nak tolak/nak pulangkan tempahan kawan-kawan semua. Apakan daya mandat untuk menjahit telah ditarik-balik oleh en Asben dan family. Depa nak suh AI berehat sepuas-puasnya.

Ada juga customer AI yang tak nak ambik balik kain sebab susah nak cari tailor yang 'ngam' katanya. Derang dah serasi dengan air tangan AI dan sanggup tunggu sampai tahun hadapan. To you all, Insyaallah bila dah sihat sikit, AI sure akan settlekan baju-baju korang. Dont worry! AI sayang korang!

Ngape tak terima tempahan dah? Raya lambat lagi, takkan selai pun tak boleh, tolong laa kami AI..

Lagi keluh-kesah dari kawan-kawan tersayang AI... Ngape? Ngape?


Pergh..berbulu nak menjawab setiap SMS dan e-mail. Sebenarnya AI cuti menjahit sebab AI tak larat sangat-sangat, alahan mengandung. Uwekk..Uwekk.. Hehehehheh... Anak keberapa? Anak kedua. Dah terjawab soklan?? 

OK itu aje untuk kali ni...Babai..
Azurina Indah

Ini aje lah yang tinggal

Antara gambar-gambar perapan yang baru sempat diblogkan....


 Baju-baju tempahan Pn Kaabah


 Baju atas dan bawah ni tempahan kak Lin my opismet
Her first order with me.

Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...