Huaa...lama sungguh AI tak jenguk blog. Sebelum ni pernah tak jenguk, tapi tak pernah sampai dekat 2 bulan, paling lama 2 minggu.
Hari ni Alhamdulillah Allah dah beri kekuatan pada AI menjenguk seketika blog AI yang tak seberapa ni. Blog ni merupakan sebahagian komitmen dalam hidup AI tau. Iye lah, dari blog ni lah AI kenal ramai kawan baru yakni customer-customer AI semua. Tanpa korang, takde makna blog ini (Cewah!!).
Dengan sedihnya, AI nak publishkan di sini bahawa tempahan segala jenis pakaian telah pun ditutup tapi bukan untuk selama-lamanya. InsyaAllah tahun hadapan akan buka semula. Asalnya AI dah sediakan 'marquee font' kat bawah header blog, tapi takde sapa perasan kut cenonet sangat font nya.
Ngape tutup?? Frustnye!! Sedihnye!! Tak best la macam ni! Raya tahun ni nak pakai baju apa!!
Ada juga customer AI yang tak nak ambik balik kain sebab susah nak cari tailor yang 'ngam' katanya. Derang dah serasi dengan air tangan AI dan sanggup tunggu sampai tahun hadapan. To you all, Insyaallah bila dah sihat sikit, AI sure akan settlekan baju-baju korang. Dont worry! AI sayang korang!
Ngape tak terima tempahan dah? Raya lambat lagi, takkan selai pun tak boleh, tolong laa kami AI..
Lagi keluh-kesah dari kawan-kawan tersayang AI... Ngape? Ngape?
Pergh..berbulu nak menjawab setiap SMS dan e-mail. Sebenarnya AI cuti menjahit sebab AI tak larat sangat-sangat, alahan mengandung. Uwekk..Uwekk.. Hehehehheh... Anak keberapa? Anak kedua. Dah terjawab soklan??
OK itu aje untuk kali ni...Babai..
0 comments:
Post a Comment