Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 23 January 2012

Cerita kami sempena cuti Raya Cina

Salam...


Pergh...seronok bercuti? Saya seronok...Kali ni bercuti kat PD je.. Kaum Tionghua kongsi pacai, saya dan hubby kongsi duit bayar petrol dan tol  :D. Kami stay di Sri Menyinsing Apartment, Sime Darby nye. Tiga hari dua malam...(macam rancangan tv plak..) Kira ok gak weh apartment tu, sebab saya golongan marhaen yang bukan high taste... pada yang taste lima bintang, jangan la cuba-cuba ke situ ye, situ bukan tempat anda.. Hehehe..


Berkat planning yang betul, Alhamdulillah perjalanan pergi balik sangat lancar, takde stuck kat memane jam.


PD...kami datang!!!
Bila kat pantai, aktiviti wajib takyah tanya la... mesti la mandi, menung2, tengok orang dan membina istana pasir di pantai seperti mana yang Adam buat..


Namamu terukir di pantai hatiku


Adam dan babah yang selebet (hahhahaha)

Adam dan mama yang kiut (perasan)




Mama dan adam sedang melawan ombak (kat tepi je)


Indahnya...Subhanallah..
********************************************************************************
Ni saya tepek wajah dalaman Apartment Sri Menyinsing, untuk kengkawan Sime Darbian yang belum pernah pegi...tapi sekali lagi amaran keras...bukan untuk mereka-mereka yang taste lima bintang ye..


Apartment ni ada 2 bilik besar dan satu bilik kecik. Access untuk ke pantai dekat je. Saya cuma frust dengan tempat parking kereta, penuh dengan semak samun, kalau compare dengan banglo exec, nampak agak terabai. Tapi wajib lah bersyukur dengan apa yang ada..Alhamdulillah... 


Bab makan, saya dan family pegi kat kafeteria Pantai Purnama je, dekat je kalau jalan kaki menyusur pantai. Mula-mula plan nak order makan kat akak caretaker ni, tapi dia macam mengelak je, hari saya kat sana, nampak ramai sedara maranye, mebi sebab tu dia malas nak masakkan untuk orang lain. Di apartment ni juga ada disediakan swimming pool. Memang syorga untuk Adam la, manjang nak mandi 'sungai' tak kira siang atau malam.


Bilik memang selesa, siap kipas dan aircond

Kebetulan kat unit saya, tv rosak, so malam time melopong aje la
Hubby nak tengok bola, kena turun tengok astro kat hall


Swimming pool hoccay! but to deep for kid like Adam

Sekian....



Sunday 15 January 2012

Lagi satu!!

Assalamualaikum...


Rajin lak aku mengentri.. bila ada modal idea kalau boleh sehari berkali-kali mengentri....diary di alam maya la kunun...


As at today, mood menjahit Alhamdulillah sungguh mengujakan..dapatla gak mengerat beberapa pasang baju.. Esok tatau la..huhuhu...


Salah satu nye dah siaaappp!!!(sambil senyum lebaar menampakkan gigi yg tak cukup 32)

Sonang je nak jaet, tak perlu pening-pening kepala. Cantum guna serger je, tang leher sajork yang guna my NV.


Kain diperolehi hasil pengorekan gobok yang telah bermula sejak semalam. Kalau dihitung, kain-kain kat gobok saya ni cukup nak buat kedai (ciss..).


Material lycra, corak polka dot

Labuh dlm 35" tp still tak potong bahu

Leher bulat senang nak handle

Tangan getah, tapi tak berapa kemas
perihal malas nak godek-godek setting huhuhu

Saturday 14 January 2012

Setelah sekian lama....

Salam Sabtu... 


Lemau je rasa ari ni... maybe sebab start celik mata pagi tadi je, dok ngadap kain je... (p/s: lepas celik mata, mandi, gosok gigi & solat dulu taw..). Nampak kain macam tak banyak, tapi nak mengerjakan satu persatu, yang Maha Esa je tau betapa lemaunye saya.. Siap sepasang, ada lagi sepasang dan lagi dan lagi seterusnya.. Isy..tak baik mengeluh..ini rezeki dariNya..cuma kena berusaha sikit untuk mendapat hasilnya.. 


Saya kengkadang jeles tengok baju-baju yang dah siap..lawa je, tapiii OLANG punye!! Saya nak jugak..tapi jawapannya selalu memang tak sempat..


Disebabkan cuti Raya Cina nanti saya dan family ada plan, saya memaksa diri jahit selai untuk diri sendiri.. Ye la..kehulur kehilir asyik pakai T-shirt je, blouse2 yang ada semua dah 'kecut', dapat sarung paras ketiak je :P


Selongkar-selongkar gobok, jumpa la lain lycra 2m, plannya dulu-dulu memang nak buat blouse, tapi memandangkan badan asyik mengembang, plan asyik tertangguh..




Blouse biasa je, labuh 30" sebab tak potong bahu

Kononnye nak buat leher bulat biasa, terbabas plak..
tapi still selesa 

Hujung lengan getah je, simple :P
Disebabkan kain lycra ni kebiasaannye bidang 60", makanya ada lebih sket dalam setengah meter gitew..cukup sangat nak buat baju bebek saya... huhuhu..jangan tak tau, uniform peberet saya kat umah tau..cemana ghupenye?? sexy wooo..

Friday 13 January 2012

Kurung moden Anum da siap!!

Tensen je saya... beberapa hari internet lembap giler..tak dapat nak perasan sengsorang dalam blog... puncanya.... P1 saya dah cukup quota... dan hari ni segala-galanya indah belaka... dapat quota semula..ni sumer gara-gara download youtube katun Thomas & Friends untuk Adam tempohari..

Saya tepek baju tempahan Anum.... dua-dua kurung moden, tapi yang peach color ni je yang dapat saya buatkan cuff.. Yang color hijau tu, tak dapek la..time tu xde idea cemana nak wat cuff dengan kain sulam riben ni... Lepas google-google merata, baru ler ku paham cemana nak buat...


Ni baju yang color peach.. baru je siap.. saya susun bunga sulam kat bawah baju
kain plak pesen kembang payung jek

First time buat cuff lebar giler camni..
Lepas letak butang, nampak comel plak

Sulam riben

Ni leher ape tah..diamond ek??
************************************************************************
Kurung moden yang ni kaler ijo

Leher bulat jek

Kain belah 8

Sekian.....



Monday 9 January 2012

mmm....Hujung minggu yang millenium

Assalamualaikum...


Ntah hape-hape tajuk entri saya hari ni.. tergaru-garu kepala kejap, hujung minggu yang millenium...heheh...


Ekceli semalam pi lawat adik bongsu saya yang tengah mengikuti kem latihan PLKN kat Beranang.. nama kem ni Kem Millenium.. see.... sebab tu lah tajuk entri ni macam ni...



Alkisahnye...kem ni dulu tempat Diana Danielle berPLKN..hmm..ada aku kesah?? Yang penting tahap keselamatan kat sini, waktu melawat hari Ahad sahaja. Masa tengah tulis nama kat log book, memang saya peratikan, petugas-petugas akan memeriksa setiap beg yang bertutup. Kalau setakat bawak rambutan dalam 'kompek' dorang tak cek. Pada pendapat saya, bagus jugak adanya kem macam ni, dapat melatih remaja-remaja jadi lebih kuat dan independent as well as berdisiplin. Takat gambar sekeping kat atas ni je yang saya ingat snap, tengah hujan renyai-renyai..Dewan makan plak nuunn jauh di sana...


**************************************************************************


Selingan....
Baju kak basya..Tuan punya dah nak bersalin dah, baju baru siap..ampuunnn...
takpe, lepas pantang boleh pakai baju baru ye...




****************************************************************
Kurung biasa..tempahan adik opismate ku... 






Wednesday 4 January 2012

First day @ Taski Abim Seksyen 24 Shah Alam

Salam..


Hari ini debaran berakhir..macam nak menikah pulak bunyiknye...
Adam dah sedang enjoy di kelasnya.. Saya sebagai ibu, rasa sebak sangat..pagi tadi masa menyiapkan Adam, menitis dah airmata, tapi dapat kusorok dari cik asben..Masa sampai kat Taski, dalam kete pun menitis gak airmata. Time hantar Adam masuk kelas menitik air mata lagi. Tengok dia enjoy main plastisin (betul ke ejaan??) pun menitik lagi air mata. Sekarang tengah update blog pun, mata tengah berair tau!! Cengeng betul Mama Adam ni.. Anak masuk tadika pun, nak nangis. Tu belum further study kat oversea lagi tu...


Saya nangis bukan sebab sedih, tapi gembira sangat-sangat.. Anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, tak sangka dah besar, dah cukup umur nak masuk tadika. Dah masanya menimba ilmu, walaupun cuba syllabus level tadika. Dah masanya anakku bergaul dengan rakan sebaya. Alhamdulillah, sepanjang saya di Taski tadi, tak ada sikit pun Adam mengeluh atau merengek. Dia sendiri rasa teruja, tengok kawan-kawan yang pakai baju sama dengannya. Dia confident bila saya tinggalkan. Lagi pun ramai kawan-kawan setaskanya kat situ.    


Aksi anakku sebelum pegi sekolah

Adam dalam kelasnya

Taski Abim Seksyen 24 Shah Alam

Kelas Ummu Sulaim



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...