Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 28 June 2012

Online order dah selamat dipos

Entri takde mood :( 
Migraine..
Tapi gatai gak nak mengentri..
Kurung asli


Kurung asli


Saturday 23 June 2012

Laptop Mama vs Laptop Adam

Dua tiga hari ni, tiap kali balik sekolah Adam asyik mengadu kawan sekolahnya ada laptop, dan dia pun nak sebijik. Aduss...saya plan memang nak belikan, tapi sebagai hadiah birthdaynya nanti. Tak lama pun, bulan Ogos nanti je. Kesian la pulak. Jadi, lunch time semalam, saya gigihkan diri pegi Carrefour Subang walaupun malas nak jalan sebenarnya. 

Mula-mula sekadar nak survey harga, sebab tengok kat internet pun harga boley tahan..mahal. Saya compare ada dua tiga jenis jugak yang jual kat sini, harga lebih kurang. Tapi yang tak best nya, semua Made in China, skrin pun cenonet. Standard la tu agaknya, kalau beli kat tempat lain pun, sure jumpa kualiti yang sama. Harga yang ni RM70 sebijik. Macam-macam fungsi ada.. belum diteroka lagi sepenuhnya.

Ni Adam punye

Ni mama punye

Berbesar harapan mama lepas ni, Adam tak interrupt mama surf tenet, sebab nak tengok Thomas & friend movie nya.. :P

Ni Adam punye ye...Pi main jauh-jauh

Leptop buruk mama

Tuesday 19 June 2012

Gulai lemak cili padi versi jerebu

Hari ni nampak macam keadaan jerebu dah beransur surut di kawasan Lembah Klang ni, walaupun masih ada sipi-sipi lagi. Best jugak sekali-sekala ada jerebu nih, rasa macam duduk kat kawasan tanah tinggi je, berkabus gitu.... Tapi takde bau fresh, yang ada cuma bau asap.. Ngeh3!! 

Saya ni plak agaknye bila tiba je musim jerebu, mesti rajin masak..asal rajin masak je mesti tiba musim jerebu.... Sebab itulah entri hari ni pun pasal masak, walaupun saya ni tak pandai masak pun. Setakat nak simpan gambar lauk saya kat diary maya saya ni, bole laa...

Gulai lemak cili padi woo...pedas..tapi kalau Azurina yang masak, mesti jadi tak pedas. Semenjak ada anak, saya dah jarang sangat masak masakan yang pedas-pedas, kesian nanti si comel ku tak dapat nak makan. Minggu lepas opismet bagi udang setapau kecik je. Just nice, sebab walaupun isi rumah saya ada tiga, tapi saya sorang je yang pembedal udang, lagi dua tu gatal-gatal maaa! 

Gulai saya ni special sikit, gulai lemak udang bersama ikan.. Hehe..udang untuk saya manakala ikan untuk Adam dan babahnya.  Masa saya taip entri ni, Adam tengah mengadu GATAL!! Ayyooo...


Seperti biasa, resepinya...
GULAI LEMAK CILI PADI UDANG@IKAN
VERSI AZURINA

Bahan-bahannye (anggaran untuk makan 3 beranak):
2 ekor ikan saiz sedang atau
*Udang secukupnya 
2 biji bawang kecik
1 ulas bawang putih
Halia sedikit
Kunyit (serbuk pun ok)
Sebatang serai (ketuk)
Cili padi agak-agak le
Santan
Garam
Asam keping/Asam belimbing

Cara-caranye:
Tumbuk halus bawang-bawang, cili padi dan halia.
Masukkan santan, kunyit, bahan tumbuk dan serai dalam periuk.
Biar mendidih. Kalau guna santan hidup, kacau2 supaya tak pecah.
Bila mendidih, masuk la ikan/udang dan asam.
Rasakan masin dan masam.
Dah siapppp.

Versi udang untuk mama

Versi ikan kembung untuk Adam dan babah


Sunday 17 June 2012

Gerang Asam Melaka @ Asam Pedas Daging Tetel

Orang-orang Melaka jangan mare...orang Sabah masak Gerang Asam anda...Gerang Asam tau! bukan kurang asam. Dah lama saya kepingin makan asam pedas ni. Lagi-lagi pulak masa saya dan family pegi Space U8 hari tu, kitorang lunch kat food court situ. First time makan asam pedas daging. Fulamak, bukan setakat tak sedar mak mentua lalu, laki jeling awek lain pun dah tak perasan dah. Ngeh3..

Resepi dah lama saya salin dari sini dan sini, tapi macam biasa la kena tunggu cuaca baik baru la boleh beroperasi. Kebetulan, semalam cuaca saya sangat baik dan oleh itu, operasi masak memasak berjalan seperti sediakala. 

Menurut abg google, gerang asam ni merujuk kepada daging yang dimasak asam pedas. Kalau ikan, dipanggil asam pedas ikan. Daging yang sesuai digunakan adalah daging tetel, sapa tak tau daging tetel sila angkat kening! Daging tetel ni adalah daging yang ada lemak sikit-sikit tu, biasanya kita guna untuk masak sup dan daging goreng cili padi. Kalau sangat-sangat tak sure yang mana satu, silalah ke pasar malam berdekatan rumah anda, dan tanyala kat pakcik daging tu ye! 


Gerang Asam Daging Tetel

Sebenarnya kalau kita google, bermacam-macam idea/pendapat tentang masakan ini. Ada yang kata masakan ni asalnya adalah Masakan Nyonya Melaka, ada yang kata asal dari Nyonya Penang. Apa pun, rasanya memang truly shedap!! Tak kisah la asal dari mana, janji saya suka!!


Basic resepi sama macam nak masak asam pedas biasa, yang berbeza cuma tambahan beberapa rempah ratus. Yang kat bawah ni, resepi yang saya olah sendiri, saya tak follow 100% dari google. Jom la try!!

Bahan-bahan (sukatan men agak-agak je) :

Daging tetel secukupnye (rebus dan simpan air rebusan)
10 tangkai cili kering (diblend)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia
Semangkuk air asam jawa
1 sdth jintan manis
1 sdth jintan putih
1 sdth ketumbar
1 sdth lada hitam
2 biji terung purple, potong 4
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukupnya

Cara nak buat:

Sangai jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.

Tumbuk sekali bawang merah, bawang putih dan halia.

Tumis bahan tumbuk diatas sampai wangi. Masukkan cili blend. Biar agak wangi dan garing.

Masukkan daging yang dah direbus, terung dan air asam jawa. Masukkan jugak air rebusan (sukatan men agak2 je).

Bila mendidih tu, rasalah masin, manis, dan masam cukup ke tak.

Last sekali, masukkan daun limau purut.. bole lah dingap!!

Sekian...

** Ngape yang kat dalam gambar tu, macam gelap sikit??? Hehe... saya ni antu kicap, masak apa pun kena letak kicap. Tu sebab gambar kat atas tu kuahnye gelap :P





Dari Shah Alam ke Carey Island

Lama saya menung depan laptop ni, taktau dari mana nak mula. Lama benar rasanya tak hapdet blog sendiri.  Kan ape..mata saya tak tahan benar ngadap laptop lama-lama.. kejap tu rasa nyut-nyut dan membawa ke migraine. Dah le kat ofis ngadap pc 8 jam sehari. Ikut tajuk entri kat atas, ekceli lepas Shah Alam tu, ada Subang Jaya. Dari Shah Alam ke Subang Jaya ke Carey Island. Alkisahnya, baju kurung yang ditempah member kat Carey Island dah pun siap. 2 pasang kurung pesak gantung/pahang. Ngape sampai 3 lokasi disebut? Di Shah Alam baju diproduce, di Subang Jaya baju ditransit sementara tunggu apek datang collect, last sekali di Carey Island la lokasi ownernya. Heheh.. Ada-ada je la Azurina ni kalau merepek..



Comey sikit gambar kali ni
Kamera dah bole guna, sebab dah dpt bateri baru. Ngeee...

Material kain sifon. Takde lining.
kena la pakai dengan inner skali
Ni owner nya adalah kakak kepada si baju brown kat atas

Pesak Gantung

Monday 4 June 2012

Kurung-kurung moden dan Jalan-jalan UITM Jengka

Assalamualaikum...

Fuh..lama jugak takde posting dalam blog Jarumas Indah ni. Bukannye takde idea, tapi agak busy dan busy dan busy memanjang. 

Sekarang ni pulak musim demam, selsema dan batuk. Saya sendiri ni pun dari minggu lepas badan asyik 'dedar' dan sakit-sakit badan. Tengkuk ni rasa macam salah bantal, tapi tak salah pun. Hari ni terpaksa MC, saya tak sanggup nak jadi robot sehari suntuk, kepala tak dapek nak pusing kiri kanan, kepala pulak dah denyut-denyut.. Hmmm...umo dah nak kilauan emas la huhuhu!

Hari Sabtu baru ni, adik bongsu saya mendaftar di UITM Jengka, dia stay di situ cuma 4 hari dan lepas tu akan di transfer ke Kampus Kuantan pulak. Fuh..jauh siot!! Perjalanan tu rasanya tak bertemu dengan penghujungnya.. plus traffic jam, panas terik, sakit tengkuk, senang cite secukup rasa lah! Sungguh takdak mood nak snap-snap picture buat kenang-kenangan. Di masa-masa tak best macam ni, lupa segala lapar dan dahaga.. Kengkonon lepas tu nak ler singgah pekena patin tempoyak kat Temerloh, kalau-kalau boleh jumpa yang harga 15K sehidangan ke.. Kikiki.. plan hanya tinggal plan semata-mata..takpa..esok masih ada....

Baju-baju banyak yang dah siap, dan banyak yang dah terlupa nak snap... sayang seribu kali sayang, sentimental value tu ada, penat lelah terubat jugak bila tengok gambar-gambar baju tu dalam blog/FB saya, walaupun hanya selai seluar katak..hehehe..

Lepas check kat hp, adalah jumpa beberapa helai baju yang saya teringat nak snap hari tu..

Kurung moden biasa

*************************************************************************************************
Haa..pada sapa-sapa yang baru nak belajar melining baju, inilah salah satu stepnya. Menjelujur kain utama ke kain liningnya. Pada gambar yang saya snap ni, saya tak jelujur pun, panggil jahit apa tah. Takde maknanya nak jelujur, konfem kain ni akan melarikan diri jugak. Nak mengerjakan kain ni, memang sangat mencabar dan memigrainkan kepala ku. So saya gatherkan kain-kain tu dengan jahit serong-serong macam tu. Tobat..pasni dah tak nak amik upah jahit kain macam ni. 

See..lecehkan
So sekarang ada paham kenapa upah baju lining lebih mahal??


Ini lah hasilnye.. Berjaya jugak jadi sehelai baju..
Tepi-tepi baju, tangan dan kain, saya sudahkan dengan the finest serging.
Sesangat plain, so owner kena pepandai la make up kan baju ni.

**************************************************************************************************
Ini pulak baju kurung moden, owner sama dengan baju pepel kat atas ni.
Cuma baju sahaja, quite nice, beading kat body dan tangan.





Sekian....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...