Hari ni dan esok aje lagi budak-budak bercuti sekolah. Sebagai orang yang pernah sekolah dulu, teringat betapa bestnya cuti sekolah dan terlebih indah lagi kalau dapat pi jalan-jalan. Tapi dulu kan mak ayah orang susah, apakan daya, duk aje la kat umah.. Jenuh jugak saya reka plan untuk spend time dengan Adam sempena cuti sekolahnya yang pertama ni.. Sian gak, hari cuti pun kena bangkit awal, bersiap ke taska, timing sama cam hari sekolah. So, last Friday saya decide amik cuti dan bawak dia jalan-jalan, tapi ke tempat yang dekat-dekat aje la..
Tengahari tadi, we all pegi tengok wayang..Huhu.. dah lama banget rasanya tak tengok wayang. Kalau tak silap last sekali tengok midnight kat TGV Jusco Bukit Raja, masa tu filem Stealth..ala...time tu kalau tak silap, masih lagi tunangan cik hubby.. midnight woo..caya la, kalau mak bapak tau time tu, mati kena sembelih, kuar ngan bukan muhrim tengah-tengah malam.. (syy!! ckp slow2, nanti derang dengar)
Hari ni dalam sejarah idop Adam, tengok wayang. Sebelum ni memang terniat nak bawak, tapi risau kalau-kalau mamat wat peel dia kat dalam panggong tu huh..sakit woo... Alhamdulillah, dia lekat tengok cite SeeFood.. sonok dia..memula tu Adam macam tak berapa selesa gak, maklum la sound system kat dalam panggong cam korang tak tau, meletup sana sini..especially time preview filem-filem baru sebelum cite nak mula.. Lokasi pilihan aku kat MBO Space U8 Bukit Jelutong. Berbaloi la dengan harga tiket vs kualiti filem itu sendiri. Plus seat tak pack sangat..Just nice..
Saya sangat enjoy tengok fish kaler blue dan fish kaler olen itu |
0 comments:
Post a Comment