Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 23 December 2012

Adam buat baju dan drawing untuk nenek

Baju AI buatkan spesel untuk mak AI untuk pakai kenduri. Dua pasang je, satu kurung biasa, satu lagi kurung pahang. Dah lama mak AI request kurung pahang tapi AI tak cukup masa nak buat. Kali ni Alhamdulillah dapat gak AI siapkan untuk mak.


Kurung Pahang


Kurung Asli


Tara..... Ini pulak drawing Adam khas untuk neneknya. Sebijik kereta, brand apa, tak tau la..cam kete sport jek.. Nak belikan kereta betul tak mampu, dapat lukiskan aje cukup la..heheh


Cun jugak rupa kete ni.. Dah besar anakku, makin kreatif, suka melukis. Sekolah dah nak buka, Adam akan masuk kelas Pra Sekolah kat SK Seksyen 24 ni. Moga jadi anak yang berjaya dunia akhirat..Amin...


Azurina Indah

Puding Susu Buah-buahan

AI nak share kat sini resepi puding yang sangat sedap. AI sentiasa follow resepi ni, turun temurun dari my mummy.. Senang dan sedap.. Nak variety?? Olah la sendiri ye..


Puding ni kaler kuning, nampak sangat menyelerakan. AI buat untuk dibawak balik kampung.



Puding Susu Buah-buahan
Sumber : Resepi turun-temurun dari femly Azurina Indah

Bahan-bahannye :
1 peket serbuk agar-agar (AI guna kaler kuning, sbb ini aje ada dlm stok ngee..)
Buah-buah dalam tin, buangkan airnya (nak fresh fruit pun bolee)
1 biji telur
1 gelas gula or ikut selera masing-masing
1/2 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
4 gelas air

Cara nak buat:
Masak agar-agar bersama air dan gula sampai gula larut.
Sementara menunggu agar-agar tadi mendidih, bancuh la susu cair, telur dan tepung kastad.
Kalau tak bancuh, nanti tekstur puding ni tak cantik.
Bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung kastad tadi, dan standby la menggodak campuran dalam periuk tu ye, sebab nanti bancuhan ni akan mengental.
Last but not least, masuk la buah-buahan kegemaran anda...
Sudukan dalam acuan kecik-kecik kalau rajin..
Kalau malas curah je la dalam loyang..sonang koje...
Tunggu dah sejuk sikit, baru masuk dalam fridge ek!
Sebelum makan jangan lupa bismillah


Puding ni tak lembik sangat. So kalau nak makan, pegang pakai tangan pun boleh, tak perlu bersudu. Juga sesuai untuk hantaran. 


Nak sedap, boleh variasikan dengan buah-buahan..Sekarang kan musim buah, so daripada buah-buah tak termakan, baik ditransformkan ke puding.. Nak cantik, boleh jugak di marblekan.. Sedap!!


Azurina Indah

Saturday 22 December 2012

Outing @ Aman Ville, Space U8 Shah Alam

Seronok Adam... Dah lama dia teringin nak masuk Aman Ville kat Space U8 ni. Ye la, dari luar nampak macam seronok je, kawasan luas, nak manjat boleh, nak lompat boleh, nak main slide boleh, pokok-pangkalnye memang heaven untuk kanak-kanak.

Siang tadi impian Adam tercapai dan purse mama jua turut terkopak. RM25 sekali masuk. Anak sorang ok lah, kalau berorang-orang?? Sendiri mo ingat heheh...

Untuk kids yang masuk, kena berstokin. Oleh kerana Adam sentiasa bersandal croc, jadi mama terkopak lagi sekali, tapi kali ni RM3 je untuk sepasang stokin.

Yang bestnye kalau anak masuk, parents pun boleh ikut masuk dan main-main sekali. Seronok gak sekali sekala kembali ke zaman budak-budak. Panjat sana sini, menggelongsor dari atas.  

AI tak sempat snap tempat panjat memanjat. Seronok memanjat, lupa segala-galanya....


Masa ni Adam dah penat memanjat. Fokus ke building block aje

Gigih mamat ni mengumpul bentuk-bentuk dalam kiub tu

Kalau anak kecik lagi, menan kat atas ni sesuai la

Ni bahagian luar. Menan suma gaya-gayanya dari Toys R Us je. 
Padan la dengan regenya.

Tersnap anak worang... Dia la gegurl yang sentiasa menemani Adam..

Azurina Indah

Thursday 20 December 2012

Sambal Tumis Tempoyak Petai dan Udang

Seronok musim durian, stok tempoyak pun dah bertambah... Fresh lagi...

Semenjak bersuamikan orang Pahang, AI dah jadi peminat tegar tempoyak, gulai tempoyak? sambal tumis tempoyak? sambal mentah tempoyak? Semua AI sapu rata..siap mop sekali hehehhe...



Nampak sedap tak? Nescaya rugi la pada mereka yang tak minat durian dan seangkatan dengannya.. 


Sambal Tumis Tempoyak Petai dan Udang... Aduhhh kecur liur.. Hehe..Sayang En Asben sebab masakkan lauk ni..

Nak resepi? Malas la AI nak taip..Sila lah refer ke entri Sambal Tempoyak ni. Rasa sekali pasti nak lagi :P

Ketepikan segala kegatalan yang ada pada udang tu, janji kenyang!!


Azurina Indah

Wednesday 19 December 2012

Cuci mata: Tempahan yang dah selamat

Alhamdulillah..dah selamat siap baju-baju tempahan opismet AI..

Ada yang dah berusia hampir 6 bulan ngeh!ngeh!ngeh! Masheeh..pada tuannya yang paham akan keadaan AI yang sentiasa dicemburui masa..

Biarlah gambar yang berbicara :P

Kurung asli

Kurung asli



Kurung asli


Kurung Pahang



Azurina Indah

Sunday 16 December 2012

Roti Jala vs Kari Dinosaur

Kari Dinosaur?? Tak percaya ke?? Heheh... Rilek aa.. Di abad ni mana ada dinosaur, dah lama pupus..

Kalau you all biasa tengok, rangka ayam yang banyak jual kat hypermarket, tu la dinosaur.. tinggal kerangka aje, ada isi pun bajet wat taik gigi je..

Napa AI panggil dinosaur? Sebab masa study kat UKM bangi dulu, common la pada student-student beli ayam goreng dinosaur je, duit kan limited, dapat beli ayam dinosaur nampak la besar sikit saiznye walaupun sebenarnya yang besar cuma rangka yang dibalut dengan tepung. Bentuk memang macam dinosaur, beli untuk hisap-hisap tulang je hahhaha..

AI lebih suka makan rangka ayam ni, lebih puas dan lebih terasa ayamnye. Sedap untuk dimasak kari atau sup.

En Asben request AI untuk masak kari ayam, tapi mesti guna dinosaur. So AI gagahkan diri pegi Carrefour Seksyen 23 Shah Alam untuk memburu dinosaur yang dimaksudkan.

Pagi Sabtu AI rajinkan diri menjala. Bukan menjala ikan ye, tapi menjala roti untuk dibuat roti jala. Sonang aje membuatnya. Seingat AI mula-mula belajar buat roti jala dulu, adalah 2-3 adunan yang AI buang sebab roti tak cantik heheh.. Dah beberapa kali 'menerai', akhirnya berjaya jua..



Roti Jala

Bahan-bahannye:
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 cawan susu segar/santan
1 sdth serbuk kunyit
1 sd besar minyak
1 sdth garam

Cara nak buat:
Masukkan semua bahan dalam blender. Blender lah sepuas-puasnya.
Keluarkan dan tapis. 
Seeloknya biar dulu dalam sejam dua sebelum dijala.Tapi kalau nak terus jala pun takpe..
Nak mudah gunalah non stick pan tu.

Untuk satu adunan ni, cukup la untuk perut anda terasa sendat ye..So kalau rasa-rasa nak loading makan biasa-biasa aje, satu adunan dah memadai.


Pasangan yang sesuai untuk roti jala ni adalah kari ayam. Ada yang makan dengan kuah durian, tapi sungguh AI tak minat. 

Sodap! sampai menjilat jari..



Azurina Indah

Friday 14 December 2012

Kalah yang bermaruah


Salam... Selamat berhari Jumaat..Selamat berhujung minggu...

Ingin AI rakamkan tanda penghargaan pada skuad Harimau Malaya kita, anda hebat. Walaupun semalam anda tumpas 0-2, tapi ingat..anda tumpas sebab referee bukan sebab Thailand kuat. Anda tetap gigih berjuang walau tinggal 10 pemain aje. Kekalahan Malaysia adalah kekalahan yang Bermaruah!! AI sendiri hingga waktu ni rasa geram je, kalau la referee KPop Lee Min-hu tu ada kat depan mata, aku cili-cilikan dia dengan cili api, barulah dia tau menari kuda tu seronok ke tak.


Inilah muka kafir yang berat sebelah tu, mati sok ko tau la cemana panasnye api neraka tu!! Dasar Kafir!!

Azurina Indah

Friday 7 December 2012

Laksa Asam Azurina


Salam...

Terlaksana hajat AI nak makan laksa, siap ulang makan entah berapa mangkuk. Huhu...betul-betul teringin gamaknye.

Bila dapat buat sendiri, memang sangat lah puas hati. Kuah nak pekat ke nak cair ke, telan liur tanya selera.. AI buat laksa ni hujung minggu lepas. Biasa la.. hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untukku..

Seperti biasa bagi orang yang tak berapa reti memasak macam AI ni, sudah pasti buku resepi duk sebelah time masak tu, kejap jenguk, kejap lagi jenguk. Tapi takde la sampai bawak pembaris kalau resepi tu kata bahannya 1cm halia..APA KEJADAHNYE!!

AI follow resepi dari buku resipi@Prima terbitan Karangkraf mukasurat 14. Itu yang AI nampak ter'simple'.

Wahaha...Sungguh tak tahan garnish AI tu, kengkonon nak snap yang special sikit, jadi AI simpan la kelopak bunga kantan tu. Bole laa.... Tapi sangat tak tahan melihat telur rebus nan sebelah itu, rasa nak pi rebus telur sekarang jugak huhuhu...


AI tepek resepi yang AI dah adjust according to my tongue..

LAKSA ASAM (LAKSA KEDAH)
Source : Buku Resepi@Prima, Karangkraf
Olahan : Azurina Indah

Bahan-bahan:
Setengah paket laksa basah (dicelur sekejap)
1 kg ikan kembung
Air secukupnya

Bahan lain:
10 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah*
Sedikit belacan* (Blender halus bahan bertanda *)
2 kuntum bunga kantan (AI belah 4)
Daun kesum (banyak lagi best)
Asam keping
Garam secukup rasa

Bahan hiasan :
Timun
Telur rebus
Daun salad

Cara nak buat:
Masukkan ikan dan air dalam periuk dan rebus sampai ikan masak.
Toskan dan ambil isi ikan dan blend jangan halus sangat. 
Lepas tu AI blender tulang dan kepala ikan menggunakan air rebusan kemudian tapis.
Masukkan dalam periuk air rebusan dan bahan * di atas.
Gaul mesra dan didihkan.
Masukkan isi ikan dan gaul sebati.
Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dinikmati.

Jemput makan .....


Azurina Indah

Thursday 6 December 2012

Cara AI mengelim kain yang sangat licin

Untuk tailor-tailor sekelian, sure pernah jumpa jenis kain yang teramat licin dan degil kan. Dari mengukur, memotong, menyambung memang rumit. Pegang sini, sana herot. Pegang sana, sini pulak herot. Lepas dah berjaya sambung, masalah pulak nak mengelim. Sakit jiwa raga..

Dah beberapa kali AI jahit jenis kain ni dan AI biasa guna finishing ini aje untuk settle masalah. Jahit aje tepi baju tu dengan jahit mesin. Tapi jangan la jahit lurus, tak lawa dik! Pilih yang ada corak-corak. Kebetulan sebelum ni, satu kain yang AI kerjakan ada peel ni. Alhamdulillah, AI teringat nak snap dan tepek kat sini. Jenis kain apa, AI x sure. Tapi kain ni tak perlu iron, sesuwaiii sangat pada yang malas iron baju macam AI. Tapi sian tailor, stress nak siapkan baju anda tu. 

AI guna NV50, jadi display di sini semuanya adalah body NV50 ye. 

AI jahit tepi kain dari sebelah luar. So, kena la lipatkan kelim ke dalam sambil dipenitikan.

Mula-mula switch on dulu mesin anda. Tekan button yang ada simbol zig-zag tu.

Tengok kat chart kaler biru. AI pick pattern bengkok-bengkok tu no.35.
(Suka ati korang la nak pick pattern mana, ini cuma sbg contoww)

Lepas tekan no 3 dan 5, akan nampak display di atas
Jangan lupa tekan button untuk matikan jahitan ye.

Mula lah menjahit. Gedek..gedek..gedek..sambil cabut peniti

Tadaaaa.....
Jadilah macam dalam gambar ni.
Settle problem!!

## Ni cara AI tau, lain tailor lain lak caranya ye!
Azurina Indah

Tempahan dari opismet

Ni tempahan dari opismet AI. Selai Kurung Pahang, selai Pesak Gantung 4pc dan selai lagi pesak gantung 2pc.








Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...