Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 2 December 2012

Jubah pertama Azurina

Mula-mula sekali mekasih bebanyak kat bespren AI, sebab hadiahkan kain yang gojes ni.

Dengan adanya kain ni, AI terpaksa beranikan diri jahit jubah, walaupun AI tak berapa gemar berjubah.

Asalnye AI ingatkan kain ni cukup untuk baju sahaja, sebab sebelum ni AI biasa nampak kain ni mesti ada matching untuk kain bawah. Jenuh jugak meng'ejas' pola untuk kurung moden. Last-last baru AI realize, kain ni adalah sepecial untuk jubah.

AI buat jubah biasa je, malas nak berfesyen-fesyen. Janji selesa. OK la sekali sekala berubah imej, manjang berbaru kurung je, bosan jugak.

Ni close up beading kat kain. Memang beading nya sangat labuh. AI tak letak zip langsung kat jubah ni, AI rimas zip-zip ni, kekadang rasa miang pun ada hehe..

Jubah hasil air tangan tailor amatur


Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...