Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday, 6 December 2012

Cara AI mengelim kain yang sangat licin

Untuk tailor-tailor sekelian, sure pernah jumpa jenis kain yang teramat licin dan degil kan. Dari mengukur, memotong, menyambung memang rumit. Pegang sini, sana herot. Pegang sana, sini pulak herot. Lepas dah berjaya sambung, masalah pulak nak mengelim. Sakit jiwa raga..

Dah beberapa kali AI jahit jenis kain ni dan AI biasa guna finishing ini aje untuk settle masalah. Jahit aje tepi baju tu dengan jahit mesin. Tapi jangan la jahit lurus, tak lawa dik! Pilih yang ada corak-corak. Kebetulan sebelum ni, satu kain yang AI kerjakan ada peel ni. Alhamdulillah, AI teringat nak snap dan tepek kat sini. Jenis kain apa, AI x sure. Tapi kain ni tak perlu iron, sesuwaiii sangat pada yang malas iron baju macam AI. Tapi sian tailor, stress nak siapkan baju anda tu. 

AI guna NV50, jadi display di sini semuanya adalah body NV50 ye. 

AI jahit tepi kain dari sebelah luar. So, kena la lipatkan kelim ke dalam sambil dipenitikan.

Mula-mula switch on dulu mesin anda. Tekan button yang ada simbol zig-zag tu.

Tengok kat chart kaler biru. AI pick pattern bengkok-bengkok tu no.35.
(Suka ati korang la nak pick pattern mana, ini cuma sbg contoww)

Lepas tekan no 3 dan 5, akan nampak display di atas
Jangan lupa tekan button untuk matikan jahitan ye.

Mula lah menjahit. Gedek..gedek..gedek..sambil cabut peniti

Tadaaaa.....
Jadilah macam dalam gambar ni.
Settle problem!!

## Ni cara AI tau, lain tailor lain lak caranya ye!
Azurina Indah

2 comments:

siti 'aliah said...

ooo... gtq 4 sharing...sgt bguna utk beginner mcm saya...

siti 'aliah said...

tq 4 sharing... info berguna untuk beginner mcm saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...