Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 23 January 2012

Cerita kami sempena cuti Raya Cina

Salam...


Pergh...seronok bercuti? Saya seronok...Kali ni bercuti kat PD je.. Kaum Tionghua kongsi pacai, saya dan hubby kongsi duit bayar petrol dan tol  :D. Kami stay di Sri Menyinsing Apartment, Sime Darby nye. Tiga hari dua malam...(macam rancangan tv plak..) Kira ok gak weh apartment tu, sebab saya golongan marhaen yang bukan high taste... pada yang taste lima bintang, jangan la cuba-cuba ke situ ye, situ bukan tempat anda.. Hehehe..


Berkat planning yang betul, Alhamdulillah perjalanan pergi balik sangat lancar, takde stuck kat memane jam.


PD...kami datang!!!
Bila kat pantai, aktiviti wajib takyah tanya la... mesti la mandi, menung2, tengok orang dan membina istana pasir di pantai seperti mana yang Adam buat..


Namamu terukir di pantai hatiku


Adam dan babah yang selebet (hahhahaha)

Adam dan mama yang kiut (perasan)




Mama dan adam sedang melawan ombak (kat tepi je)


Indahnya...Subhanallah..
********************************************************************************
Ni saya tepek wajah dalaman Apartment Sri Menyinsing, untuk kengkawan Sime Darbian yang belum pernah pegi...tapi sekali lagi amaran keras...bukan untuk mereka-mereka yang taste lima bintang ye..


Apartment ni ada 2 bilik besar dan satu bilik kecik. Access untuk ke pantai dekat je. Saya cuma frust dengan tempat parking kereta, penuh dengan semak samun, kalau compare dengan banglo exec, nampak agak terabai. Tapi wajib lah bersyukur dengan apa yang ada..Alhamdulillah... 


Bab makan, saya dan family pegi kat kafeteria Pantai Purnama je, dekat je kalau jalan kaki menyusur pantai. Mula-mula plan nak order makan kat akak caretaker ni, tapi dia macam mengelak je, hari saya kat sana, nampak ramai sedara maranye, mebi sebab tu dia malas nak masakkan untuk orang lain. Di apartment ni juga ada disediakan swimming pool. Memang syorga untuk Adam la, manjang nak mandi 'sungai' tak kira siang atau malam.


Bilik memang selesa, siap kipas dan aircond

Kebetulan kat unit saya, tv rosak, so malam time melopong aje la
Hubby nak tengok bola, kena turun tengok astro kat hall


Swimming pool hoccay! but to deep for kid like Adam

Sekian....



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...