Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 1 May 2011

Assalamualaikum semua..

Selamat Hari Pekerja.. dan selamat bercuti..
Tapi saya tak reti-reti bercuti walaupun 1/5 ni adalah cuti buat saya dan anda.. sebab banyak tempahan yang kena disiapkan...

Semenjak posting saya pasal baju mengandung Mama Yang lepas, saya dihujani pertanyaan dan tempahan untuk baju mengandung/maternity ni, walhal itu dress mengandung pertama yang saya jahit sepanjang saya dilahirkan ke dunia :P. Latest, dah masuk 9 pasang..waduh-waduh..bila agaknya dapat jahit baju mengandung untuk diri sendiri ye?

Lagi satu request tempahan untuk dipakai untuk kenduri kawen bulan Jun ni, ye lah cuti sekolah kan masa tu.. Buat masa ni, pada kengkawan yang rasa-rasa nak tempah untuk time-time tu, minta maaf bebanyak, saya tak dapat ambil.. Kekangan masa.. Inilah namanya menjahit part time, saya kena set kuota yang sepadan dengan kudrat saya sebagai insan biasa. Satu perkara yang merisaukan saya, ialah tempahan baju last minute. Seboleh-bolehnya memang saya akan tolak, implikasinya kalau saya terima juga adalah kualiti baju tu nanti. Lagi satu saya tak gemar buat sesuatu secara terburu-buru, sebab untuk menyiapkan tempahan last minute ni, banyak benda yang harus saya korbankan, salah satunya ialah masa tidur saya :P.

Sempena posting saya di Labour Day ni, ingin saya war-warkan sekali lagi, tempahan raya 2011 ni dibuka hingga 31 Mei 2011 (Selasa). Start 1 Jun 2011, harap kengkawan bole carik tailor lain yek..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...