Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday, 8 May 2011

Maternity Peasant Blouse

Dalam entry sebelum ni, ada saya post tentang peasant blouse untuk budak, kali ni untuk mak budak pulak. Pattern sama, cara potong sama, cara jahit pun sama, bezanya kali ni besar sikit dan dijahit getah betul-betul di empire line (garis bawah cup bra). Tapi sebab model saya si Fasha Sandu ni kurus kering, peasant blouse ni nampak macam size xxxxxl pulak. Nampak buncit kan Fasha Sandu ni, dalam tu ada bantal busuk Adam Haris, pinjam jap untuk bagi perut kat Fasha, preggy la konon-kononnye...

Baju ni selesa dipakai oleh mak-mak buyung, salah satu sebab leher yang agak luas. Sejuuuk... Lengan pulak tiga suku, kat hujung tu pun saya letak getah yang agak longgar, senang nak selak time misi nak check blood pressure :P

Tuan punya baju ni kecik molek aje, Cik Ira kite, pasni takyah susah alter baju yang readymade tu ye...
Maternity peasant blouse

2 comments:

Nor Khairia said...

Assalam.. nk tnya.. awk guna getah jenis ape yer utk jhit kt bwah dada tu?

Azurina Indah said...

Saya guna benang getah je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...