Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 4 November 2011

Raya tak raya..sama je..

Fenin..fenin.. ingatkan time nak raya je fenin...ni tak raya pun fenin jugak..
Bila saya hitung balik, jumlah kain yang tengah waiting list ni, lagi banyak dari yang saya terima untuk raya pose 2 bulan lepas.. Saya baru plan nak cuti sebulan dua, nak concentrate kat anak.. Tahun depan dah masuk tadika, saya target Adam Haris dah pandai mengeja time tu.. Tapi dah berapa bulan saya seakan mengabaikan dia, busy lebih ke kain-kain saya.. Kesian anakku..

Saya tak berani nak speeding, bimbang kualiti terjejas. Memang cara kerja saya akan concentrate dan mungkin kadang-kadang sedikit lambat. Saya utamakan kualiti. Tapi sekarang ni nampak gaya, demi kualiti, seluruh masa lapang saya cuma untuk menjahit. Saya cuba gunakan mesin juki saya, tapi saya belum 100% mampu mengawal jahitan saya, especially part-part macam leher, kekek, lekuk2 etc.. Bagi penjahit part time macam saya ni, banyak wooo, setakat ni dah lebih 40 pasang menanti.. Tu belum lagi yang dah merisik-risik, nak hantar se'team' untuk rombongan kenduri yang warnanya senada dan seirama. Adoyai..ada yang suggest saya pi sub kat indon part-time untuk jahit kain-kain saya..weh ape cite tu?? saya part time kena hire lagi satu part time.. Idok le!! Saya kurang selesa berkongsi hasil tangan dengan orang lain. Lain lah kalau saya dah buat full time, itu pun setakat jahit sembat aje yang saya PERCAYA untuk sub kat orang lain.  

.................................................................................................

Ni baju tempahan bos opis saya. Sebelum ni dah ada sehelai untuk 'test-drive'. Yang 2 pasang ni kira balance hari tu la. Baju raya haji katanya.

Baju kurung biasa je


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...