Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 21 October 2012

Ikan Gelama Sambal Taucu

Salam Ahad,

Masa AI menaip entry ni dah 11.30 malam 20 Oktober 2012. Demam, batuk dan selsema..sungguh tak selesa. Ditambah pulak dengan kekalahan ATM kepada Kelantan 2-3, Malaysia Cup sebentar tadi, hmm..tak apa lah, memang game yang sangat best. Kekalahan ATM yang berbaloi, 120 minit game ko!! 

Cuaca sekarang ni menambahkan lagi ketidaksedapan badan AI, hidung sok sek sok sek, tekak jangan cakap lah, memang perit giler. So, weekend memang tak pergi mana, duduk di rumah dan 'berehat'. Ngee...'berehat' versi AI lah, duduk depan mesin sambil kepala terhangguk-hangguk kesan makan ubat batuk.

AI nak share salah satu lauk feveret AI iaitu Ikan Sambal Taucu. Sebenarnya lauk ni dimasak beberapa malam yang lepas, ikan gelama pula hasil tangkapan En Asben sendiri. Sebab tu kalau tengok gambar, ada macam-macam saiz ikan, dari atuk ke nenek ke ayah ke mak ke anak ke cucu :P Sambal taucu tu lagi pedas laagi kick.


Menyelerakan..rasa lapar pulak tengok gambar ni :P

Ikan Gelama Sambal Taucu

Bahan utama:
Ikan (dibersihkan, lumur garam kunyit & digoreng)

Bahan sambal taucu:
Taucu masin (bilas)*
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili padi *
Halia *
Cili merah (dimayang)
Bawang besar (dimayang)
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap
Garam (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Cara nak buat :
Tumbuk halus bahan bertanda *
Tumis bawang besar dan cili merah 
Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan air asam jawa dan kicap
Kalau agak kering tu, boleh tambah sedikit air
Rasakan masinnya
Bila dah ok, masukkan ikan yang telah digoreng
Gaul rata dengan sambal taucu tadi dan boleh la dihidangkan


Jom try! Pasti puas hati


Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...