Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Tuesday, 10 April 2012

Adam dan Chicken Pox nye

Hari ni saya start cuti sampai Jumaat.. Huh..long break. Nak jaga Adam. Tolak campur tolak campur, hari ni lebih kurang seminggu dia dapat ciken pox ni. Saya syak dapat jangkitan mungkin dari kawan sekolah atau nurserinya. Tak ape la, orang kata kalau kena time kecik, lagi cepat baik dan cepat hilang parutnye. 

Mula-mula seyes saya tak expect apa-apa tentang chicken pox walaupun dah ada sebijik ruam di badannya, sebab Adam dah sinonim dengan gatal-gatal dari kecik. Khamis pagi dia demam sebelum ke sekolah, saya beri PCM, dan dia ke sekolah macam biasa. Masa petang balik dari keje, memang nampak budak ni lemah semacam, something wrong lah. Adam siap tunjuk tangan dia, and confirm ruam yang serupa kat badan. So saya selak baju dia, and ruam dah makin banyak.

Dalam kepala saya satu je, HFMD, sakit tangan kaki dan mulut. So, malam tu jugak kami ke klinik, Alhamdulillah Dr sahkan cuma chicken pox. So, menu..semua yang light-light, rebus-rebus dan stim-stim aje... Air kelapa jugak tidak dilupakan. Sebijik sehari, lama-lama jadi berbijik-bijik chicken pox Adam..

Kalau diikutkan, banyak petua dan pantang larang time chicken pox ni, untuk pesakit tu sendiri dan juga isirumahnye. Antaranya.. pantang mandi (mama lap aje), pantang kena hujan (tak kuar umah pun..), pantang goreng telur (babah tapau kat luar aje), pantang tengok (ni mama tak boleh tolong..). Relevan untuk pantang larang ini? tepuk dahi..lu fikir la sendiri...huk3

Nak kurangkan gatal, boleh guna daun semambu. Semasa gatal, cuit-cuit lah dengan daun tu, strukturnya kan tajam-tajam manja gitu, jadi kalau wat garu tak lah berparut. Dan lagi, daun semambu ni boleh diramas dan mix dalam air mandi bersama serbuk kunyit. Kedua-duanya merupakan astringen yang baik untuk me'masak'kan pox dan mengurangkan gatal. Tapi kat Shah Alam ni, memang konfem susah nak dapat ler daun ni. Alternatif lain, seperti yang kawan FB saya suggestkan, boleh mandi dengan air basuhan beras.


Day 3 - Ruam ni lah yang first saya nampak kat badan Adam,
sungguh tak sangka rupanya inilah ketua ayam-ayam itu

Day  4 - Jumaat, mama kena amik EL, nak jaga Adam
Dah kena paksa senyum, amik gambo tuk kenang-kenangan

Day 5 - Masa ni tengah teruk, anak-anak ayam dah mula menetas kat seluruh badan
Adam pun dah macam tepung gomak, kena lumur dengan calamine lotion

Day 8 - Anak-anak ayam dah mula surrender, mula menghitam dan ada yang dah kering pun

Sian anak mama, takpe kena sekarang umur 5 tahun.
Nanti dah besar tak perlu risau ade parut, dan tak perlu risau muka tak encem




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...