Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday 20 February 2010

CNY Holiday @ Kg Ulu Sungai, Raub, Pahang- Episod 2

Hush..sedapnye dapat garu...lagi gatal lagi sedap garu kan... Nape tu?? Panau ke? Kurap ke? Eiiii.... jangan dekat la, nanti jangkit. Dah tercalar imej sebagai seorang yang glam dan ramai peminat hanya disebabkan jangkitan sang kulat.

Berbalik pada entry ku yang lepas, yang ni Episod 2. Nak kenalkan u all pada pokok gelenggang. Pokok ni banyak khasiatnya, terutama bab gatal-gatal ni, bukan gatal kawin ye, tapi gatal kullit la....

Ha...tak penah dengar ke? atau penah dengar tapi tak kenal yang mana satu? Ni dia.........

Pokok gelenggang tumbuh meliar di sekitar kawasan Kampung Ulu Sungai

(Sumber : carian dan kopipes dari internet)
Tumbuhan gelenggang atau daun kurap yang dikenali oleh masyarakat melayu mempunyai kelebihan dalam mengubati penyakit sembelit dan kurap. Tumbuhan ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Cassia alata. Ia merupakan sejenis pokok renek yang memanjat dan boleh tumbuh setinggi 3 meter. Dedaunnya bercantum-cantum yang biasanya mempunyai 10 pasang pucuk-pucuk muda berbentuk bujur, besar dan tidak tajam. Bunganya berwarna kuning dan meruncing tegak dihujungnya. Di samping itu, tumbuhan ini juga mempunyai banyak biji yang berbentuk segitiga.


Masyarakat di Malaysia iaitu, Melayu Cina dan India menggunakan pokok gelenggang ini sebagai ubatan dengan cara yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu, mereka menggunakan dedaunnya sebagai ubat demah bagi mengubati penyakit kurap, sementara air rebusan akarnya diminum untuk melegakan sembelit.

Bagi masyarakat Cina pula, mereka akan menyapu daun-daun atau daun yang telah ditumbuk dan dicampur dengan air limau nipis ke tempat yang dipenuhi kurap serta lain-lain penyakit berjangkit. Bagi masyarakat India, mereka menggunakan daun-daun tumbuhan ini untuk membuat tonik yang boleh diminum begitu saja atau dicampurkan dengan susu atau gula.

Hah!!... Dah tau dah??.. Pi cari lekas.. karang merebak panau tuuu...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...