Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday, 14 February 2011

My toys : Jarum & benang

Lain padang lain belalang.. Si siti suka memasak, si mila suka menghias rumah, si peah plak suka tanam bunga.. terpulang pada diri masing-masing, hobi dan kesukaan.. yang penting happy.. Begitu juga aku, jarum, benang, kain, mesin jahit, semua tu umpama toy/barang permainanku.. kalau tak jumpa sehari memang tak sah.. Lebih-lebih lagi bila cuti balik kampung, rasa semua benda tak kena.. kalau boleh kemana pergi, nak saja aku angkut toys aku tu.. Kadang-kadang tidur malam tak lena, dok memikir projek2 jahitan yang masih tergendala.. hmm..

Saja nak kongsi story, bukan toy story ye, tapi satu isu yang aku rasakan cuma orang yang dah takde keje je yang akan raised isu ni.. aku saja advertise servis menjahit aku kat satu laman web tu, kira macam forum la.. ok je..banyak respon, dan setakat ni, dah 5-6 customer aku dapat hasil dari advertisement free ni.. semuanya area Shah Alam & Klang.. Dan sememangnya topik iklan aku tu cukup jelas dan terang untuk mereka-mereka yang duduk area Shah Alam & Klang jek, luar pada tu, memang aku tak berapa nak ambik, leceh dengan urusan pos mengepos.. hari Jumaat lepas, aku terima satu reply dari minah dari hutan mana tah, bunyinya begini la lebih kurang...

"Awak ambil upah mahal, saya tempah kat sini RM28 je"

Assalamualaikum la kepada saudari yang mengomen thread saya itu, saya kalau rasa upah gua mahal, tempah le kat org lain, harga tempahan ni tengok tempat la beb, kalau sy duduk kat tempat awk kat Gua Musang tu, RM15 sepasang pun sy boley bagi.. sebab awk ngan musang-musang je yang akan datang tempah baju.. tapi sy duduk Shah Alam beb.. setakat RM35 sepasang, kedai cikai pun tak boleh bagi murah macam tu.. lagi pun beza harga tempahan yang awk dapat ngan harga yang sy letak, takde la murah sgt pun, beza dalam RM7 je, tak lepas beli tiket bas nak gi rumah awk pun. OK ye..OK kan.. saudari ada pehe dok? (faham tak?).. Fuh!! Beremosi tul, bulan mengambang..

-------------------------------------------------------------------------------------

Lagi nak share, baju kurung kedah, leher mata lalat manik,



Kurung Kedah cutting moden
bahu tak jatuh macam cutting kurung kedah opah


Mata lalat bermanik


Skirt labuh cutting bertingkat
Tak nampak clear sangat


6 comments:

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

pinjam tangan bolehhh takkk... pasal nampak jahitan amat kemas dan cantikkk lerrr..

tney@sunflower said...

hehe.. klau kite kat cni bg harga rm 28.. alamakk.. tak cukup ler.. upah tuk bju kurung biasa klau rm35 adelah normal kalau duduk cni.. kat kg dia rm 28... klau kat kg saya rm 20 - rm 25 je.. ;)

Azurina Indah said...

Afzainizam..nak tempah ke??
sempena ari valentine, hadiah utk wife, awek, mak, kakak, mak mentua, kakak ipar, nenek, nenek belah ayah, sepupu nenek, etc.. hihihi

Azurina Indah said...

tney@sunflower..kat kg saya pun dlm RM20-25 je sepasang, kalau RM30ke atas tu dah kira harga butik, tapi kampung kite ngan shah alam mana sama.. yang pasti, harga yang saya letak sure below rate shah alam, niat nak nolong kengkawan & jiran2 tempah baju dgn harga murah.. tapi xde la sampai menyeksa diri sendiri

saliza1979 said...

salam,
shah alam area mana ye?
dalam proses cari tailor ni:)tq

Azurina Indah said...

saliza1979, saya kat seksyen 24 shah alam, flat bdekatan kawasan shoplot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...