Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday, 11 November 2012

AI dan tudung bunga ros


Eheh..sempoi tajuk entri..macam tajuk buku cerita zaman sekolah rendah jek.

Ini lah yang AI kerjakan sepanjang hari ni walaupun kepala tengah denyut-denyut. Alkisahnye, AI beli 2 helai tudung bawal plain kat pasar malam, RM10 je selai. Tapi bila sampai kat rumah, mak aii, plain sesangat dan tudung tu nampak terlalu 'ringan'.
Nak letak beading? erm...tak kose! Nak letak bling-bling? aisy.. AI tak berapa minat.

AI terpandang tudung bawal yang En Asben belikan masa raya hari tu. Good idea. AI beli lace bunga ros bermeter tu aje kat Seksyen 18. 2.5m cukup la untuk sehelai tudung. Disebabkan tokeh kedai tu dah biasa ngan AI, dapatlah RM10 untuk 5m, takde mandrem-mandrem tau!

AI jelujur halus aje lace ni kat tudung



Dah siap..dapat lah 2 helai tudung baru


Nak inteprem baju AI. kiranya match la dengan tudung ros hijau yang baru siap tu kan. Kain cotton ni corak paisley yang halus-halus. Sekali pandang macam baju kurung yang pakai pegi mengaji je.



Baju ni baju kurung pesak gantung 2pc

My paisley

Azurina Indah

2 comments:

Nia_alJunid said...

salam,

nak tanya..macam mana nak tukar tapak mesin juki tu ek..jenuh mengodek tp xmau..siap baju jela, kain xsiap2 sebab tapak zip xreti pasang...adeh~
TQ

Azurina Indah said...

tukar tapak mesin juki, just bukak aje skru la yang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...