Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 1 November 2012

Bebel hari hujan bersama Paku Goreng Belacan dan Sotong Goreng Tepung

Time bukak mata hujan, time nak tutup mata pun hujan. Kalau time cuti kan best.. terlajak sampai tengahari buta pun ada aku kesah..

Balik keje hari ni syukur tak hujan, kalau tak sure berderet panjang kereta-kereta. Ditambah pulak dengan mereka-mereka yang tak tau adab susila, tak ada sivik, pentingkan diri sendiri. Kalau AI boleh buat magik, time tu gak AI tukar kereta mereka jadi kereta mainan, padan muka!

Disebabkan hari ni hujan je, sampai rumah je otometik lapar. Kat fridge ada pucuk paku, ada sotong. Paku petik sendiri, sotong bela sendiri ehehheh..beli kat kedai dua hari lepas. Paku dah macam lebam kehitaman sikit, maklumlah dipetik hari Ahad, hari ni dah Khamis mana tak lebam. Pilih mana yang elok, buang mana yang tak elok, dapat gak sepinggan penuh. Tumis pedas-pedas letak belacan..Ummph!!

Pucuk paku goreng belacan

Squidward plak AI potong ring. Memang dah lama teringin makan sotong goreng tepung. Tapi tak disangka-sangka balance tepung goreng serbaguna dah tak elok. Terpaksa AI cipta sendiri adunan tepung goreng sotong ni. Dan first time gak dalam hidup AI, sotong yang digoreng meletup-letup, jadilah aksi seolah AI  lawan pedang dengan kuali kwang3...


Sotong Goreng Tepung Ala Azurina
(Sumber : Azurina Indah)

Bahan-bahan:
Sotong dibersihkan dan potong ring
Setengah cup tepung gandum
Setengah cup tepung beras
2 sdth serbuk kari
Serbuk lada sulah (AI suka banyak giler)
Baking powder sikit
Garam secukupnya
Air untuk membancuh
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Balut sotong dalam kitchen towel bagi mengeringkan airnya.
Masukkan tepung-tepung, serbuk kari, lada dan baking powder dalam mangkuk.
Bancuh sampai jadi macam beter pisang goreng. Rasakan masinnya.
Biarkan dulu agak-agak dalam 30 minit.
Celup sotong dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak penuh.
Siap..
Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...