Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday 29 October 2011

Tempoh percubaan

Salam Sabtu.....
Selama ni saya surf internet kat rumah guna Silkum Broadband atau ramai yang sifatkan Berukband takde bulu . Tapi bukan yang bayar bulan tu, tapi prepaid je. Konon-kononnya saya takmo komitmen dalam bil-bil ni. Saya bayar untuk usage daily atau weekly. RM5 daily atau RM20 weekly. Tapi hampas..setiap kali activate, setiap kali itu lah sumpah seranah akan saya bagi free. Mentang-mentang lah prepaid, kedudukan yang diberi umpama kasta tahap rendah sekali.. nak bukak Yahoo Mail pun, sempat masak megi sebungkus, kekadang sampai nak abis makan megi pun, tak lepas lagi nak loading page Yahoo Mail tu.

Saya tak nafikan, kekadang laju jugak, tapi kekadang tu lebih kurang 1 dari 10 lah. Dengan prepaid berukband ni lah, kalau kebertuahan menyebelahi, dapat lah saya hapdet blog, dan upload gambar-gambar yang tak seberapa.

Selama beberapa bulan, saya buat research thru internet, nak tau mana broadband provider yang terbaik. Ada yang mahal, ada gak yang murah. Dah tentu yang murah jadi pilihan. Tapi di antara yang murah ni, ada yang berbaloi ada gak yang tak. Setakat ni, saya dpt feedback P1 yang terbaek. Broadband sebulan RM59, no contract, 3GB usage, kalau lebih cuma slow sikit connection, tapi tak lah se'slow' Silkum Berukband. Upfront payment RM100 je. Dan hari ni 7-days cooling off period bermula, kalau tak pueh hati, dalam masa 7 hari bole return modem and dapat refund RM100 tu balik. Kira OK lah, RM59 sebulan. Better daripada bayar ratus-ratus sebulan. Ape barang..bayar mahal-mahal, lain ler kalau buat bisnes online..

Saya cuba upload 2 image kat bawah ni. Memang terus appear. Memang consider as laju lah. tapi biasala tempoh percubaan. Serupa gak macam nak ambik hati bakal mak mentua, sebelum kawen, tunjuk yang baik-baik belaka, supaya mak mentua berkenan. (Hehehe...lari tajuk !!)


Broadband On-The-Go
Harap-harap ko tak jadi berukband la

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...