Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Tuesday 11 October 2011

Hai apa khabar

Kalau ditanya apa aktiviti hujung minggu, ada yang kata bawak anak-anak gi jenjalan, ada yang kata balik kampung, ada yang kata pi piknik, ada yang kata tak plan lagi, dan macam-macam lagi. Untuk saya senang ja, menjahit, menjahit, menjahit.. hobi yang tak akan pudar sampai bila-bila. Dah habis ribu-riban sebab minat dan hobi ni, saya tak rasa rugi sikit pun. Malah puas hati disebabkan hobi & minat ni, saya boleh dapat side income heheheheh.. tapi apa yang kita lakukan, perlu ada pengorbanan. Saya menjahit dan dalam masa yang saya punya pekerjaan tetap yang lain. Kalau fikir logik, masa weekdays baki masa yang ada kat rumah, cuma 4-5 jam aje lepas tolak masa tidur. Saya kena berkorban masa tidur, kalau dulu pukul 10 dah pengsan, sekarang pukul 12 malam pun belum tentu lagi siap gosok gigi nak tidur. Bila dah mengadap kain-kain, lupa cemana rasanya letih. Cuma sesekali, terasa letih sangat bila balik keje, sure lepas maghrib saya dah pengsann..

Bagi peniaga-peniaga jahitan tegar ni, saya rasa macam ni jugak la perasaan mereka, tambah lagi bila dah buat full time, komitmen penuh kena ada, disinilah periuk nasi mereka. Hmm..seronok jugak bila boleh menjahit full time kan, tenang fikiran. Tapi keadaan belum mengizinkan saya nak full commit dalam menjahit ni. Banyak yang perlu dipertimbangkan.

Dalam hati saya satu bunga nak kembang dah ni. Last item wishlist saya... tunggu....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...