Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 17 October 2011

Kita serupa je..

Hari keje memang sangat memenatkan, walaupun skop keje kat dalam opis je, siap aircond. Saya juga punya naluri keisterian dan keibuan yang tinggi. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak suami dan anak makan minum dari air tangan sendiri. Sedap atau tak tolak tepi dulu. Tapi mungkin

letih + malas = makan kat kedai/beli bungkus

Anda semua sama macam saya ka? Nak jugak tau kalau-kalau cuma saya seorang je mcm ni kat dunia fana ni *wink*. Pernah satu petang tatkala saya sedang memesan makanan bungkus kat gerai dekat2 rumah. Saya terperasan sorang akak tu, sekali pandang macam kenal, dua kali pandang memang kenal, tiga kali pandang dia hai kat saya. Ya..akak ni meniaga nasi lemak kat sini tiap-tiap pagi. Tergerak saya nak bertanya, kenapa dia makan kat luar, sedangkan dia meniaga makanan. Menurut akak tu, dia letih nak masak untuk makan sendiri, dan lagi masak untuk meniaga tak sama feel dengan masak untuk makan sendiri. Dan yang paling best lagi, akak tu kata akak MALAS. Setiap hari dia dan family makan kat luar. I repeat SETIAP HARI. See dah terbukti saya tak keseorangan dan takde la malas sangat sebab ada hari-harinye saya menggagahkan diri pi tumis sardin pedas-pedas + goreng telur dadar. Kesimpulannya kita serupa je.. 

Emm..hari ni nak masak apa ye? Kalau rajin aku masak, kalau malas, ode kat gerai aje la.. heheheheh :P

.....................................................................................

Baju tempahan fixed customer saya. Sapa nak jadi fixed customer saya..sila..sila... banyak kelebihannya bila saya dah cop sebagai fixed customer tau...
Kalau perasan, baju-baju ni semua menggunakan butang balut. comeell sangat!!






2 comments:

Wedy Reira said...

hi nak tanya u ambik tempahan jahit baju kurung? kalau baju kurung pahang, berapa harganya? kedai kat mane? terima kasih!

Azurina Indah said...

Wedy Reira..
Kurung Pahang rm40 sepasang
sy takde kedai, jahit dr rumah part time, kat Seksyen 24 Shah Alam
Berminat, email saya rinacomel79@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...