Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Sunday 30 September 2012

Cupcake Coklat Kukus Lembap


Salam...

Minggu ni kiranya dah cukup sebulan AI kat ofis baru Oasis Ara Damansara. Tak de lah jauh mana, kesesakan lalu lintas tu yang jadi masalah. Waktu pagi tak ada masalah, AI keluar awal, setengah jam awal compare masa AI based kat Consplant Subang Jaya. Waktu balik konfem tak boleh lari ke mana, terpaksa harung jem jugak. Kesian kat Adam Haris, sampai satu tahap dia sendiri bertanya kat AI, kenapa mamanya dah tak hantar dia ke sekolah macam biasa. Mujurlah encik Asben ada boleh tolong hantar Adam masa pergi, time balik AI yang jemput. 

Hari ni entri masak-masak lagi. Buatnye dah lama, baru ni nak tepek..Ngee...

Cupcake ni sedap sangat, manis pun just nice, sesuai sangat untuk AI yang tak berapa gemar manis. Tekstur kek sangat gebu dan lembap walaupun hanya diadun dengan tangan. Resepinya AI dapat kat MyR.


Cupcake Coklat Kukus Lembap/
Steamed Choc Moist Cupcake

Bahan-bahan A:
1 gelas gula
1 gelas serbuk koko
1 tin susu cair

Bahan-bahan B:
2 biji telur
1/2 gelas gula
1 penutup esen vanila
1/4 gelas susu pekat
1/2 gelas minyak jagung

Bahan-bahan C (ayak bersama) :
2 gelas tepung gandum
2 sdth baking powder
1 sdth soda bikarbonat
1 sdth nescafe & garam

Cara nak buat:
Didihkan air dalam pengukus
Panaskan bahan A kecuali gula. Gaul sebati tak perlu sampai mendidih.
Angkat & campurkan gula, gaul hingga gula larut. Tapis.
Pukul bahan B hingga kembang kecuali minyak. Kemudian masukkan bahan A.
Bila dah sebati masukkan minyak.
Masukkan bahan C ke dalam adunan di atas sedikit-sedikit sambil dikacau.

Adunan likat ni AI kacau dgn tangan aje,
langsung tak guna mixer pun


Sudukan adunan cukup 3/4 sahaja dan kukus lebih kurang 20 minit.
AI kukus guna acuan lompang
AI kukus guna mufin pan

Jemput makan!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...