Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 12 November 2010

..Tawau...here I come....!

Lambat sungguh rasanya menunggu hari esok.. selama seminggu takkan ada kot entry kerana jarumasindah.blogspot.com akan bercuti... Hooray!! Nak sambut Raya Haji kat oversea (tak ker Sabah tu oversea gak??..). Semalam pi kumpul jajan-jajan untuk dibawa masa balik kampung esok. Boleh tahan jugak banyaknye.. Tak kisah la setahun sekali, antara yang wajib ada setiap tahun adalah keropok ikan dari Terengganu. Kebetulan best friend saya tu bersuamikan orang Terengganu, so every year tempah kat dia aje la..

This year pulak, aku perkenalkan produk terbaru untuk family kat sana i.e. ikan pekasam. Beli kat pasar malam Seksyen 24 Shah Alam. Rasanya kat Tawau tak pernah lagi aku jumpa pekasam, nanti bila dorang dah rasa sekali pasti nak lagi. Goreng garing makan ngan nasi panas..pergh!!!..kikis periuk ko!!

Pekasam

Keropok ikan keping

.................................................................................
Malam tadi tak de idea dah nak masak lauk ape...
Lauk ayam bosan la.. lauk ikan bosak gak..lauk telur laagi bosan..
Teringat masa pasar malam semalam ada beli tempe bungkus daun pisang..
Jaadi la, goreng ngan tepung, wat sambal kicap.. sedap..

Tempe Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Tempe (of course la..)
2-3 ulas bawang putih
Agak2 3 sudu makan biji ketumbar
Garam
sedikit serbuk kunyit
Tepung Gandum secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
Tempe potong ikut suka
Tumbuk bawang putih, biji ketumbar sampai lumat
Campurkan tepung, garam, serbuk kunyit dan bawang yang dah ditumbuk tadi
Masukkan air dan bancuh sampai jadi macam bancuhan goreng pisang
Celupkan tempe ke dlm bancuhan pastu goreng sampai garing
Siap dan boleh makan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...