Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday, 14 June 2013

Costochondritis

Baca aje tajuk pasti ada yang tak familiar apa bendanya, bahkan mungkin ada yang pernah dengar. Kalu google pun yang keluar website mat salleh aje. AI sendiri pun baru first time dengar istilah ni, jenuh nak menyebut.

Rabu lepas AI dapat MC sebab costochondritis ni lah. Camana rasanya? Pedih, cramp dan sakit pada lower chest. Kalau batuk teruk pun sama, mungkin ada yang sampai sakit kat bawah rusuk. Bagi kes AI, chest sebelah kiri bawah, betul-betul bawah breast kiri. Tengok gambar bawah, costosternal joints, kat situlah tempatnya. Mula-mula dulu AI ingatkan sakit ni berpunca dari angin, pi lah sapu minyak panas, minyak tak panas, balm dan sebagainya tapi sakit berulang. Sentuh pun sakit tau!! Yes, sedari tahun 2006 dah merasainya, tapi tak pernah terfikir nak cek doktor. 


Disebabkan sekarang preggy dah masuk 5 bulan, lagilah terasa efeknya sebab baby bump dah membesar dengan jayanya dan menolak ke atas. Paling tension bila sakit menyerang masa tengah drive. Mujur gynae AI berpengalaman orangnya, sekali describe aje dia dah tau sakit apa. Menurutnya, mostly yang kena adalah wanita, lelaki amat kureng. Mengapa? Mungkin juga sebab jumlah tulang rusuk kiri yang berbeza antara lelaki dan wanita kan. Wallahualam..

Apa itu Costochondritis?
Costochondritis adalah keradangan benigna rawan costal, yang panjang rawan yang menghubungkan tulang rusuk setiap, kecuali kesebelas dan kedua belas, untuk sternum. Ia menyebabkan kesakitan di bahagian dada yang boleh diterbitkan semula dengan menekan kawasan yang terjejas di antara rusuk. Bahasa mudahnye sakit sendi kat rusuk la ek.

Bagaimana nak merawatnya?
Menurut gynae AI, takde cara nak memulihkannya. Menurut google pulak, boleh dirawat menggunakan akupuntur. Gynae cuma bagi AI paracetamol aje untuk menghilangkan sakit. Selebihnya boleh letak pad panas pada tempat yang sakit. Pada AI, bila dah sakit memang kena baring so dapat merelaxkan tulang rawan yang sakit tu.

Bila tengah sakit, terlintas dalam fikiran, sakit jantung ke aku? Owh..rupa-rupanya costochondritis not related to heart attack la. Alhamdulillah.


Peringatan kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan diluar sana. Kalau kena sakit macam ni, banyakkan rest dan jangan angkat barang yang berat-berat. Kalau duk rumah, ada la alasan nak terlentang sehari suntuk depan tv ye. "Ayang tak boleh buat kerja bang, costochondritis Doktor kata, kena rest.." Hahahahah

Azurina Indah

2 comments:

Fakhai Md said...

Terima kasih AI utk perkongsian ini. Tergerak baca dan concern sebab ada orang share benda ni. So, dia pun ada benda yang sama berlaku mcm AI. Hopefully, AI dpt sembuh. Amin.

Azurina Indah said...

Sama-sama. Info berguna baik untuk di share bersama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...